30 يونيو 2021

Perlu Ke Letak Banyak Syarat Di Giveaway/Segmen?

Assalammualaikum. 
Bismillah.

Perlu Ke Letak Banyak Syarat Di Giveaway/Segmen? | Lama tak sembang sembang entri tentang blog. Okay hari ni daku nak cerita sedikit tentang tak kepuasan daku terhadap giveaway atau segmen yang dibuat oleh blogger lain. Bagi yang dah lama mengikuti daku, ada satu tahun tu memang daku banyak join giveaway dan segmen. Tahun tu tahun best daku join segmen/giveaway sebab syarat tak berapa banyak dan susah.

But nowadays, nak join giveaway yang banyak letak syarat pun memang awal awal daku tolak mentah. Even blogger tu, blogger yang memang daku kenal satu sama lain. Minta maaf awal ye kalau giveaway yang blogger ajak daku banyak yang tak join. 







1) Giveaway Ramai Sponsor

Mostly, giveaway macam ni rata rata syaratnya hanya perlu follow blog, ig, fb dan page. Betul tak? Kadang tu ada lagi syarat iaitu subscribe dan tonton youtube sampai habis. Bayangkan kalau 10 sponsor ada youtube dan perlu tonton sampai habis, kena pula video 10 min, mampu ke nak layan? Pikirkan. Kalau ianya berpadanan dengan hadiah, its okay to me.


2) Segmen Bloglist

Daku sendiri meletakka syarat yang mudah, follow blog dan ig, dan kena backlink segmen tersebut. Ada juga yang tak faham dengan backlink. Backlink senang cite bila blogger lain nak join segme tu, just klik pada banner, dan keluarlah segmen tu. Ada juga syarat bloglist ni blogger letak sama macam di atas, need to watch their youtube video. Bagi daku, untuk segmen blogslist syarat yang mudah blogger nak join. Kalau susah dan banyak syarat, boleh jamin tak ramai yang join, trust me. 


Jadi, sebuah giveaway atau segmen perlu atau tidak syarat yang banyak untuk menyertai?

Daku rasa tak perlu pun nak letak syarat yang susah dan tak memudahkan blogger lain untuk join. Letak syarat yang memadai contohnya follow blog, ig, fb dan backlink giveaway. Tapi depends juga, kalau setakat segmen bloglist, segmen follow mengfollow ni letak je simple syarat. Kalau giveaway yang ramai sponsor, bincanglah dengan sponsor tu untuk memudahkan lagi syarat giveaway. 

Cuba buat coping code giveaway, ha itu lagi mudah untuk blogger join. Hehehehe. Copy paste dah settle dah join giveaway. Ini cuma sekadar pandangan ye bukan nak kondem blogger lain. Kalau suka komen, kalau tak suka, nevermind.

هناك 6 تعليقات:

  1. kadang2 rimas byk kena follow kena like. dulu bolehlah rajin, skrg...xpalah bg peluang org lain join je lah.hahahahaha

    ردحذف
  2. hahaha i follow jer and buat ja.. sbb just to support :)

    ردحذف
  3. saya kadang memang tak join giveaway sebab syarat2 banyak sangat huhuhu

    ردحذف
  4. terpulang kepada individu..kdg2 ada yg ok ade yg xokay..penyegan nk ikut syarat hahaa.mcm kak shida..kak shida tgk hadiah setimpal dgn syarat okay je..kdg2 support blogger juga buatkan kak shida join juge..kalau menang rezeki :)

    ردحذف
  5. kalau syarat banyak sgt memang malas nak join tapi kadang tu join juga untuk support blogger lain

    ردحذف
  6. Memang pun kalau syarat banyak-banyak turn off mood nak join. Tapi time rajin nak support tu LH join aje

    ردحذف

Sila tinggalkan comment korang disini!