16 Februari 2023

Resepi Kek Gula Hangus Kukus, In Syaa Allah Sedap.

Bosan jugak bila minum petang cuma air teh o. Hari ni aku nak kongsikan resepi kek gula hangus dibuat secara kukus. Ramai yang geli tengok lubang lubang pada kek gula hangus ni termasuk aku. Dah lah aku ni fobia gila dengan lubang lubang halus, meremang bulu tengkuk sis oii!

Tapi kalau lubang lubang halus tu pada makanan, arghh pejam aje mata sumbat dalam mulut. Apo susah, janji rasa sedap dan perut pun kenyang. Ada juga yang kata kek gula hangus ni susah dibuat sebab banyak sangat langkah langkah. Nak kena itulah, nak kena inilah.

Ha apa kata baca resepi ni dulu dan cuba. In syaa Allah menjadi. Selamat mencuba semua!

 Jom Cuba Buat Kek Gula Hangus Kukus, Pasti Sedap!

sedap makan di waktu petang

Bahan - bahan  untuk membuat kek gula hangus kukus:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan marjerin
  • 4 biji telur gred B
  • 3/4 cawan susu pekat manis 
  • 2 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudul kecil (sudu kfc) baking powde
  • 1 penutup botol esen vanilla

Cara - cara untuk membuat kek gula hangus kukus :

Ikuti langkah di bawah dengan teratur.

#1 Kacau Bahan

Pertama sekali, korang cairkan 1cawan gula pasir guna api sederhana hingga hangus keperangan. Kemudian, kecilkan api dan tuang 1 cawan air pans sedikit demi sedikit habis. Kacau dan masak guna api perlahan sahaja hingga gula hangus dan air menjadi sebati.


#2 Campurkan Bahan

Kemudian, masukkan 3 sudu makan marjerin. Kacau hingga larut. Padamkan api dan ketepikan dahulu. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan kemudian kacau manja supaya telur kuning pecah sahaja. Tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati. Setelah itu, ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder.

#3 Kukus Dan Siap Di Hidang

Akhir sekali, satukan gula hangus ke dalam bekas berisi adunan telur tadi dan kacau rata. Masukkan campuran tepung yang diayak dan adun sehingga sebati. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin. Panaskan periuk kukus hingga mendidih sebelum dimasukkan loyang berisi adunan kek tadi. Kukus selama 1 jam atau sehinnga masak. Jika nak bakar, panaskan ketuhar pada suhu 170C dan bakar selama 45 minit atau hingga masak.

Akhir Kata

Eh mudahnya resepi ni? Tak susah mana kan nak buat kek gula hangus kukus ni kan? Jadi macam mana? Bolehlah korang cuba buat resepi ni. Gerenti, suami dan anak anak pun sayang.  Selamat mencuba semua!


Kredit : Resepi Makanan MY



4 Comments

Sedap ni kalau buat minum petang sambil sembang-sembang di dapur!

Memang senang, tapi kalo manis sangat muak rasanya. :)

senang macam ni pon... klu kemalasan... huhuhuhu

Sila tinggalkan comment korang disini!