Resepi sotong stim limau ala thai, anda pernah cuba tak makan. Sedap tau!
Nak nak seafood tu adalah sotong. Biasanya menu utama kat rumah ialah sambal
sotong, betul tak? Siapa je tak muak bila sotong asyik masak menu yang sama.
Boring dah.
Apa kata kali ni, kita cuba menu sotong stim limau ala thai. Bahan utama pun
mudah nak dapat dan cara pembuatan pun tak sampai 1 jam. Kukus, buat sos, gaul
dan siap untuk dihidang. Mudah macam abc kan?
Jom hari ni daku ajar korang semua untuk buat sotong stim limau ala thai,
pasti sedap! Bila dah menjadi tu, rajinkanlah jari untuk komen diruangan
bawah ye. Selamat mencuba semua!
Jom Buat Sotong Stim Limau Ala Thai
- 1kg atau setengah kilo sotong
- 7-8 ulas bawang putih
- 8-9 biji lada kecil
- 3 biji limau nipis
- Sedikit daun ketumbar
- 1 atau 1/2 kiub pati ayam
- 3 sudu besar kicap sotong
- 2 sudu besar gula
Cara - cara untuk membuat sotong stim limau ala thai :
Ikuti langkah di bawah dengan teratur.#1 Sedia Bahan
Pertama sekali, korang sediakan semua bahan bahan yang diperlukan untuk membuat sotong stim limau ala thai khairulaming. Nanti bila tak cukup bahan jadi kerja pulak nak beli kat pasar, dah makan masa berjam pulak nak buat resepi ni. Cincang halus bawang putih dan lada kecil, kalau nak rasa pedas boleh letak lebih ye lada kecil tu.
Baca sini: Rendang Hitam
Bahan yang digunakan |
$ads={2}
#2 Kukus Sotong
Kemudian, sotong tu boleh potong sedang sedang ye, jangan terlalu kecil. Basuh bersih bersih bagi hilang bau hanyir dan barulah kukus sotong dalam 7 minit. Kukus ni jangan letak air dan kukus sehingga masak, angkat dan letak tepi.
#3 Buat Sos
Akhir sekali, panaskan 1 cawan air. Masukkan kiub pati ayam, gula dan lepas tu tutup api dapur. Korang tunggu sehingga suam dulu dan masukkan cili, bawang putih, asam limau dan daun ketumbar. Korang rasa dulu ye, kalau tak cukup masam tambah limau nipis. Kalau tak masin boleh tambah kicap sotong dan kalau tak cukup manis, tambahlah gula. Bila sos dah secukup rasa, boleh tuangkan sos atas sotong tadi. Siap!
Akhir Kata
Eh mudahnya resepi ni? Tak susah mana kan nak buat sotong stim limau ala thai
che nom ni kan? Jadi macam mana? Bolehlah korang cuba buat resepi ni. Selamat
mencuba semua!
sedapnyaaaa
ردحذفSedap ni, nak buat nanti la
ردحذفsedapnya
ردحذفwahhh nampak best ni!! nanti ada kesempatan nak try buat
ردحذفdah kecur liur rasa kemasaman dia ni
ردحذفwah..membaca ni pun terliur. boleh buatlah nanti. suka masakan ala Thai macam ni
ردحذفsedapnya masam-masam..
ردحذفuishhhh kecur air liur tengoknya,terus lapar hehee
ردحذف