10 Makanan Cina Yang Mesti Anda Cuba Di KL
Suka makan menu masakan cina? Jika ya sudah tentu ada tempat makan
pilihan masing-masing untuk nikmati menu makanan cina ini tatkala teringin.
Di Kuala Lumpur sendiri ada banyak pilihan menu chinese food untuk di
cuba.
Antara menu yang sering mendapat perhatian adalah seperti di bawah ini.
1. Stir Turnip Fried Cake
Pada yang tidak biasa dengan hidangan ini akan menganggap bahawa
hidangan ini tidak ubah seperti hidangan fish cake goreng biasa
pada sekali pandang.
Turnip Cake atau juga dikenali sebagai kek lobak ini dibuat menggunakan
lobak putih dan juga tepung beras. Ianya boleh dinikmati dalam
pelbagai cara seperti dimakan terus bersama kicap, akan tetapi
hidangan ini biasanya dimasak dahulu bagi menambahkan lagi rasanya,
kek lobak dipotong menjadi beberapa kepingan segi empat tepat dan
setelah disejukkan, ia digoreng sehingga kedua-dua belah
permukaan kek tersebut menjadi perang keemasan.
Hidangan Stir Turnip Fried Cake ini enak apabila dinikmati
semasa ia masih panas anda berkemungkinan akan berasa
muak apabila ianya telah sejuk.
2. Yee sang
Yee sang atau dikenali juga sebagai Yusheng merupakan hidangan
yang terdiri daripada pelbagai jenis salad dan juga ikan.
Campuran kesemua bahan ini yang membuatkan hidangan ini
berwarna-warni dan kelihatan cukup menarik untuk dimakan.
Masyarakat Cina percaya bahawa ikan merupakan pembawa rezeki.
Hidangan yee sang ini juga telah wujud sejak Dinasti Song lagi dan
merupakan masakan yang harus dihidangkan semasa upacara keagamaan.
Bahan yang digunakan untuk membuat yee sang ini ialah potongan
ikan terutama sekali ikan salmon segar, kacang tanah, lobak putih,
lobak merah limau purut, daun parsli cina, halia, biji bijian bakar dan
juga udang kering goreng manakala kuahnya pula diperbuat
daripada sos plum.
Pada kebiasaannya, hidangan ini akan dihidangkan apabila menjelang
sambutan Tahun Baru Cina, dan ia merupakan lambang kemewahan,
kemakmuran dan kekayaan.
3. Char Kuey Teow
Hidangan ini sering kali dilihat dijual di mana sahaja bermula dari
gerai makan yang kecil sehinggalah ke restoran yang terkenal.
Namun, ramai yang tidak tahu bahawa hidangan ini merupakan
salah satu makanan tradisional yang berasal daripada China sejak
dahulu lagi. Char kuey teow merupakan mee yang dibuat
menggunakan mee beras yang dimasak bersama kerang, udang
dan juga telur. Hidangan ini telah dijual oleh para petani dan juga
nelayan pada zaman dahulu bagi menambahkan sumber
pendapatan mereka.
Oleh kerana char kuey teow ini kaya dengan sumber protein
dan juga zat lain, maka tidak hairanlah apabila ramai pekerja buruh
pada zaman dahulu amat menggemari hidangan ini kerana ia dapat
mengembalikan tenaga kepada pekerja buruh untuk kembali bekerja.
Tauge dan juga sayur-sayuran lain yang dicampurkan kedalam
hidangan ini telah menambahkan lagi rasa char kuey teow ini agar
ia menjadi lebih enak dan menarik untuk dinikmati.
4. Moon Cake
Biasanya, kuih bulan boleh didapati menjelang musim perayaan
pertengahan musim luruh ataupun perayaan Tahun Baru Cina.
Kuih ini mempunyai rasa yang sememangnya manis dan boleh
dimakan begitu sahaja. Kuih ini mempunyai bentuk bulat seperti
bulan dan juga segi empat yang terdiri kuning telur itik masin
serta beberapa bahan yang lain.
Selain itu, kuih ini juga mempunyai pelbagai jenis ini di bahagian
dalamnya seperti badam, walnut, bijian, pes biji teratai, benih labu,
kacang merah dan biji tembikai malah terdapat juga inti yang lain
sesuai dengan peredaran zaman, contohnya pandan, durian dan keladi.
Pada zaman dahulu, terdapat pelbagai jenis cerita mitos tentang
kuih ini. Masyarakat cina akan memakan kuih ini sebagai tanda
memperingati sejarah di mana seorang isteri raja telah
mengorbankan nyawanya demi rakyatnya.
5. Dim Sum
Dim sum merupakan sejenis makanan ringan yang berasal daripada
China yang telah dikenali ramai dan ianya juga sentiasa dihidangkan
bersama teh cina. Pada kebiasaannya, ia dihidangkan pada waktu pagi
sehingga waktu tengah hari di kedai makan Cina manakala di kedai
makan yang khas menyediakan dim sum menghidangkannya sepanjang hari.
Hidangan ini disediakan dalam bahagian kecil dan termasuklah
makanan laut, sayur-sayuran, daging, dan juga buah-buahan
dan pencuci mulut.
Hidangan ini pada kebiasaannya dihidangkan di dalam bakul
pengukus kecil ataupun di atas pinggan kecil. Kebanyakan keluarga
yang berbangsa Cina suka berkumpul bersama bagi menikmati
hidangan dim sum ini pada sambutan perayaan khas
seperti Tahun BARU Cina ataupun Hari Ibu.
6. Wantan Mee
Mee wantan ini merupakan hidangan kantonis yang sememangnya
terkenal di seluruh Asia. hidangan ini biasanya dihidangkan dalam
sup panas dan dihiaskan dengan sayur-sayuran berdaun dan juga wantan.
Antara sayur berdaun yang biasa digunakan adalah kailan.
Terdapat sejenis ladu yang dikenali sebagai shui jiao biasanya
dihidangkan bersama bagi menggantikan wantan.
Ianya juga mengandungi daging, ayam atau udang, dan juga
daun bawang, namun terdapat juga beberapa orang tukang masak
yang turut memasukkan bahan tambahan seperti kulat hitam
dan cendawan. Antara tempat makan mee wantan yang
halal adalah Restoran Norazlina Chong.
7. Nasi Ayam Claypot
Nasi ayam claypot ini merupakan hidangan yang selalu dinikmati
sebagai makan malam yang terkenal di China Selatan dan juga di
Asia Tenggara. Nasi bagi hidangan ini dimasak menggunakan
periuk yang diperbuat menggunakan tanah liat bersama dengan
bahan lain iaitu ayam, ikan masin, cendawan dan beberapa jenis
sayur-sayuran bersama sos soya.
Ikan masin yang terdapat dalam hidangan ini telah menambahkan
lagi rasa kepada nasi ayam ini. Pada waktu dahulu, hidangan nasi
ayam ini dimasak dengan dapur yang menggunakan arang, namun
sekarang hidangan nasi ayam ini dimasak dengan menggunakan dapur
gas sesuai dengan peredaran masa dan juga bagi mengurangkan masa
yang diambil untuk menyediakannya. Nak makan menu nasi ayam
clayport halal boleh singgah ke Sizzling & Claypot di Mid Valley Megamall.
8. Yong Tau Foo
Yong Tua Foo merupakan hidangan yang digemari oleh ramai rakyat
Malaysia dan hidangan Yong Tau Foo ini dapat dirasakan keaslian
Hakkanya dengan sos atau kuah yang dihidangkan bersamanya.
Kepada anda yang sedang mencari pilihan makanan yang belum
pernah anda cuba, maka hidangan ini merupakan pilihan yang terbaik
kerana ianya mudah didapati dan harganya sememangnya berpatutan
dengan rasanya.
9. Kuih Bakul
Bagi masyarakat Melayu, dodol merupaka antara sajian yang
sememangnya terkenal, namun bagi masyarakat Cina pula
terkenal dengan hidangan kuih bakul. Ianya seakan-akan dodol
namun mempunyai tekstur yang lebih kenyal jika dibandingkan
dengan dodol.
Kuih bakul ini juga turut dikenali dengan nama lain iaitu nian gao.
Proses bagi membuat hidangan kuih bakul ini mengambil masa yang agak
lama untuk disiapkan. Ia memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga
hari untuk disiapkan.
Mengikut sejarah, orang terdahulu mempunyai kepercayaan agar membuat
kuih bakul ini dan menghidangkan khas kepada ‘Tuhan Dapur’ supaya ia
tidak memberitahu perkara yang tidak elok kepada maharaja syurga.
Disamping itu, kuih ini juga membawa simbol yang tinggi iaitu
‘semakin tahun semakin tinggi’ yang bermaksud semakin masa berlalu,
semakin majulah mereka ke hadapan. Terdapat pelbagai cara untuk
menikmati kuih hidangan ini iaitu sama da digoreng dengan ubi keladi atau
ubi keledek, dimakan bersama isi kelapa dan juga boleh dimakan begitu
sahaja.
10. Tang Yuan
Tang Yuan merupakan salah satu pencuci mulut tradisional masyarakat
Cina yang dibuat dengan menggunakan tepung beras. Mengikut tradisi,
hidangan biasanya dihidangkan semasa Festival Tanglung ataupun Yuanxiao.
Namun ia juga sering menjadi pencuci mulut dalam majlis seperti
majlis perkahwinan.
Kuih ini seakan-akan kuih puteri mandi pada sekali pandang, namun
terdapat perbezaan antara kedua-dua manisan ini. Contohnya
Tang Yuan berbentuk seperti bola yang kecil ini biasanya dihidangkan
dalam mangkuk dan dinikmati bersama sirap manis. Hidangan ini
biasanya dinikmati pada musim sejuk dalam bulan Disember jika
di negara China.
Itulah dia perkongsian 10 makanan cina yang mesti cuba di KL.
Tak dinafikan bukan semua orang suka dengan menu makanan
cina ini tetapi jika terasa nak cuba menu masakan yang baru,
apalah salahnya.
Paling penting pastikan tempat makan untuk menu yang dipilih itu
memang ada status halal. Dan jika tak tahu ingin dapatkan menu
chinese food ini di mana, boleh terus buat pesanan secara atas talian
melalui aplikasi Foodpanda.
Berbaloi dan mudah kerana setiap pesanan disertakan sekali
dengan servis penghantaran sehingga ke depan pintu rumah.
Saya suka chinese food. Sedap! Mee Wantan tu, ayamnya sangat menggoda!
BalasPadamkuih bakul tu sedap. tapi manis juga..
BalasPadamAda yg belum pernah cuba. Insyaallah kalau ada rezeki nanti 😇
BalasPadamDim sum..sisyat suka sangat. Tapi, kalo diberi apa saja menu masakan Cina, sisyat memenag x kan tolak 😊
BalasPadamsedap chinese dish niee!
BalasPadamsemua saya sukaaaa dimsum tu memang fav lah
BalasPadamWhat ombak bergigi mean?
BalasPadamparpining.xyz