2 Disember 2020

Diari Ibu | Jangan Ganggu Emosi Ibu Menyusu Yang Bekerjaya

 Assalammualaikum.
Bismillah.

Diari Ibu - Jangan Ganggu Emosi Ibu Menyusu Yang Bekerjaya | Semenjak dah bergelar ibu ni, jadi emosi bila baca post di group #bfmember facebook. Ibu mana yang tak nak menyusukan anak dia sehingga umur 2 tahun? Ibu mana yang tak nak, cuba cakap? Semua ibu nak anak dia menyusu badan tau, sebab susu badan ni 10x lebih baik daripada susu formula.




Tetapi, cuba faham sikit, situasi ibu yang dapat rezeki takat itu je susukan anak dia. Situasi ni ramai ibu lain yang tak faham, susu ibu ni kita tak boleh expect anak kita dapat menyusu sampai 2 tahun. Ada yang seminggu je dapat, lepas tu susu kering, Ada yang susu meriah, siap buat stok berbulan bulan sampai ada anak susuan, betapa banyaknya susu ibu tu. 

Rezeki susu ibu ni bergantung kepada Allah, andai kata ibu dapat susu anak selama 2 bulan, ibu kena terima walaupun kita dah ikhtiar macam macam untuk banyakkan susu. Daku cuma tak faham dengan mentaliti ibu ibu lain, yang anggap susu ibu ni semua sama dan boleh menyusukan sampai 2 tahun malah lebih. I cannot brain!

Patutnya, bagi ibu yang dah ada pengalaman menyusukan anak sampai bertahun tu, bagi semangat untuk ibu yang cepat down bila susu kering. Jangan rendahkan atau ganggu emosi ibu menyusu ni. Ada tu yang daku baca sampai gaduh gaduh sebab susu ibu. 

Macam daku, Alhamdullilah dapat sehari 5 oz, sekarang ni tengah ikhtiar untuk banyakkan susu ibu, nak buat stok buat Luth. Andai kata, rezeki daku sampai esok lusa je susukan Luth, daku dah redha. Selagi boleh usaha, daku nak usahakan. In syaa Allah, doakan ye semoga Luth Isyraf bin Zainal dapat menyusu ibu sampai 2 tahun.

Amin Ya Mujib.

3 Comments

been there before, ignore je untuk peace of mind. susu formula pun bagus, no problem. Anak akak semua FM lepas masuk kerja, alhamdulillah ok je :)

memang ramai je suka menghukum sis.. jangan difikirkan sngt smpai trganggu emosi. semua ibu2 akan buat yg terbaik dan x kan ada orang blh nk cakap pape.. sy xde pngalaman BF tu tp sy penah tngk ups n downs kazen2.. yg penting ur still the best woman untuk anak2 you..

org ckp senang la, yg lalui ja paham kan

Sila tinggalkan comment korang disini!