15 Oktober 2022

Perlu Ke Bonding Time Dengan Anak

Perlu Ke Bonding Time Dengan Anak | Semenjak dah ada Luth Isyraf, aku ni dah mula rajin membaca tentang ilmu parenting. Ye, ilmu parenting ni penting ye bila dah bergelar ibu bapa. 

Bukannya hentam keromo je nak membesarkan anak. Aku sendiri pun risau takut tak mampu jadi ibu yang terbaik untuk anak. 


Hari ni, terbaca satu posting di Telegram tentang bonding time dengan anak. Awalnya aku keliru, apa ke bendalah bonding time ni, bila kerap membaca, ouhh baru aku tahu, bonding time adalah sebuah ikatan antara ibu/ayah dan anak.

Kiranya, bonding time ni macam berapa kerap kita ni nak meluangkan masa dengan anak. Ha gitu. Sebab, tak semua ibu bapa ada bonding time dengan anak terutama ibu bapa yang bekerja. 

Bila anak kita dah hantar ke rumah pengasuh, pengasuh je yang tahu macam mana perangai anak kita. Di waktu malam kita cuma ada beberapa jam je dengan anak, lepas tu nak rehat. Betul tak? 

Kiranya bonding time dengan anak tu memang zero. Itu untuk hari bekerja, kalau hari tak bekerja? 

Bagi aku, bonding time sangat perlu untuk tumbuseran anak. Bila kita anda bonding yang kuat dengan anak, dah tentu anak rasa lebih selamat dan dilindungi. In syaa Allah, anak akan lagi senang sangat nak dengar cakap kita. 

Tapi kalau makin lemah bonding kita dengan anak, makin susahlah anak nak taatkan kita.

3 cara paling mudah nak kuatkan bonding time dengan anak : 


#1 Peluk selalu si kecil

Balik kerja ni, cuba peluk anak. Jadi amalan pergi dan balik kerja. Ala, tak kesah pun bila nak peluk anak. Anak ni makin ibu bapa peluk, makin dia suka. Cubalah nanti.

#2 Kerap bercakap dan bacakan buku untuk dia 

Aku dah mula terapkan pada Luth, balik je dari kerja, mesti bercakap dengan Luth. Luth pun baru 3 bulan, itu pun dia mulut dah macam murai. Aku cakap Luth pun dh bercakap jugak. 

Awalnya memang nampak pelik tapi lama lama jadi seronok. Sebelum atau selepas bangun tidur, mesti bacakan buku untuk Luth. Aku tahu memang tak ada masa dah, melainkan dengan benda ni.

#3 Menyanyi dan bermain bersama

Bagi ibu bapa yang anak dah berjalan tu, tak salah pun nak bermain bersama dengan anak. Aku percaya makin kerap kita bonding time dengan anak, in syaa Allah anak lagi selesa nak bersembang dengan kita dalam apa jua perkara.

Jom buat semua aktiviti mudah ni dengan anak kita hari ni untuk jaga kualiti bonding kita dengan anak. 

7 ulasan:

  1. Masa bersama anak itu sangat berharga. Hargailah sebaiknya :)

    BalasPadam
  2. perluuuu !! bonding time is very important :)

    BalasPadam
  3. masa df tu pun dh bonding time... sebelum anak menginjak usia 12 tahun masa tu lah bonding time kita bersama anak.. bersama kita menghargai 12 tahun pertama ni ye

    BalasPadam
  4. hai,jemput join GA saya..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, dah besar dah anaknya...

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!