5 April 2022

Anda Penggemar Kerang? Ini Aneka Resepi Kerang Yang Bikin Kamu Kecur Air Liur!

 Assalammualaikum.

Bismillah.

Anda Penggemar Kerang? Ini Aneka Resepi Kerang Yang Bikin Kamu Kecur Air Liur! | Musim PKP 2.0 ni mesti ada diantara kita yang merindukan makanan laut terutama kerang. Ye kerang! Ada kerang berbulu, dan ada kerang biasa yang korang makan. Tapi jangan lupa, kerang ni salah satu makanan laut yang boleh tahan mahal juga tau. 1 kg je hampir RM20, menangis kalau beli berkilo-kilo. 

Kerang ni merupakan kegemaran suami daku. Kerang masak sambal, sanggup diratahnya sampai habis. Tapi daku lebih suka dibakar sebab hilang sikit bau kerang tu. Buat korang yang ada masalah darah rendah dan nak naikkan darah kepada normal, bolehlah makan kerang yang separuh rebus. Memang baunya kuat tapi in syaa Allah normal semua bacaan darah tu nanti. 

Sebab kami 4 beradik perempuan ni, memang masalah dengan darah rendah. Daku sendiri pun lepas bersalin hari tu, macam tak percaya bacaan darah 7.0 tau, no wonderlah nurse masukkan darah je. Cubalah makan kerang ni tau.


Eh Kecur Air Liur Tau Bila Baca Aneka Resepi Kerang Ni.


Bawah ni daku senaraikan aneka resepi kerang yang bikin kamu kecur air liur, jomlah cuba buat. Pasti tak menyesal.




#1 Resepi Kerang Goreng Berlada


Bahan-bahan untuk membuatnya :

  • 1 kg kerang yang telah dibersihkan
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 1/2 labu bawang merah ditumbuk lumat
  • 3 sudu cili kasar
  • 1 sudu sos cili
  • 1 1/2 sudu gula
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak

Cara-cara untuk membuatnya :


1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kasar sehingga kering.

2) Masukkan garam dan gula. Kacau.

3) Masukkan kerang dan gaul sebati. Masak hingga kerang masak.

4) Masukkan sos cili dan gaul sebati.

5) Siap untuk dihidang.




#2 Resepi Kerang Sweet Sour


Bahan-bahan untuk membuatnya :

  • 1 kg kerang yang telah direbus
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limau
  • 2 sudu makan cili kasar (nak pedas boleh lebihkan)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos ABC

Cara-cara untuk membuatnya :

1) Tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai dan daun limau.

2) Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.

3) Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan sos ABC.

4) Kacau rata, dan masukkan kerang yang telah direbus.







#3 Resepi Sambal Tumis Kerang 


Bahan-bahan untuk membuatnya :

  • 3-4 kg kerang, rebus dan ambil isinya
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk/kisar
  • 2 biji bawang besar, ditumbuk/kisar
  • 3 sudu (kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
  • 2 biji bawang besar, dihiris
  • 1 cm belacan (jika suka), kisar/ditumbuk bersama bawang
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air, jika perlu

Cara-cara untuk membuatnya :


1) Panaskan minyak dan tumis bahan kita sehingga masak dan pecah minyak.

2) Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.

3) Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jikan inginkan kuah, tambahkan air.

4) Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, kerang sudah masak bolehlah diangkat.




#4 Resepi Kerang Bakar Berempah


Bahan-bahan untuk membuatnya :

  • 1 kilo kerang dicuci bersih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 2 sudu cili kisar

Cara-cara untuk membuatnya :

1) Semua bahan kecuali kerang dikisar halus dan tambahkan sedikit garam.

2) Panaskan minyak. Masak sekejap bahan-bahan yang dikisar.

3) Masukkan kerang bersama-sama bahan yang telah dimasak ke dalam aluminium foil.

4) Panaskan kuali leper.

5) Bakarkan sebentar dalam 5-10 minit atau sehingga ada kerang yang terbuka.

6) Dah siap dan bolehlah hidangkan.

7) Perah limau nipis sedikit untuk menambahkan rasa.



Macam mana? Kecur air liur tak, bila baca aneka resepi kerang? Daku sendiri yang menulis entri ni sampai menelan air liur. Rindu nak balik rumah mertua, dan makan kerang sebesar ibu jari kaki daku ni. Kerang ni sedap bila dibakar atau direbus tapi suami pula lebih suka kerang masak sambal. Bertambah tambah nasi tau. Sedap bila dimakan bersama nasi panas.

Argghh rindunya! Pleaselah PKP habis cepat, tak sabar nak rentas negeri dan makan kerang rebus mertuaku. 

Info Ibu Hamil 
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi 
https://t.me/ResepiKampungku

Info Motivasi 
https://t.me/katasemangathidup

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
https://t.me/bloggersmalaysia

8 Comments

saya suka kerang... tp susah nak dapat kat pasar sekarang ni. selalu yg tinggal dah busuk

oh wow, nasi lemak sambal kerang dlm imagination dah ni

Kerang cicah sambal asam.. Ya Allah. Nikmatnya.

Sila tinggalkan comment korang disini!