Sebagai ibu bapa, kita sendiri ni tak perlu nak bandingkan tumbesaran anak kita dengan anak orang lain. "Eh anak aku dah tumbuh gigi, anak kau bila lagi?". Tak perlu nak bandingkan anak kita, cuba jadi ibu bapa yang berilmu sikit.
Tanda - Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi, Jom Baca.
Proses tumbuh gigi ni akan berulang ulang pada tempoh yang tertentu sehinggalah bayi memiliki 20 set gigi yang lengkap sekitar umurnya 3 tahun. Jadi, hari ni aku nak kongsikan tanda tanda bayi sedang tumbuh gigi. Ibu bapa harap sudah lebih bersedia, jom baca.
#1 Air Liur Meleleh Dengan Banyak
Simptom air liur meleleh ni akan berlaku beberapa bulan lebih awal sebelum gigi bayi tumbuh. Sebenarnya, air liur yang berlebihan ni terjadi kerana adalah untuk melembapkan gusi bayi yang lembut. Ibu bapa boleh sediakan tuala kecil atau bib untuk mengelap air liur bayi. Tetapi, air liur yang banyak juga boleh menyebabkan berlakunya cirit-birit, ibu bapa sila ambil tahu ya!
#2 Suka Menggigit
Salah satu tanda bayi nak tumbuh gigi yang paling ketara ialah menggigit. Kalau perasan, jika bayi kerap gigit tu, mungkin itulah salah satu tandanya. Ini kerana, dengan menggigit akan dapat melegakan gusi mereka. Apa sahaja yang boleh dimasukkan ke dalam mulutnya, pasti akan digigit, termasuklah puting ibu. Daku masih merasai momen kena gigit ni, ni baru gigi bawah, kalau dh complete atas dan bawah, mahu tak meraung. Ibu juga boleh bagi teether, senang sikit bayi nak gigit.
#3 Gemar Memasukkan Jari Dalam Mulut
Luth biasanya masukkan jari dalam mulut dan dihisapnya sampai kecut jari tu. Sama je proses masukkan jari dan menggigit, ini nak menunjukkan bayi sedang gatal gusi atau bakal tumbuh gigi baru. Cuba semak pada bayi anda.
#4 Tidak Ada Selera Makan
Fasa ni, bayi akan jadi sensitif dan tak mahu makan. Baru-baru ni, Luth tak nak makan. Ingatkan sebab makanan tu tak sedap tapi disebabkan Luth nak tumbuh gigi rupanya. Kadang tu, bila sua puting dalam mulut Luth, Luth tak minum sangat cuma nak main-main je. Tapi, kalau dah nampak bayi tu tak nak makan, jangan pula berhenti bagi bayi makan. Cuba berikan sesuatu yang bayi suka.
#5 Suka Merengek Dan Terjaga Malam
Disebabkan gusi sakit atau tidak selesa, bayi akan kerap merengek dan terjaga di waktu malam. Bila proses tumbuhnya gigi berlaku, memang tidak pelik jika bayi kerap merengek dan meragam tanpa sebab. Sama juga seperti Luth, ada satu malam tu, merengek je tiap jam, sampai tak lena nak tidur. Sebelum ni gigi bawah tumbuh, tak ada sangat rengek tu. Start je gigi atas tumbuh, makin kerap merengek dan terjaga malam.
#6 Demam & Batuk
Ini adalah salah satu tanda bayi sedang tumbuh gigi yang paling terbiasa terjadi. Demam biasa yang tidak terlalu panas kerana proses tumbuh gigi. Tetapi kalau demam tu masih berlarutan sehingga 3 hari, cepat-cepatlah bawa ke klinik.
#7 Tumbuh Ruam Di Muka
Ada sesetengah bayi akan tumbuh ruam di muka kerana air liur yang meleleh tadi. Ini kerana kulit bayi agak sensitif. Ibu bapa bolehlah menyapu nipple cream di kulit bayi. Pastikan cream tersebut bersifat organic, hypo-allergic.
#8 Rasa Dalam Mulut Bayi
Ini adalah cara paling senang, jika nak tahu bayi dah tumbuh gigi atau belum. Sebelum masukkan jari ke dalam mulut bayi, pastikan jari bersih dan cuba rasa pada gusi bayi. Jika gigi bayi sudah tumbuh, ibu bapa boleh merasainya. Rasa tajam tajam gitu.
Akhir Kata
Dah tahu kan, tanda tanda bayi sedang tumbuh gigi? Jadi, daku harap ibu bapa diluar sana akan ambil perhatian lebih pada bayi sedang menjalani tumbesaran. Jangan sesekali abaikan mereka.
In syaa Allah dengan adanya entri ni akan dapat memberi manfaat kepada ibu bapa yang masih baru belajar ilmu keibubapaan. Sama-samalah kita membesarkan anak-anak kita dengan jayanya. Amin Ya Mujib.
4 Comments
Comelnya Luth! :)
ye betul. Bila dia macam tak mau makan tu, cek la dalam mulut dia. pasti ada gigi yang nak keluar. Haha Kita la jenuh nak bagi dia makan.
air liur meleleh tu la.. susah tul.. sbb basah jer baju haha
kesian ek.
anak2 aida dulu kala, tak demam.
tapi tak lena tido. terpisat-pisat.
merengek skit skit la.
Sila tinggalkan comment korang disini!