17 April 2021

Road To 900K Pageviews Achieved! + Tips Naikkan PV Blog Dengan Cepat

Assalammualaikum.
Bismillah.

Road To 900K Pageviews Achieved! + Tips Naikkan PV Blog Dengan Cepat | Alhamdullilah, macam tak percaya blog Ombak Bergigi ni, dah nak cecah 1 Juta PV. Serious, tak percaya! Sejak PKP tahun lepas, PV melonjak naik dengan jayanya. Awal 2020, blog ni hanya 190K PV. Tahun lepas memang sangat work hard nak naikkan PV. Cuma sejak dah mula bekerja ni, masa untuk blog kembali menyepi. 

Kadang tu paksa jugak diri untuk terus menulis entri yang menarik untuk pembaca. Cuma 2 minggu kebelakangan ni, dah target nak tulis entri yang evergreen. 1 hari mesti 1 entri, wajib post setiap hari. Sebelum ni PV harian cuma, 50-100 PV sahaja. Sekarang ni, jadi cemas bila PV harian bawah 1K PV. 




Blog Capai 600K Pageviews, Terima Kasih Semua!


Sebelum ni tulis entri seolah syok sendiri, sebab tu pembaca cuma singgah dan tak baca pun entri yang kita tulis. Rasa jadi menjengkelkan bila tulis sesuatu tanpa ada sebarang PV, penat tulis tak ada orang baa. Ha macam tulah. Jadi bila bulan berganti bulan, pageviews naik je, syok tengok tau adsense pun naik jugak. 

Seronok bila dapat cash out adsense sebab usaha menulis tu. Walaupun dah 10 tahun blogging, tapi tak ada hasil, untuk apa blogging? Kalau daku tahu semua ni membuahkan hasil, dari dulu dah buat bersungguh-sungguh. Sekarang ni blogger lain dah berjuta PV, daku ni terhegeh hegeh nak mencapai 1 juta PV. 

Daku nak ucapkan ribuan jutaan terima kasih pada pembaca setia blog daku ni. Tanpa kalian, daku takkan dapat apa yang daku nak untuk blog ni. Terima kasih. Jangan lupa tau selalu baca blog daku ni.

Baca Juga : Cash Out Kali Pertama Google Adsense


Hari ni juga daku nak kongsikan dengan korang semua, macam mana nak naikkan PV blog dengan cepat. Kalau daku memang target sehari kena 1K PV, kalau lebih tu Alhamdulillah. Tetapi, harus diingatkan, korang kena buat konsisten tau tak nak kejap buat kejap tak buat. Nanti macam mana nak buahkan hasil?


Tips Naikkan PV Blog Dengan Cepat



#1 Tulis Entri Sebanyak Yang Boleh


Bila nak menulis entri ni idea terus kering? Betul tak? Kalau macam daku, daku akan siapkan dua entri terus, satu untuk hari dan satu lagi untuk esok. Daku akan set masa entri tu untuk publish pada hari esoknya.

Tak kesahlah entri apa yang korang nak tulis, lirik lagu ke, resepi ke, personal ke, janji dah siap and get ready to publish pada hari keesokkannya. Sebab tu untuk blogger baru, korang ni disarankan untuk menulis sebanyak yang boleh untuk naikkan PV blog korang dengan cepat.


#2 Tulis Entri Dengan Konsisten tetapi Padat


Ha yang ni macam ni? Bila korang dah terbiasa update entri hari hari, dari situ korang cuba belajar untuk tulis entri yang lebih daripada 700 atau 1000 patah perkataan. Jujur ye, google tak suka entri yang pendek pendek.

Google pandang pada entri yang panjang berserta SEO, ha SEO ni apa pulak? Sebab tu pentingnya tulis entri yang padat dan konsisten. Tak dapat 2 post sehari, cukup 1 hari 1 post. Tanamkan azam untuk 1 hari 1 post, post yang padat dengan info info.


#3 Belajar Tentang Ilmu SEO


SEO ye bukan CEO, SEO ni apa pulak dah? SEO maksudnya ialah search engine optimization, nak tahu lebih? Semua ni di hujung jari sahaja, ikut atas kehendak kita rajin atau malas untuk berusaha. 

Korang boleh join BITER di facebook SIS Hawa. Tak pun berguru dengan blogger Hasrul Hassan, Sis Hawa, Sayidah Napisah, Sii Nurul. Semua ni kawan kawan daku yang dah berjaya dalam dunia SEO blogging, ha boleh berguru dengan mereka. 


#4 Bina Tajuk Entri Yang Deboom Bagi Tarik Minat Pembaca


Ha yang ni pun penting jugak tau, bila entri menarik dah sah akan naikkan PV blog dengan cepat. Bina tajuk yang orang boleh klik dan baca entri korang. Tapi jangan sesekali tipu pembaca.

Pernah tak baca tajuk entri yang deboom tapi entri nya tak menarik? Panas tak hati? Begitu juga pembaca. Jangan sesekali tipu tau. Buat tajuk tu biar tarik minat orang untuk baca dan sekaligus dapat naikkan PV blog dengan cepat.


#5 Share Entri Di Laman Sosial Lain


Eh sekarang ni dah banyak dah group group blogger di Facebook, cuba join group tu. Dah join nanti, barulah korang ni publish link entri di group tersebut. Share je dengan group di fb. 

In syaa Allah, blogger lain turut sama membantu korang untuk naikkan PV blog dengan cepat. Janganlah kejap post kejap tak post, main main eh!


#6 Join Giveaway Atau Segmen Yang Dianjurkan Oleh Blogger Lain


Alaahh, join segmen boleh naikkan PV blog dengan cepat ke? Tipulah! Eh hello, blog daku ni dulu dulu naik sebab daku banyak join giveaway yang blogger lain anjurkan malah diorang tu akan ingat blog ombak bergigi ni rajin je join giveaway, seminggu tu sampai 10 giveaway join. 




Ha tengok! Baru nak percaya ke? Heheheh, sebab tu daku suka support blogger lain yang buat giveaway. Mana tahu rezeki dapat hadiah giveaway pastu dapat lagi PV. Siapa nak bagi semua tu kalau bukan diri kita sendiri yang usahakan. 

Kesimpulan

Dah baca tips naikkan PV blog dengan cepat? Apa macam, bersemangat tak nak tulis entri? Benda ni semua bermula dari diri anda sendiri, bukan daku, bukan dia, bukan orang lain, korang sendiri yang kena usahakan. 

Berusahalah untuk kejar apa yang korang nak sebagai blogger. KEjar itu. In shaa Allah satu hari nanti pasti akan membuahkan hasil yang sangat korang tak sangka, berkat dari usaha korang jugaklah. Daku doakan kita ni semua sama sama berjaya dalam blogging.

In shaa Allah. #roadto1millionPV

7 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!