10 Mei 2021

Berapa Kali Kena Potong Kuku Dalam Seminggu?

Assalammualaikum.
Bismillah.






Berapa Kali Kena Potong Kuku Dalam Seminggu? | Soalan ini sudah pasti pernah atau masih bermain di fikiran kita semua, untuk mengekalkan kebersihan tangan, sebenarnya berapa kali kena potong kuku  dalam seminggu? Disebabkan kurang cakna mengenai perkara ini, ramai yang melalukannya ikut suka hati dan ada juga yang tidak kerap buat.

Kalau mengikut sunnah dalam agama Islam, kita haruslah memotong kuku pada setiap hari jumaat dan ini mungkin ada benarnya. Jom sama-sama kita semua ikuti entri ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi.


Kenapa kita semua perlu potong kuku?

Dalam usaha menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, seluruh anggota perlulah dijaga dengan baik termasuklah kuku. Kuku adalah antara bahagian penting kerana ia wujud pada hujung jari tangan yang banyak digunakan untuk menyentuh.



Ini termasuklah perbuatan menyentuh makanan, minuman atau sekadar menggaru bahagian tubuh badan lain yang gatal. Disebabkan itu, kita semua perlu potong kuku yang panjang agar jangkitan mikroorganisme seperti pinworms dapat dielakkan.

Secara hipotesisnya, lebih panjang kuku, lebih risiko kuku korang terdedah kepada anasir jahat seperti kuman, bakteria atau virus. Persoalannya, berapa kali kena buat agar ia kekal bersih dan sihat?


Kena potong kuku berapa kali seminggu?

Sudah menjadi sunnah dalam kepercayaan agama Islam, penganutnya diharuskan untuk memotong kuku pada setiap hari Jumaat. Ini memberi gambaran bahawa kuku perlu dipotong sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dan sains mungin mengakuinya.

Menurut Canadian Dermatology Association, kuku pada jari tangan akan tumbuh sekitar 2.5 milimeter pada setiap bulan. Sekiranya ia mengalami kecederaan atau tercabut sendiri, kuku akan mengambil masa 6 bulan untuk tumbuh kembali.

Kaajian tersebut turut menyatakan bahawa kita semua  wajar memotongnya sebanyak 1 atau 2 kali dalam seminggu. Ia bertujuan memastikan kuku korang sentiasa berada pada kepanjangan yang idela dan tidak akan menjejaskan kehidupan. Namun setiap orang pasti punya kitaran pertumbuhan kuku dan cita rasa yang berbeza dalam hal penjagaan kuku masing-masing.


Situasi yang memerlukan korang memotongnya!

Mungkin akan ada individu yang dengan sengaja ingin menyimpan kuku panjang untuk tujuan kecantikan atau pekerjaan. Sebenarnya adalah tidak salah untuk menyimpan asalkan korang tahu kepanjangan yang ideal dan cara untuk menjaganya dengan baik.



Pun begitu, korang harus tahu ada 4 situasi penting yang mengharuskan korang potong kuku iaitu :

#1 Kuku yang terlalu panjang

Jika ia terlalu panjang, maka risiko jangkitan mikroorganisme akan meningkat dan memotongnya adalah pilihan terbaik.

#2 Kuku yang terlalu kotor

Kalau ia terlalu kotor, maka risiko jangkitan mikroorganisme akan meningkat dan memotongnya adalah pilihan terbaik.

#3 Kuku yang terlalu kering

Kuku yang terlalu kering akan membuat ia tampak pucat dan tidak sihat, jadi memotongnya adalah jalan paling ideal.

#4 Kuku yang terlalu lembap

Kuku yang terlalu lembap pula membuat ia lebih mudah terkopek atau tercedera dan memtotongnya adalah langkah paling ideal.


Bagaimana cara betul untuk melakukannya?

Sebelum itu, korang perlu tahu bahawa terdapat 2 jenis peralatan yang boleh digunakan utnutk potong kuku iaitu ketip kuku dan gunting kuku. Kedua-duanya boleh digunakan untuk memotong kuku jari tangan serta jari kaki namum haruslah digunakan dengan cara yang betul, cermat dan selamat.

Terdapat beberapa tip yang korang boleh amalkan setiap kali potong kuku termasuklah :

  •  Gunakan alat yang dicipta spesifik untuk memotong kuku
  • Gunakan alat yang berkualiti tinggi untuk elak kuku tercedera
  • Gunakan alat yang berbeza untuk memotong kuku tangan dengan kuku kaki
  • Bersihkan alat dengan air serta sabun setiap kali sebelum dan selepas guna
  • Buangkan sisa kuku yang telah dipotong ke dalam tong sampah

Mungkin ada juga individu yang tidak gemar menggunakan peralatan ini sebaliknya hanya mengerat atau menggigit kuku. Sebenarnya, adalah tidak bagus untuk kuku dikerat dengan tangan atau digigit dengan gigi kerana ia hanya akan merosakkan kuku. Jadi, potonglah ia dengan menggunakan alat dan cara yang betul sahaja.

Rawatan Manicure & Pedicure

Sekiranya korang terlalu malas atau tidak punya masa untuk menjaga kebersihan dan kecantikan kuku, apa kata lakukan sahaja rawatan sebegini?

Untuk pengetahuan korang, rawatan manicure dan pedicure yang boleh dijalani di salon, ianya mempunyai banyak manfaat antaranya :

  • Menjaga kesihatan kulit
  • Meningkatkan aliran darah
  • Mengelakkan jangkitan mikroorganisme
  • Merelakskan kuku
Namun, korang harus lebih berwaspada dengan rawatan ini terutamanya buat golongan ibu hamil. Ini kerana ada risiko alat dan bahan kimia seperti toluene dan formaldehida yang digunakan boleh memasuki kulit lantas membahayakan janin.





Konklusinya, korang wajar potong kuku berapa kali dalam seminggu mengikut tip tip yang daku kongsikan di atas tadi. Jangan hanya biarkan ia terlalu panjang dan kotor kerana kebersihan serta kesihatahan kuku juga adalah sangat penting.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Artikel: Muhammad Wa'iz

Laman Web : Hello Doktor  

Sila tinggalkan comment korang disini!