Hari ni daku nak ajar korang semua cara dapatkan statement bank hong leong melalui hong leong connect. Bila PKP ni, kita dah jadi rimas nak berhadapan dengan suasana sesak di bank. Betul tak?
Ramai orang ingat bila nak dapat hong leong bank statement, kena pergi bank baru boleh dapatkannya. Kalau korang rajin nak beratur dan hadap Covid19, dipersilakan. Lagi pun sekarang ni, semua benda boleh dapat hanya di hujung jari sahaja. Dimana sahaja korang boleh dapatkan bank statement
Baca sini: Duit Tabung Haji
Cara Dapatkan Statement Bank Hong Leong Melalui Hong Leong Connect
1. Korang login Hongleongconnect macam biasa.
2. Seterusnya klik pada Statement/Invoice seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
3. Klik pada online statement. Rujuk juga gambar di bawah.
4. Korang perasan tak Download Statement. Korang muat turun (download) statement tersebut. Kalau macam daku, bank hong leong ni banyak akau. Akaun sendiri, akaun company dan akaun anak. Korang klik pada akaun yang korang nak okay.
5. Seterusnya, bila dah klik download statement. Secara automatik, bank statement akan dimuat turun. Boleh rujuk di gambar bawah.
6. Dah siap! Gambar di bawah ni adalah contoh bank statement hong leong bank.
Semoga info penyata bank hong leong ini memberi manfaat dan membantu korang.
i dont have HL bank but it's good to know
ردحذفTips yg berguna
ردحذفKalau CIMB pun sama ke ek? Tengah nak pergi bank gak ni minta penyata..
ردحذفsuami saya je ada HL bank ni. pernah juga buat sekali aritu. memudahkan kan.
ردحذف