24 November 2022

8 Koleksi Resepi Ikan Kembung Senang Dan Mudah Untuk Dibuat

Resepi Ikan Kembung Senang Dan Mudah Untuk Dibuat  | Lama tak update resepi ikan. Rasa macam tak banyak resepi ikan dalam blog aku ni. Ikan kembung ni sedap bila di goreng garing dan makan bersama sambal belacan. Fuh mantop. 

Setakat ini, macam macam jenis kita boleh masak dengan ikan kembung. Boleh rebus, goreng, buat laksa dan lain-lain lagi. Ikan kembung, antara ikan popular masak untuk menu lauk tengahari. In syaa Allah resepi ikan kembung ni, mudah dan senang untuk mereka yang baru jinak ke dapur. 

Jom Cuba Masak Resepi Ikan Kembung

Korang terasa nak makan ikan kembung tapi tak tahu nak masak apa? Disini aku kongsikan 8 koleksi resepi ikan kembung senang dan mudah untuk dibuat. 


resepi ikan kembung


#1. Ikan Kembung Sambal 

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 4 ekor ikan kembung - bersihkan, kelar dan letak garam dan kunyit
  • 3 senduk cili kisar (cili kering yang di kasar dengan bawang merah besar)
  • 2 biji bawang besar - hiris
  • Air asam jawa secukupnya
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Cara memasak :

1. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan seketika.

2. Kemudian, panaskan minyak yang agak banyak untuk menumis. Ia bertujuan supaya rencah cepat garing.

3. Tumis cili kisar guna api perlahan sehingga minyak dan garing.

4. Kemudian, masukkan gula. Kacau rata supaya sambal berkilat dan berwarna merah yang cantik.

5. Tambahkan air asam jawa bersama sedikit garam. Gaul rata.

6. Masukkan ikan dan tunggu hingga sambal pecah minyak.

7. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar. Kacau hingga bawang layu dan bolehlah diangkat.

8. Sedia untuk dinikmati.



#2 Resepi Ikan Kembung Masak Kicap oleh TiffinBiru

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 4 ekor ikan kembong saiz besar
  • 1/2 inci halia, diketuk
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat dan leraikan
  • 1 biji cili merah, dihiris serong
  • 1 biji cili hijau, dihiris serong
  • 1/4 camca teh cuka makan JALEN
  • 5 camca besar kicap lemak manis JALEN
  • 1 camca teh kicap pekat JALEN
  • 1 camca besar sos tiram JALEN
  • 1/3 camca serbuk lada sulah
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/3 cawan air
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan

Cara penyediaan :
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih dan kelar sedikit. Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam (anggaran 1 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam) hingga rata. Kemudian goreng hingga masak, tak perlu sampai garing, goreng lembab2 sudah memadai. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air, masukkan kicap pekat, kicap lemak manis dan cuka makan. Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan bawang besar dan ikan. Kacau perlahan dan tambah hirisan cili merah, cili hijau dan serbuk lada sulah. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
 

#3 Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api oleh Kisah Resepi

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 5 ekor ikan kembung besar
  • 1 biji bawang besar - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 2 inci halia - kisar
  • 1 inci kunyit hidup @ 2 sudu kecil serbuk kunyit - kisar
  • 10 tangkai cili api - kisar
  • 1 keping asam keping
  • 1 kotak santan - bancuh dengan air dulu
  • Garam dan gula secukupnya
  • Serbuk perisa, jika suka

Cara penyediaan :

1. Tumis semua bahan kisar hingga masak, hingga naik bau.

2. Masukkan asam keping dan kacaukan.

3. Masukkan ikan kembung. Gaul dan sebatikan dengan bahan tadi.

4. Kemudian, masukkan santan kotak yang telah dibancuh dengan air. Kacau rata.

5. Periskan dengan garam dan gula.

6. Kecilkan api, biar mendidih. Bila ikan dah masak, matikan api.

 



#4 Ikan Kembung Masak Air Asam 

Bahan-bahan yang diperlukan : 

4 ekor ikan kembung 
2 biji bawang besar di potong dadu
1 biji tomato di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api. Kalau nak letak banyak ikut suka
1/2 biji cili besar. Kalau nak letak sebiji pun boleh
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula Garam

Cara memasak : 

1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam

2. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor

3. Angkat ikan dan ketepikan

4. Ambil air rebusan ikan dan masukkan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jaw.

5. Masukkan hirisan bawang, tomato dan cili.

6. Perah air limau

7. Masukkan gula. Gaul hingga rata.

8. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.

9. Siap untuk di hidang




#5 Resepi Ikan Kembung Masak 3 Rasa oleh Ilham Dapur


Bahan-bahan yang diperlukan :

1 ekor ikan kembung @ ikan yang sesuai - kelar & lumur sedikit garam kunyit
1 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar - dadu kecil
1-2 bii cili hijau - cincang
1 biji tomato - dadu
1 batang kecil serai - dihiris halus
2 sudu besar sos cili
1-2 sudu besar sos manis thai (sweet chili sos)
1 sudu besar sos tiram
Sedikit daun ketumbar


Cara - cara :

1. Panaskan minyak dan goreng ikan seperti biasa hingga masak dan garing dikedua bahagian (api sederhana besar, ikan cepat masak). Angkat dan ketepikan.

2. Dengan minya yang baru, tumis bawang putih, bawang besar dan serai sekejap. Masukkan cili hijau dan tumis seketika.

3. Masukkan buah tomato, masak seketika. Kemudian masukkan semua jenis sos dan kacau sebati. Masuk sedikit air dan perasa apa yang kurang. Masak sekejap dan biar sos sebati.

4. Tuang atas ikan tadi dan boleh lah ditabur sedikit daun ketumbar. Siap untuk dihidang.




#6 Paprik Ikan Kembung Awesome oleh Resepi Fesbuk 


Bahan-bahan yang diperlukan :

10 ekor ikan kembung saiz kecil - dibersih, dikelar 3, digaul dengan garam dan perasa serta di goreng hingga garing, di susun diatas pinggan dan diketepika
4 biji bawang besar - dihirsis halus
4 ulas bawang putih - dicincang halus
3 keping hirisan halia - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
4 helai daun limau purut  dihiris halus
2 sudu makan pes cili maepranom
Sedikit air jika perlu - 3 sudu makan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Sedikit bahan perasa

Cara - cara :

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar hingga kekuningan dan layu.

2. Masukkan serai, halia dan pes maepranom, kacau hingga sebati dan naik bau.

3. Masukkan sedikit air, garam, gula, perasa dan daun limau purut. Kacau hingga sebati.

4. Angkat dan tuangkan ke atas ikan kembung goreng yang telah tersedia di dalam pinggan.

5. Hiaskan dengan daun kemangi, sedia untuk di hidang. 





#7 Asam Pedas Ikan Kembung oleh Rasa 


Bahan - bahan yang diperlukan : 

  • 6 ekor ikan - dipotong dua 
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 ikan daun kesum
  • 1 batang serai - diketuk
  • 4 biji tomato
  • 15 batang bendi
  • 1 senduk cili kering kisar
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan kisar : 

  • 15 biji bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan


Cara - cara memasak :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan - bahan kisar dengan serai sehingga masak dan garing.

2. Masukkan air asam jawa.

3. Seterusnya masukkan air. Jumlahnya ikut berapa banyak kuah yang nak. Paling penting jangan sampai hilang rasa masam. Seterusnya masukkan daun kesum yang dibersihkan.

4. Diikuti bunga kantan. Masak kuah hingga mendidih. Kemudian masukkan bendi dan ikan.

5. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Bila ikan dah masak, masukkan tomato dan padamkan api. 

6. Siap dan sedia untuk dinikmati.




#8 Masak Singgang Ikan Kembung 

Bahan - bahan yang diperlukan : 
  • 6 ekor ikan kembung
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 1 inci lengkuas - hiris nipis
  • 2 asam keping
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Cili padi - ketuk
  • Bendi - hiris besar
Cara memasak : 

1. Masak air dan semua bahan keccuali cili padi dan bendi.

2. Setelah menggelegak, masukkan ikan. Masukkan gram dan sesuaikan rasa.

3. Akhir sekali, masukkan kacang bendi. Setelah bendi lembut, bolehlah tutup api dan di angkat.

4. Sedia untuk dihidang.





    3 ulasan:

    Sila tinggalkan comment korang disini!