Assalammualaikum.
McDonald's Malaysia Hargai Warga Hospital | Petugas barisan hadapan atau frontliners yang terdiri daripada petugas kesihatan, polis, tentera dan agensi lain berjuang habis-habisan memerangi wabak Covid-19, tetapi sejak kebelakangan ini, banyak kita dengar melalui media sosial, para barisan hadapan semakin lelah dan kurang semangat dek kerana kes covid semakin hari semakin tenat dan merisaukan.
Ini sudah pastinya merisaukan bagi kita yang bukan frontliner, siapa yang membantu kita menghadapi cabaran pandemik? Bagaimana pula dengan nasib para barisan hadapan kita?
Sebenarnya kita sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bekerjasama bagi melandaikan lengkuku gelombang kerana KKM tidak berupdaya membendung penularan Covid-19 tanpa sokongan berterusan daripada seluruh rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, cabaran utama adalah sejauh mana kita mampu patuh, mendisplinkan diri dan melaksanakan sepenuhnya SOP dengan sebaik mungkin. Kita tidak boleh ambil mudah dan bersikap sewenangnya terhadap segala SOP yang digarikan kerana gelombang kali ini dijangka berlarutan bagi tempoh yang agak lama seiring trend peningkatan kes jangkitan di seluruh dunia.
Kita juga belum mampu mengurangkan jumlah titik panas dan zon merah sedia ada, malah jumlah zon hijau yang bertukar kepada zon kuning dan seterusnya zon merah semakin bertambah, selain terdapat kawasan yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ada pihak yang bermurah hati menaja makan dan minum anggota yang bertugas, tidak kurang juga ada menyumbangkan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk keselamtan mereka malah ada yang melukis mural sebagai tanda terima kasih atas jasa yang telah dicurahkan.
Oleh itu, salah satu usaha bagi meringankan beban petugas kesihatan ialah McDonald's Malaysia. McDonald's Malaysia baru-baru ini ini menaja makanan kepada lebih 70 buah hospital di seluruh negara yang merawat pesakit-pesakit COVID-19. Penghantaran makanan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital, dan tajaan makanan untuk hospital-hospital ini menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan (frontliners).
Sudah pastinya, petugas kesihatan merasa gembira dan melemparkan senyuman yang manis apabila McDonald's hantar makanan ke hospital-hospital tersebut. Sumbangan ini adalah membuktikan rasa tanggungjawab, keprihatinan dan perhargaan McDonald's Malaysia terhadap petugas-peutgas hospital yang sedang merawat pesakit Covid-19.
Inisitig terkini McDonald's Malaysia adalah satu kesinambungan seruan #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama tahun lalu.
Seruan ini bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar. Sepatutnya, kita perlu berganding bahu dan bukannya menuding jari kepada pihak-pihak lain. Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahukan keberanian diam para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak tersebut.
"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini," kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir.
Menurut Azmir, satu kepuasan bagi warga McDonald's Malaysia adalah setiap kali kru restoran membuat penghantaran ke hospital, mereka mampu memberk kecerian kepada petugas barisan hadapan.
Oleh kerana itu, kita perlu hargai dan tunjukkan sokongan kepada petugas barisan hadapan kita dan jangan biarkan mereka berseorangan melawan pandemic Covid-19. Terus amalkan kawalan kendiri. Terus kekal di rumah. Keluar hanya bila perlu, dan juga terus amalkan penjarakkan fizikal, pakai pelitup muka apabila berada di luar dan elakkan 3S (tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat). Hanya kita yang mampu mengawalnya, kerana hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang.
Di sini, ingin saya mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada para doktor, jururawat, kakitangan hospital serta barisan hadapan yang telah melaksanakan tugas tanpa mengenal penat lelah bagi merawat mereka yang dijangkiti dengan wabak Covid-19 serta mencegah penularan wabak ini.
Semoga Allah sentiasa memelihara kesihatan para petugas hadapan agar tugas dan usaha mereka dapat diteruskan. Akhir kata, semua rakyat Malaysia perlu diingatkan agar terus menjalani kehidupan dengan penuh displin dalam norma baru dan mematuhi dengan ketat segala SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa.
Semuanya bakal berakhir jika kita sebagai rakyat terus memberikan sokongan kepada petugas barisan hadapan dalam memenangi dalam peperangan ini!
Bagus inisiatif sebegini
ردحذفNice tq info
ردحذفTahniah mcdonalds malaysia diatas inisiatif ini.. moga dpt diteruskan usaha murni ini.. kepada frontliners, korang adalah wira kami!
ردحذفTahniah McDonald's atas inisiatif yang bagus ni. Satu pengiktirafan buat frontliners yang banyak berjasa.
ردحذفTahniah buat McDonald's Malaysia atas inisiatif menghargai pengorbanan dan jasa para frontliners perubatan.
ردحذف