Bismillah.
Assalammualaikum.
McDonald's Malaysia Hantar Makanan Ke Hospital Sungai Buloh Bagi Menghargai Frontliners | Bila sebut tentang McDonald's, mesti di dalam fikiran sudah terbayangkan menunya yang menarik dan aku salah satu penggemar berat bubur McDonald's. Balik kerja mesti beli 1 set bubur dan burger. Bayangkan jika dapat menikmati makanan McDonald's sambil bersantai di rumah bersama keluarga! Mesti seronok kan?
Malaysia sekali lagi berhadapan gelombang Covid-19 yang makin membimbangkan tahun ini, gelombang kali ke-3 ini dilihat lebih berbahaya dan kes positif serta laporan kematian harian menunjukkan trend peningkatam. Bagi membendungkan penularan wabak ini, kerajaan Malaysia terpaksa melaksanakan PKP 3.0 di seluruh negara pada 1 Jun yang lepas.
Tetapi, pernahkan korang terfikir dalam situasi negara berhadapan masalah covid-19, McDonald's telah mengambil peluang untuk menghargai jasa para petugas barisan yang berada di Hospital Sungai Buloh.
McDonald's Hargai Frontliner Hospital Sungai Buloh
Jika ditanya pada diri aku sendiri, sanggupkah aku menggantikan tempat petugas barisan hadapan? Sanggup ke aku tinggalkan segala keselesaan dan merisikokan diri aku demi orang lain? Jawapannya sudah tentu aku tidak sanggup!
Tapi macam mana kita nak bantu mereka? Tak susah pun untuk bantu mereka dan hargai petugas kesihatan ini, apa yang perlu kita buat hanyalah jaga diri dan keluarga dengan mengamalkan kuarantin kendiri di rumah. Duduk di rumah sahaja dan keluar hanya bila perlu. #KitaBoleh bantu hentikan penularan wabak ini dengan mematuhi semua SOP yang telah dikeluarkan oleh KKM.
Sebenarnya, McDonald's Malaysia sudah menghantar lebih 10,000 makanan di taja ke Hospital sejak bermulanya wabak ini pada tahun lepas. Ini adalah salah satu usaha murni McDonald's Malaysia yang cakna tentang keadan dan isu semasa negara.
McDonald's Taja Makanan Hospital Sungai Buloh
Bantuan dalam bentuk tajaan makanan ini khas untuk para petugas kesihatan barisan hadapan yang terpaksa bersusah payah demi memastikan dan menyembuhkan pesakit covid-19 dalam negara kita ini sihat dan sembuh sepenuhnya.
Sebagai sebahagian daripada sokongan dan perhargaan berterusan McDonald's Malaysia terhadap barisan hadapan perutaban untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia semasa wabak, restoran perkhidmatan cepat hari ini meneruskan tajaan makan untuk pekerja kesihatan di Hospital Sungai Buloh.
Oleh itu, sebagai antara beberapa hospital pertama yang mendapat tajaan McDonald's semasa bermulanya wabak, Hospital Sungai Buloh sejak itu menerima lebih daripada 10,000 makanan untuk kakitangan perubatannya. Dalam pengaktifan semula penajaan baru-baru ini yang disambung semula pada awal Mei, McDonald's menaja 300 makanan, tiga kali seminggu sambil memastikan pematuhan terhadap langkah-langkah keselamatan yang ketat semasa penghantaran makanan.
Dengan lebih daripada 70 hospital yang merawat pesakit Covid-19 mendapat manfaat daripada tajaan makanan, McDonald's Malaysia tetap komited dalam memainkan peranannya dalam menyokong pemulihan negara.
"Sebagai pusat penjagaan kesihatan utama untuk rawatan pesakit Covid-19 di negara ini, kakitangan perubatan kami di Hospital Sungai Buloh bekerja sepanjang waktu untuk memenuhi dan mengurus pesakit kami," kata Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Kuldip Kaur.
Bagi pihak hospital, Dr Kuldip Kaur hadir untuk menerima bungkusan makanan dari McDonald's. "Kami berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh McDonald's Malaysia, yang bermula semenjak PKP pertama pada bulan Mac 2020. Ini bantu ringankan beban kakitangan penting kami dan meningkatkan semangat serta menceriakan hari-hari mereka," tambahnya.
Hospital Sungai Buloh Dapat Makanan McDonalds
#KitaBoleh inisiatif oleh McDonald's Malaysia adalah kesinambungan dari inisiatif #KitaBoleh, yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu. Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan bersemangat juang walaupun pada waktu yang sukar.
#KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk mengkhabarkan keberanian diam para barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat lelah dalam memerangi pandemik ini.
"Hospital Sungai Buloh adalah salah satu hospital pertama yang mula disokong oleh McDonald's semasa bermulanya Covid-19 di Malaysia. Selagi negara terus mengharungi waktu yang sukar ini, kita terus berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang gagah berani dalam menjaga keselamatan kita. Kami akan meneruskan sokongan kami melalui inisiatif ini dalam jangka masa yang panjang, sehingga kami dapat menyantuni lebih banyak petugas barisan depan" kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
Sentiasa Patuh Pada SOP Dan Jaga Pergerakan, Kita Jaga Kita
Oleh kerana itu, kita perlu hargai dan tunjukkan sokongan kepada petugas barisan hadapan kita dan jangan biarkan mereka berseorangan melawan pandemic Covid-19. Terus amalkan kawalan kendiri. Terus kekal di rumah. Keluar hanya bila perlu, dan juga terus amalkan penjarakkan fizikal, pakai pelitup muka apabila berada di luar dan elakkan 3S (tempat sesak, tempat sempit dan sembang dekat). Hanya kita yang mampu mengawalnya, kerana hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang.
Untuk maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia, sila lawati www.facebook.com/My.McDonalds/.
5 Comments
Program yg sangat membantu
alhamdulillah
bagus usaha Mcdonalds Malaysia nih kerana masih prihatin kepada frontliner kita :)
Keep it up mcd!!
Tahniah McDonalds kerana sentiasa memberikan sokongan yang berterusan buat frontliners kita, Sekurang - kurangnya mereka semua tarik nafas lega tengok makanan Mcd atas meja.
Alhamdulillah.. moga inisiatif ini berterusan agar lebih ramai frontliners mendapat manfaat darinya..
Sila tinggalkan comment korang disini!