Bismillah.
Assalammualaikum.
Bahaya Pembakaran Asap Rokok Boleh Ancam Nyawa | Walaupun ramai sudah tahu rokok itu bahaya tetapi masih lagi ramai yang menghisap rokok. Merokok merupakan tabiat yang sudah menjadi kebiasaan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Merokok juga dianggap sebagai simbol maskulin atau kehebatan bagi sesetengah orang.
Ada juga yang menganggap merokok ni adalah salah satu sumber bagi memberikan kelegaan dalam tekanan kehidupan. Tetapi sedarkah kita, sebilangan besar perokok juga dikesan mula berjinak dengan tabiat ini sejak mereka remaja. Purata umur mula merokok ialah 19 tahun. Satu fenomena lagi membimbangkan ialah lebih ramai gadis mulai merokok. Sedihkan?
Seorang penghisap rokok bukan sahaja membahayakn dirinya sendiri malah orang berada disekitarnya turut terbabit. Ini kerana, bau asapa rokok itu sendiri sangat susah untuk menghilangkannya. Aku sendiri bila terbau asap rokok pun sudah pening kepala, apatah lagi orang lain yang tidak terbiasa dengan suasana bau rokok ini.
Sudah pastinya, orang ramai masih lagi tidak peduli dengan amaran bahaya rokok. Walaupun undang-undang dan kempen larangan merokok sudah dibuat tetapi masih ada lagi yang tetap berdegil dan tidak pedulikan langsung dengan kesihatan orang sekeliling.
Keluarga Aku Juga Turut Terlibat Dalam Merokok
Dulu ayah seorang perokok tegar, semenjak terkena serangan jantung secara tiba-tiba, dari situ ayah berhenti merokok dan dari kejadian itu juga, kedua orang abang aku turut berhenti meroko. Ayah sedar kandungan Tar yang terdapat dalam rokok adalah punca serangan jantung yang pernah ayah hadapi.
Aku bersyukur kerana suami sama sekali bukan seorang perokok. Sebelum aku bernikah dengan suami aku, soalan rokok ini jadi soalan pertama yang aku tanya padanya. Disebabkan itu, aku sudi menjadi peneman hidupnya. Aku dah lagi tidak terbiasa dengan suasana merokok di rumah, sebab itu bila aku terbau asap rokok, aku mudah pening kepala.
Kandungan Tar Paling Bahaya Di Dalam Rokok
Apabila perokok mula membakar rokok, ianya dipanggil sebagai pembakaran (burning) atau combustion. Sebenarnya, proses pembakaran ini telah melepaskan rasa tembakau dan nikotin yang dihasilkan lebih daripada 6000 bahan kimia.
Sebilangan besar bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok adalah Tar. Kandungan Tar adalah lebih berbahaya berbanding Nikotin. Tar yang dimaksudkan ini bukanlah yang digunakan untuk permukaan jalan raya. Tar ini adalah bahan pengukut zarah di dalam asap. Tar juga adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan zarah-zarah kimia yang beracun yang ditinggalkan oleh pembakaran tembakau. Kiranya, tar ini dihasilkan oleh pembakaran.
Orang ingat nikotin lagi bahaya daripada tar kan? Nakotin ini cuma membuatkan pernghisap rokok ketagih untuk merokok. Faktanya, Tar merupakan elemen yang paling berbahaya pada rokok di mana akan merosakkan paru-paru dan juga organ dalaman yang lain.
Tar mengandungi pelbagai bahan kimia yang menyebabkan kanser. Sebanyak 60 bahan kimia yang dijumpai di dalam tar adalah bersifat karsinogen (punca kanser). Apabila seorang perokok menghisap rokok, tar akan menghasilakn permukaan yang melekit pada dinding dalaman paru-paru. Tar dalam asap rokok terbentuk di dalam paru-paru kerana ia dihirup. Lama-kelamaan apabila lebih banya tar yang ada di dalam paru-paru.
Kesan utama tar adalah apabila asap rokok melumpuhkan silia (cilia) di dalam paru-paru. Tar ini juga akan merosakkan silia yang melindungi paru-paru dari kotoran dan jangkitan. Silia ini sangat kecil, seperti rambut yang menutupi trakea.
Tar akan menyempitkan bronkiolus yang menyerap oksigen. Ketika jaringan silia rosak, toksin dalam tar boleh bergerak lebih jauh ke dalam paru-paru. Sesetengah toksin dibebaskan apabila menghembuskan nafas atau terbatuk, ada juga yang terus menetap di dalam paru-paru.
Alternatif Perokok Untuk Berhenti Merokok
Sekali lagi ingin menegaskan bahawa tar dalam rokok adalah sangat beracun dan tar terdapat salam produk tembakau yang dibakar. Risiko bahaya yang paling tinggi adalah akibat membakar tar tembau sehingga menghasilkan asap, di mana asap juga turut membahayakan orang yang berada disekeliling.
Ya! Semua rokok adalah berbahaya dan menyebabkan ketagiha. Walaupun terdapat pelbagai jenama rokok di dalam pasaran dengan ciri-ciri yang berbeza, tetapi isinya masih dikira berbahaya. Jauhi tar dengan mengurangkan merokok.
Merokok tidak akan mendatangkan apa-apa hasil ataupun manfaat. Jika merokok itu dapt menghilangkan tekanan, terdapat banyak lagi cara untuk menghilagkan tekanan tanpa memudaratkan kesihatan dan meningkatkan risiko menghidap pelbagai penyakit seperti kanser paru-paru dan kanser-lain.
Anda berhak untuk menjalani hidup yang sihat begitu juga mereka yang berada di sekelilinh. Mengurangkan merokok dapat menyelamatkan nyawa diri sendiri dan orang yang kita sayangi. Lakukan sekarang dan cuba produk alternatif untuk membantu anda jauhi daripada bahana rokok. Apabila anda sudah bersedia, terdapat pelbagai sumber yang tersedia untuk membantu anda dalam perjalan keseihatan. Anda mampu mengubahnya.
Reference :
1. https://www.verywellmind.com/the-nicotine-patch-2825025
2. https://www.nicorette.com.my/ms/bersedia-untuk-berhenti/bahan-kimia-rokok-dan-tubuh-anda
3. https://www.oneyoucheshireeast.org/tar-explained-what-it-is-and-what-it-does-to-your-body/
Sila tinggalkan comment korang disini!