18 September 2021

Main Game Di Solitaire.org, Seronok Dan Bikin Ralit!

Bismillah.
Assalammualaikum.

Seronok Main Game Di Solitaire.org, Seronok Dan Bikin Ralit! | Bila stress dengan kerja atau tak kesahlah stress dengan apa apa pun, memang aku akan habiskan masa dengan main game. Bila dah stress, sah sah otak dan badan tak akan fokus nak buat sesuatu kerja. Jadi untuk releasekan stress, aku main game jer. In Shaa Allah jadi normal balik. 
 
Baru-baru ni aku terjumpa satu laman web game ni tau, percuma dan tak ada pop-up ads. Aku jadi sakit hati main game di handphone ni, asyik nak pop-up ads je, tu yang banyak uninstall semua game tu. Orang tengah syok main game, tiba-tiba ada pop-up ads ni, boleh hilangkan mood untuk main game tu tau. Puas jugak aku mencari laman web game yang percuma dan tak ada iklan.

Tapi kan.. ada ke laman web game yang percuma, tanpa sebarang iklan dan tak perlu susah susah untuk download? Hmmm ada ke?

Sebenarnya... memang ada.


Pernah Main Game di Solitaire.org?



Hari ini aku nak kongsi dengan korang tentang sebuah website yang best untuk main game. Dalam website ini terdapat banyak pilihan game yang korang boleh pilih dan main. Aku pun baru juga tahu kewujudan laman website ini. Aku bukanlah seorang yang selalu main game, tetapi sekiranya ada masa terluang, selalu jugalah habiskan masa main game di smartphone aku.

Percuma tau! Kalau korang seorang yang kaki game, bolehlah pergi ke website Solitaire.org Siapa yang suka memang suka sangat main game tu boleh terus main game di Solitaire.org. Percuma dan tak ada iklan.




Games Kegemaran Saya di Solitaire.org


Dalam banyak-banyak pilihan game yang terdapat di Solitaire.org ni, aku ada beberapa pilihan yang buat aku seronok dan ralit bermainnya. Kadang tu sampai berjam main game pun tak sedar tau. Pilih sahaja katogeri yang korang suka. Macam aku pula, aku lebih suka bermain mahjong dan hidden game. Jom main game di Solitaire.org!



Memandangkan aku suka bermain game Mahjong, di sini ada beberapa pilihan game mahjong. Di bawah ni, banyak pilihan mahjong yang boleh korang pilih. Korang jangan risau, sebelum mulakan game ni, korang juga boleh baca cara cara untuk bermain.

Game Panda Mahjong ni ada 50 level dan caranya pun senang. Korang cuma perlu padankan 2 gambar yang sama sahaja sehingga habis. Aku bertahan sampai level 4 je, sebab makin tak cukup masa bila main game ni. Walaupun nampak senang tapi tetap mencabar jugak yek. 

Untuk korang yang belum tahu, sebenarnya permainan mahjong ni bagus untuk merangsang minda dan melengahkan dementia (nyanyuk). Sebab itu, orang tua cina-cina suka main mahjong, bagi mereka dengan bermain mahjong dapat mengurangkan penyakit nyanyok. 



Ada lagi satu game yang aku suka main. Game ni since pregnantkan Luth, aku main sampailah Luth keluar ke dunia ni, iaitu Sudoku Math! Setiap kali ada masa lapang mesti main game ni dalam handphone, seronok dan teruja tau.

Game ni sebenarnya menguji minda. Sangat bagus juga game ni supaya otak kita fikir macam mana nak solve problem. Main game ni bukan setakat main je tapi boleh kuatkan mind juga tau. Cubalah selesaikan masalah Sudoku Math ni!

Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian yang aku nak kongsikan hari ni. Sesiapa yang belum pernah lagi masuk laman web ini, aku syorkan korang main dulu kejap. Cuba korang luangkan 5 hingga 10 minit untuk bermain. In shaa Allah mungkin lepas tu korang makin berminat nak bermain!

Apapun, jangan terlalu leka ya! Jangan terlalu ralit sampai tangguhkan kerja yang lain pulak. Untuk yang tengah bercuti tapi tak tahu nak buat apa, jom main game di Solitaire.org  dan mainlah game!





2 Comments

Sila tinggalkan comment korang disini!