Bismillah.
Assalammualaikum.
Bahu Jatuh Sebelah, Patutlah Kerap Sakit Bahu | Nak dijadikan cerita, semasa aku interview navy 3 tahun lepas, masa tu baru aku tahu bahu aku sebelah kanan jatuh. Bahu kanan jatuh sebelah tau, bila aku tengok kat cermin baru nampak.
Sebelum ni memang tak perasaan pun. Aku tak puas hati, aku suruh adik perempuan aku tengok. Memang betul bahu jatuh sebelah.
Bila bahu jatuh sebelah ni, memang akan kerap sakit bahu. Kau picit ke, urut ke, hilang kejap je lepas tu dia datang balik. Tengah tido pun boleh terjaga disebabkan bahu ni.
Aku sendiri pun tak tahu kenapa bahu aku ni boleh jadi macam ni. Pergi klinik, doctor cuma bagi ubat tahan sakit sahaja. Ada satu klinik ni, dia mintak kita refer terus kat hospital.
Memang tak lah aku nak pergi, kes covidnya banyak, manalah diorang nak melayan. Betul tak?
Bahu Jatuh Sebelah, Patutlah Kerap Sakit Bahu
Jadi, semalam aku ambil keputusan untuk mengurut walaupun aku tahu mengurut ni takkan bagi kesan selamanya. Mengurut just untuk melegakan.
Aku cari kat JB area mengurut, jumpa tapi terpandang pulak satu video di tiktok. Cracking bone, satu teknik untuk membetulkan semula tulang yang lari ke posisi asal.
Dulu pernah je tengok tapi sebab tak mampu. Harga dalam RM300 macam tu. Memang tak lah nak pergi.
Dalam video tu memang nampak, walaupun cuma pegang bahu je rasa sakit tu Allah je yang tahu. Sampai ada yang menangis tau waktu sebelum sesi cracking bone.
Nak dijadikan cerita, semalam carilah terapi saraf dan tulang, aku jumpa dekat Bukit Indah. Master Victor kalau tak silap namanya. Nanti kat bawah aku bagi alamat dan details.
Sebelum nak cracking bone, master akan check samaada bahu korang teruk atau tidak. Macam aku semalam, memang dah nampak bahu jatuh sebelah.
Bahu tak sama level, so dia check juga dekat area tulang belakang. Master tekan je kat area tulang belakang, dia punya sakit tak boleh bawak bincang wei.
Master bagitahu, kalau aku tak datang awal lambat atau cepat, tulang belakang aku boleh jadi S. Macam gambar bawah ni. S kan?
Mungkin mata belah kanan akan kabur dan juga kaki belah kanan akan jadi pendek sikit, means di sini tak sama level.
Memang nasib baik semalam datang, master cakap ni early simptom sebelum tulang belakang jadi S. Kalau tak lagi mahal nak bayar.
Bila master dah inform sakit apa semua, master juga bagi tahu harga untuk masalah bahu ni cuma RM150. Uishh murah wei. Bagi aku murahlah, sebab aku sakit kerap sangat.
Takkan aku nak hadap lagi 2 tahun betul tak? Cukuplah untuk 3 tahun ni sakitnya macam mana.
Bagaikan satu kelegaan buat aku wei, tiba tiba je hilang sakit bahu. Sakit bahu ni kadang sampai tangan belah kanan menggigil. Semua keje tak jadi, nak baring tak boleh, nak tidur lagi lah. Makin sakit ada lah.
Kenapalah aku tak buat 3 tahun lepas dan mana tahu sekarang aku tentera laut dah kan? Hahahahaha. Master cakap aku mungkin tersentak masa angkat barang berat. Aku pun tak pasti bila, tahu tahu bahu jatuh sebelah.
Bunyi kruk krak je tulang, pergh lega selega-leganya. Suami pun cakap bunyi kuat juga tulang-tulang aku ni. Seronok wei, serious seronok.
Bahu yang tak unlevel pun, dah jadi sama level wei. Tak nampak pun macam jatuh. Aku macam tak percaya, bahu aku ni dah tak senget. Korang jangan takut tau, setakat ni aku rasa macam tulang aku ni kembali ke tempat yang asal.
Sikit pun tak sakit even master cakap mungkin 2 hari nanti badan akan sengal sengal. Setakat hari ni, badan aku okay je. Bahu dah tak sakit.
Kalau korang ada yang nak betulkan tulang, aku rekomenkan untuk datang di sini. Master Victor peramah orangnya, sembang macam macam. Tak kekoklah so far.
Batas antara lelaki dan perempuan tu, aku rasa okay je sebab suami aku sendiri yang tengok. Bukannya aku berdua-duaan dalam bilik. SOP covid memang tiptoplah. Pusat terapi pun bersih je, kemas dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Aku bagi 5/5 bintang. Best! 2 minggu lagi, aku repeat untuk buat terapi ni. In shaa Allah bahu aku ni elok balik. Harapnya sakit bahu tak ada lagi dah! Korang yang nak pergi tu boleh tengok details di bawah ni ye.
PUSAT TERAPI SARAF & TULANG QHT
Bukit Indah, Johor : No.11A, Jalan Indah 16/12, Taman Bukit Indah
Bukit Dahlia, Johor : No.19A, Jalan Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia
Master Victor : 0127819311
FB : https://www.facebook.com/nervepaintherapy
agak seram jugaklah bahu jatuh sebelah tu😥. semoga kak cepat sembuh okeyh.
BalasPadambtw, jemputlah join giveaway kite.
Alhamdulillah. Selesai satu masalah yang membelenggu hidup. Syukur kepada Allah, setiap penyakit ada ubatnya.
BalasPadambagus ni..thanks sharing..:)
BalasPadamAlhamdulillah semoga tak sakit lagi selepas ini.
BalasPadam