Bismillah.
Assalammualaikum.
Azam Tahun Baru 2022 | Tinggal 1 hari je langkah sebelum kita melangkah ke tahun 2022, itulah kejap je masa ni kan. Sedar atau tak, covid 19 dah macam sebati pulak dengan kehidupan seharian kita. Aku tak tahu lah bila masanya mask free, rimas pakai mask ni tau.
Sepanjang 2021 ni, aku lalui macam macam pengalaman. So far, rasa macam matang lah juga bila hadap semua pengalaman tu. Eh tiber. Lagi pun, aku ni dah bergelar status ibu. Aku rasa 2021 ni ajar aku lebih baik bertenang dan bersabar, walaupun aku ni bukan mudah untuk bersabar. Luth Isyraf ajar aku untuk sabar, dan kawal marah. Dengan anak ni, elok nak marah jadi tak marah.
Jadi, korang dah ada azam belum ni? Azam ni sangat penting bagi aku, azam adalah target atau sasaran yang nak dicapai dalam masa 1 tahun. Itu definisi azam bagi aku, aku tak pasti definisi azam bagi korang macam mana. Sudah pasti, aku mesti ada azam dan ini azam tahun baru 2022 aku.
Azam Tahun Baru 2022
#1 Mesti Dapat 3 Juta Pageviews
Memandang tahun ni, aku dah dapat 1 juta pageviews tak mustahil tahun depan aku boleh dapat 2 juta pageviews lagi. Aku kena usaha lebih lagi untuk dapatkan apa yang aku target, kena buang sikap malas nak update entri tu. Malas takkan membuahkan hasil, betul tak?
#2 Berhenti Kerja Construction
Aku rasa inilah azam aku yang paling susah untuk aku buat. Dah 3 tahun berturut-turut azam ni masih lagi setia, tak pernah nak tukar. Aku harap sangat 2022 ni lagi banyak masa untuk Luth Isyraf. Kerja ni dah ibarat rumah kedua dah, susah nak berhenti sebab sayang.
#3 20 Gram Emas 999
Ini juga merupakan salah satu azam tahun baru 2022. Aku pun baru ade kesedaran untuk simpan emas pada bulan 8 yang lalu. Itu pun aku tertarik dengan satu video di tiktok tentang emas 999 ni. Aku nak cerita lebih pasal emas ni, tak berani pulak. Sebab masing-masing ada pandangan, aku lagi suka emas 999 berbanding emas 916. Aku target juga untuk simpan emas buat Luth Isyraf, sebanyak yang boleh sebelum umur Luth 18 tahun.
#4 Tetap Istiqomah & Muhasabah
Last but not least, point 4 ini susah nak buat. Aku takut kalau diri aku ni tak istiqomah untuk mencapai semua azam yang aku nak. Jadi, aku kena sentiasa muhasabah diri dan bersyukur dengan apa yang aku ada dan pernah aku lalui. Aku tak nak mengulangi kesilapan yang sama untuk tahun baru 2022.
Akhir kata, inilah azam aku untuk tahun 2022. In shaa Allah, doa usaha dan tawakal, pasti akan berjaya! Selamat tahun baru 2022 semua!
Insyaallah, semoga azam dan impian OM diperkenankan
ردحذفSemoga keempat-empat azam berjaya dikecapi. 👍
ردحذفIn Syaa Allah, mudah-mudahan impian 2021 tercapai. Kak Amie belum ada senarai azam 2022.
ردحذفSelamat tahun baru juga buat OM.. Moga semuanya baik-baik aja untuk OM ya...
ردحذفSelamat tahun baru OM! Moga semua azam-azam tahun ini tercapai!!
ردحذفSelamat tahun baru 😘😘
ردحذف