3 Julai 2022

Cara Renew Domain Blog Di Netkl

Bismillah.
Assalamualaikum.

Cara Renew Domain Blog Di Netkl | Alhamdullilah. Tak sangka dah nak masuk 4 tahun guna domain sendiri. Hari ni aku nak settlekan renew domain blog aku ni, www.ombakbergigi.com. Aku ingat lagi masa 2019 tu, aku teragak-agak nak beli domain sendiri. Aku risau je beli domain bayar beratus ringgit. Hasil blogger ni pun tak lah semeriah mana. Takut tak mampu nak bayar.

Biasanya, Netkl akan emailkan pada korang untuk renew domain berserta dengan harga renew. Netkl akan inform sebulan awal sebelum tarikh expired domain blog korang. Hari ni aku nak kongsikan pada korang semua, cara renew domain blog di Netkl. In syaa Allah Netkl ni servis domain berbayar yang paling dipercayai, aku sendiri pun dah 4 tahun dah setia bersama Netkl. 


Cara Renew Domain Blog Di NetKl


Ikuti langkah-langkah renew domain blog di bawah dengan teratur : 



1. Log in akaun korang di https://www.billing.netkl.com/login seperti biasa


2. Klik pada invoice (invois) seperti yang tertera di gambar bawah. 



3. Lepas klik Invoice (invois), korang akan nampak gambar seperti di bawah. Kemudian, korang klik pada UNPAID. Aku cuma renew domain blog selama setahun, nanti bila dah bayar, Netkl akan terus bagi tarikh expired domain yang seterusnya.

 




4. Nampak tak invoice (invois) di bawah ni, klik pada PAY NOW. 


5. Pilih PAYMENT METHOD yang mana korang nak. Aku menggunakan perbankan Hong Leong Connect sahaja, sebab perbankan ni yang sentiasa memudahkan tiap kali pembayaran. Korang juga boleh bayar melalui MBB atau Paypal. 





6. Selepas pembayaran, maka akan tertera invoice (invois) seperti gambar di bawah. Pihak Netkl akan bagi resit pembayaran (PAID) melalui email yang menyatakan domain korang dah berjaya renew. Check email tau!





7. Finally, domain dah berjaya renew!


Alhamdullilah, settle juga renew domain blog di Netkl untuk setahun lagi. Banyak sangat yang aku manfaatkan dari blog kesayangan aku ni, dari tak ada hasil sampailah dah berjaya cash out google adsense. Dulu tak ada pun review atau kolaborasi, semenjak dah berdomain ni, dapat juga hasil, seronok betul.

Aku harap semoga blog aku ni bagi manfaat yang berguna pada pembaca di luar sana. Semoga aku tetap istiqomah untuk update cerita cerita baru. Doakan ye semua! Mana mana blogger yang belum renew tu, meh renew cepat cepat tau. 


15 ulasan:

  1. Perasaan lepas dah renew tu, sangatlah best. Tenang, tak perlu fikir apa dah. Lenne pun dah renew domain for 3 years in advance! ^^

    lenne | lennezulkiflly.com

    BalasPadam
  2. Kan.. Dulu nak beli domain, berkira2 berbaloi ke idak. Tpi bila dh ada domain sendiri, baru nmpk benefit dia n ramai pr cari blogger yg ada domain sendiri sbb lagi menyakinkan client untuk guna servis blog kita..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, Azwar pun dah renew domain for 2 years in advance before harga naik haritu.

    BalasPadam
  4. mudahkan dengang Netkl...diaorg pun sangat membantu

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah saya pun dah renew sebelum naik harga hari tu semalam 3 tahun.... best guna servis netkl

    BalasPadam
  6. cik en pun guna netkl.. mudah dan servis dorang sangat bagus

    BalasPadam
  7. Tenkiu share cara cara ni. Marina selalu mintak NetKL renew kan. Marina bayar je. Hehe. Cepat je servis diorang

    BalasPadam
  8. Terima kasih sharing. Marsha sekarang ni juga guna netkl cuma upah je org buat...nanti boleh saved utk rujukan

    BalasPadam
  9. Hee selalunya kita bayar lepas dia email tu..pastu hntar proof if teansaction ja😂

    BalasPadam
  10. Saya selalunya akan transfr bila netkl email saya..bgus diorg sentiasa remind

    BalasPadam
  11. Saya pun dah masuk 7 tahun guna domain dengan netkl.. dulu macam leceh sikit nak bayar.. sekarang dah lebih mudah bila dia online banking direct...

    BalasPadam
  12. Memang renew domain guna netkl.senang je tak susah mana pun kan.bagus share cara renew domain buat kawan kawan yang kurang arif bab bab ni

    BalasPadam
  13. Senang je kan dengan netkl ni. Kalau ada apa-apa masalah, boleh contact terus diorang.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!