Bismillah.
Assalammualaikum.
Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru | Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut Christmas & New Year kan? Bagi uolls yang duduk di sekitar JB dan mencari christmas & new year festive buffet, bolehlah mencuba pakej buffet di Thistle Hotel.
Memang ada juga aku ni berbisik-bisik, dan ada juga pasang angannya, 'Bilalah nak dapat job food review ni ya'.. dan akhirnya, alhamdullilah 'Bisikan Hati' aku tu sampai juga ke sini..
Aku berpeluang untuk join Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru preview dan merasai pelbagai menu yang ada di buffet ini. Ini adalah food review pertama dan juga pertama kali menjejaki Thistle Hotel. Selama ni, review produk je kan. Seronok juga dapat makan makan dan yang paling best dapat jumpa beberapa blogger yang selama ini aku follow di dalam talian.
Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru
Tak kisahlah berapa harganya kan, yang pasti kalau korang datang makan Christmas & New Year Festive Buffet di Thistle Johor Bahru ni, memang sangat puas hati, tak pernahnya tak sedap dan 'mewah', berbaloi laa dengan apa yang ko bayar dan makan kan.
Bayangkanlah lebih dari 50 jenis menu pelbagai citarasa yang dihidangkan dan pastinya akan mengugat diet korang tu. Lebih baik stop dululah diet korang tu kalau pi makan kt sini. Rugi kalau datang makan cuit-cuit je. Semuanya sedap dan susah nak tolak semua. Aku cakap ni sebab aku dah rasa.
Dan biasanya kalau nak datang makan kat sini, pastikan perut korang lapar, kalau tidak, rugi woo tak dapat rasa semua. Macam-macam menu ado, sampai aku ni tak tahu nak pilih yang mana satu.
Beberapa menu-menu yang ada di Christmas & New Year Festive Buffet adalah :
1) Aromatic Butter Rice
2) Beef Rendang Pie
3) Stuffed Chicken Breast with Spinach & Feta Cheese
4) Creamy Potato Gratin
5) Vegetable Loh Han Chai
6) BBQ Beef Brisket
7) BBQ Lamb Leg
Kalau tanya pilihan menu aku, dah tentunya BBQ Beef Brisket dan Beef Rendang Pie, sedap oooii, memang terangkat mata makan ni hahahahaha.. dan tak lupa gak menu pencuci mulut. Sedap-sedap belaka tau.
Tak lupa juga kaunter pencuci mulut, ada pelbagai dan aneka juah kek, puding, buah-buahan, memang sangat kemanisan kalau berada di kawasan pemanis mulut ni heheheh
Korang juga boleh tengok full menu di. Boleh juga belek-belek gambar yang aku kongsikan di bawah ni tau.
Apa macam? Bikin meleleh air liur tak? Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh ke info yang aku kongsikan di bawah ni ye.
1 Comments
Happy new year already:)
Sila tinggalkan comment korang disini!