21 Oktober 2022

Main Game Memasak Di Culinaryschools.org, Permainan Masak Kanak-Kanak Percuma

Bismillah.
Assalammualaikum.

Main Game Memasak Di Culinaryschools.org, Permainan Masak Kanak-Kanak Percuma   | Sekarang ni dah musim cuti sekolah kan? Bagi nak hilangkan bosan anak-anak apa salahnya main game di Culinary Schools, dijamin percuma dan bikin ralit! Sekarang ni dah banyak permainan secara talian, cuma berbayar ataupun tak berbayar.

Manalah tahu sambil main game masak-masak ni, boleh cungkil bakat anak yang selama ini di pendam? Anak-anak ni kalau dia suka main satu jenis game, game itulah yang dimainnya. Sama lah macam aku ni, kalau main game masak-masak bertahun tak pernah delete game tu. 


Main Game Memasak Di Culinaryschools.org


Hari ini aku nak kongsikan dengan korang tentang sebuah website yang best untuk anak-anak korang main game. Mak mak pun boleh main jugak, jangan risau. Dalam website ini terdapat banyak pilihan game memasak yang korang boleh pilih dan main. Aku pun baru tahu kewujudan laman website ini. 

Percuma tau! Kalau anak-anak atau diri korang sendiri yang nak main game, bolehlaj pergi ke website Culinaryschools.org. Siapa yang suka sangat main game memasak, boleh terus main game memasak di Culinaryschools.org.  


Main Game Memasak Di Culinaryschools.org


Dalam banyak-banyak pilihan game memasak yang terdapat di culinaryshools.org ni, aku ada beberapa pilihan yang buat aku seronok dan ralit ketika bermain game tersebut. Kadang tu tak cukup 10minit apabila main game tu. 

Ada beberapa pilihan game yang terdapat di website ni :

1) Cooking and kitchen work
2) Food Education Games
3) Serving Eaters
4) Farming
5) Other Fun Food - themed Games

Main game memasak di Culinaryschools.org ni, ada yang mudah ada juga yang susah. Antara game memasak yang menarik perhatian aku adalah : 


1) Open Restaurant

Open Restaurant ni game ialah permainan restoran isometrik di mana seseorang mesti bertindak sebagai, pelayan, juruwang dan pembersih untuk restoran yang sibuk. Game ni korang cuma perlu melakukan kerja pelayan iaitu cari tempat duduk tetamu, ambil pesanan, menghidangkan makanan dan mengutip bayaran.



Walaupun nampak macam senang tapi susah juga nak sampai ke Day-8 tu tau. Aku sendiri pun dah berapa kali sangkut dekat Day-7. Setiap hari restoran mempunyai jumlah pendapatan sasaran. Pemain yang mencapai matlamat pendapatan mereka beralih ke hari berikutnya. Permainan ini berfungsi di luar talian tetapi mengambil masa kira-kira 30 saat untuk dimuatkan pada mainan awal.


2) Penguin Cafe

Game ni tak adalah susah mana, sesuai je untuk kanak kanak bawah 12 tahun. Aku sendiri pun main sampai ralit apatah lagi diorang kan? Penguin Cafe ni sebenarnya bermain dengan penguin di atas skate dan bergegas untuk melayani tetamu dan memenuhi matlamat harian. Walaupun estetika dalam permainan ini adalah kartun, tahap kesukaran meningkat dengan cepat selepas tahap pasangan pertama.


Ingatkan anak-anak korang untuk bermain permainan ini ganjaran pelanggan membentuk bahagian penting mata pencarian pelayan. Itu menjadikannya penting bagi pelayan untuk mengekalkan sikap positif walaupun sering berhadapan dengan tekanan yang melampau dan pelanggan yang menuntut.

Selain 2 game di atas, korang juga boleh cuba game yang lain. Aku senaraikan di bawah ini dan korang klik pada link tersebut ye.

https://www.culinaryschools.org/kids-games/candy-fiesta/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/merge-cakes/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/fruit-snake/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/airport-rush/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/fruit-adventure/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/milk-for-cat/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/mahjong-solitaire/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/onet-fruit-classic/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/snakefalls/
https://www.culinaryschools.org/kids-games/plumber-soda/

Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian yang aku nak kongsikan hari ni. Sesiapa yang belum pernah lagi masuk laman web ini, aku syorkan korang main dulu kejap. Cuba korang luangkan 5 hingga 10 minit untuk bermain. In shaa Allah mungkin lepas tu korang makin berminat nak bermain!

Apapun, jangan terlalu leka ya! Jangan terlalu ralit sampai tangguhkan kerja yang lain pulak. Untuk yang tengah bercuti tapi tak tahu nak buat apa, jom main game di Culinaryschools.org  dan mainlah game!






























15 ulasan:

  1. menarik ni. boleh cuba nanti nak release stress kerja. Thanks for sharing

    BalasPadam
  2. risau mak-mak je terjebak ni..hahahah

    BalasPadam
  3. Wah menarik.. Kak Sue lama dah tak main game apa-apa..

    BalasPadam
  4. menarik tengok game ini.. apa pun ianya mesti budak2 suka kan

    BalasPadam
  5. nak cuba main lah nanti. macam best je. dah baca kat 2 blog rekomen website ni...

    BalasPadam
  6. alamak best ni syu.. akak nak try la nanti.. ajak bebudak join sekali.. hehe

    BalasPadam
  7. Thank you share. Anak Marina suka game masak masak gini

    BalasPadam
  8. alamakkk... jahat nii... sebab bukan anak yang main... ibu yang main games ni biasanya...kih3

    BalasPadam
  9. game masak masak ni bukan budak budak je suka.. kita yang dewasa pun suka main. jadirm ralit bila main kan

    BalasPadam
  10. bestnye... nanti nak try main balik, lama betul tak main game, tapi time free-free jerlah main hehehe

    BalasPadam
  11. wah, glamer rupanya culinary schools ni.

    BalasPadam
  12. Sekarang ni main masak-masak pun online...terbaik!

    BalasPadam
  13. Bagi anak-anak main memang ralit betul depa dok layan sebab banyak game menarik kat satu website je.

    BalasPadam
  14. Khusyuk nampak main game tu..nnt nak try la juga..haha

    BalasPadam
  15. boleh la sy syorkan kpd anak sy yg umo 6 thn tu main game masak2 di sini. Thanks for sharing...

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!