13 Februari 2023

Resepi Nasi Dagang Terengganu, Lengkap Bersama Gulai Ikan Tongkol

Bismillah.
Assalammualaikum. 

Resepi Nasi Dagang Terengganu, Lengkap Bersama Gulai Ikan Tongkol | Lama dah tak makan nasi dagang. Apa kata hari ni kita cuba masak nasi dagang? Nasi dagang terengganu ni sedap juga apabila makan bersama gulai ikan tongkol. Rasa dan aromanya cukup untuk meningkatkan selera makan. 

Nak ke Terengganu pun jauh kan, alang-alang tu baik kita masak je. In shaa Allah dijamin sedap dan bertambah-tambah selera makan tu nanti. Aku ni lagi suka mak yang masakkan daripada makan kat luar, macam tekak aku ni tak boleh terima bila orang lain masakkan. Kena mak juga yang masakkan.

Sebab tu, aku nak belajar masak nasi dagang. Suami pula suka makan, dulu suami tak reti makan. Sekali mak masakkan, ha bila makan kat tempat lain, jadi tak sama. Aku harap resepi aku buat ni nanti sebiji rasa macam rasa nasi mak. 



resepi nasi dagang terengganu


Resepi Nasi Dagang Terengganu, Lengkap Bersama Gulai Ikan Tongkol



Ini resepi nasi dagang terengganu, lengkap bersama gulai ikan tongkol yang boleh di cuba.


Bahan resepi nasi dagang yang diperlukan : 

  • 4 cawan beras jati
  • 1 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
  • 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
  • 1 sudu halba
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia

Cara-cara masak nasi dagang terengganu : 


1. Beras jati perlu bercampur dengan beras pulut dan rendam selama 8 jam atau semalaman. Kalau tak sempat boleh 2-4 jam.

2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.

3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan gaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. Biar seketika sehingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair dan biarkan sekejap.

4. Kuku semula selama 20 minit lagi.

5. Sementara itu, hiris bawang dan halia halus halus. Masukkan di atas nasi dalam kukusan dan juga buah halba.

6. Angkat nasi untuk kali kedua dan gaulkan dengan santan pekat sehingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.

7. Siap dan boleh hidangkan.


Resepi Gulai Ikan Tongkol, Pasangan Terbaik Untuk Nasi Dagang



resepi nasi dagang terengganu



Bahan-bahan yang diperlukan:


  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu serbuk jintan putih
  • 2 hiris lengkuas (dikisar)
  • 1 hiris halia (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 sudu cili mesin (dikisar)
  • 1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
  • 1 1/2 liter santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kerisik
  • 4 keping asam keping
  • 1/2 buku kecil gula melaka
  • Sedikit belacan
  • 10 biji cili padi
  • Sedikit garam


Cara-cara :


*** Rebus ikan tongkol bersama beberapa asam keping dan juga garam. Jangan buang air rebusan. 

1. Masak santan sehingga naik minyak.

2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik asam keping dan gula melaka. 

3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.

4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang direbus. Jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.

5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan. 

6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak. Kalau mahu pekat masak lama. Siap!





Bagi ibu ibu yang ada anak kecil, dah tak perlu pening dah. Menu ini tak ambil masa yang lama di dapur ketika membuatnya. Suami dan anak-anak pasti suka. Cukup bahan dan tahu cara nak buat, in syaa Allah menjadi dan dah tentu sedap. 

Dah tahu cara masak kan? Betul-betul ringkas resepi nasi dagang. Memang mudah untuk dimasak. Korang boleh cuba resepi nasi dagang terengganu. Nanti boleh makan puas-puas sampai kenyang. Dah tak perlu nak membeli, semuanya kita buat dengan air tangan sendiri.

Selamat mencuba!



Kredit : FB INA ZURIENA

9 ulasan:

  1. Oh senang rupanya nak buat. Bolehlah cuba nanti. Thanks share resepi ❤

    BalasPadam
  2. Alaaaaaa terus terliur hahahhaah.. tp x confident buat sendiri.

    BalasPadam
  3. Nasi dagang ni memang kegemaran saya, tapi seumur hidup tak pernah buat... sebab dalam family saya seorang sahaja yang suka makan... 1 day nanti boleh try resepi nih

    BalasPadam
  4. sedapnya.. nk kena mencari ini. nk msk kena tggu hari minggu.. ramai org

    BalasPadam
  5. Sedapnya nasi dagang. Memang suka makan nasi dagang tapi lauk tu akak tukar ayam. Kurang makan ikan tongkol..tapi kuah tu pekat yang sedap

    BalasPadam
  6. makanan kegemaran sha.. kalau nak masak 3 hari sebelum dah kena siap barang.. huhuh.. lama dh tak buat nii.. rindunyaaa

    BalasPadam
  7. Tak pernah try masak nasi dagang lagi. Selalu suami yg masakkan,nebes mak mertua kita org ganu. Haha

    BalasPadam
  8. Sis sekali je try buat dan masak dan menjadi... kali kedua nak try lagi takut tak jadi hahahahaha

    BalasPadam
  9. alaa... apa ni? share makanan sedap sedap... feveret pulak tu... nak buat malas... meleleh ailior nengoknya

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!