13 Jun 2022

Review Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum, Confirm Bikin Kulit Glowing

Bismillah.
Assalammualaikum.

Review Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum, Confirm Bikin Kulit Glowing | Lama juga aku tak review product skincare, rasanya last review pun tentang produk shaklee. Hari ni aku nak review Safi Youth Gold Lifting Golden, pernah dengarkan produk Safi? Rasanya dah famous dah dekat Malaysia, sebelum ni aku pakai safi yang botol hijau tu. 

Aku memang suka pakai cleanser dan serum. Pernah sekali tu, aku pakai 4 cleanser sekali gus. Serum pun sama, daripada yang lokal sehingga dari luar negara aku cuba. Jadi memandangkan kulit aku sendiri sekarang ni dah bebas jerawat, aku nak cuba produk safi pulak. Aku dengar produk safi ni pun dah banyak review yang bagus dan lagi satu, senang nak dapatkan produk ni.



Review Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum



Kalau tak pandai jaga kulit muka, memang cepat berkedut sebelum usia. Sekarang ni dah bersepah dah produk sampah, aku malas nak petik produk sampah ni, kang tak pasal kena saman. Korang faham faham je lah produk sampah tu apa kan? Sekarang je dah slow sikit, dulu 2016 hahahha bersepah produk sampah. 

Tanpa membuang masa lagi, aku nak review Safi Youth Gold ni, in shaa Allah membantu korang yang nak cuba produk safi. 


Nak Kulit Glowing, Jom Pakai Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum



Sila habiskan pembacaan review safi youth gold lifting golden c duo serum ni tau! Confirm korang tertarik untuk mencuba produk ni. 

Sebelum tu, aku nak imbaskan sedikit produk safi yang terbaru ni. Safi sebenarnya dah keluarkan produk baru yang bernama Safi Youth Gold aka SYG. SYG ni dia lebih fokuskan kepada anti penuaan, menganjal dan mengurangkan dagu berlapis untuk wajah tampil lebih anjal, runcing dan tirus. Jadi, SYG keluarkan 2 produk baru iaitu Safi Youth Gold Lifting  Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser. 


#1 Product Details?


Product name : Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum (Safi Youth Gold Lifting  Golden C Duo Serum & Lifting 24K Serum Cleanser. 
Product Brand : Safi
Product Type : Serum & Cleanser
Size : 30ml & 150ml
Price : Lifting Golden C Duo Serum (RM59.00) & Lifting 24K Serum Cleanser (RM19.80)
Beli di sini : semua farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness, Caring dan Wipro Unza di Shopee (for cleanser - https://bit.ly/3izM0fm & for serum - https://bit.ly/3FpssEj) & Lazada

Aku purchase serum ni dari watson tapi korang boleh je beli di Lazada/Shopee. Make sure beli under Watson tau, aku risau je korang terbeli yang fake ni. Sekarang ni macam macam jenis seller jual yang fake, kang tak pasal muka rosak pulak. Korang kena selalulah buat survey sebelum membelinya. Semak mana yang jual original dan juga rujuk review mereka yang pernah beli dan pastikan 100% ORIGINAL.


#2 What it claims? 


Safi Youth Gold ni merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur. Lagi bestnya, produk ni dapat mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit. Kalau korang nak tampil lebih mudah dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus, aku memang cadangkan untuk guna produk ni.

Lagi satu, produk ni juga diformulasikan dengan Teknologi Golden C-Lift, kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lagi berkesan daripada Vitamin C biasa. Senang cerita, formulasi ni tidak melekit or berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit. Produk safi memang diperkayakan dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberikan 7 dimensi pembaharuan keremajaan kulit :

- Menegangkan kulit
- Meningkatkan keanjalan
- Mengurangkan garis halus & kedutan
- Meningkatkan kelembapan kulit
- Melindungi kulit dari pengoksidaan
- Meningkatkan kehalusan kulit
- Memperbaiki kulit rosak


#3 How to use? 


Untuk Serum Cleanser, aku just drop dekat tangan dan apply beberapa calit di muka aku. Lepas tu aku gosok dengan perlahan sampai keluar buih, korang jangan gonyoh kuat kuat pulak kt muka. Massagelah sikit muka tu sebelum cuci. Lepas tu, korang rinse off with lukewarm water 3-4 kali. 

Bila dah cuci muka tu dengan guna Lifting Serum, korang drop dekat muka dan apply into the whole your face. Ratakan dengan lembut sehingga meresap sepenuhnya. Aku biasa akan guna pada PM routine, sebab aku lagi suka serum ni meresap pada waktu malam memandangkan waktu siang aku sibuk dengan kerja luar. 


#4 Packaging? 


Botol Serum Cleanser, didatangkan dengan 150ml, berbotol plastik clear transparent with pumping. Korang pump je dan keluarlah cleanser ni. Botol ni tak mudah pecah kalau jatuh. 

Untuk botol Lifting Serum pulak, non transparent packaging with a large dropper bottle. Korang tengok macam plastik kan? Tapi sebenarnya kaca, I risau juga kalau jatuh dan pecah. Mahu menangis tepi bucu katil. Be carefull bila pegang ye.

Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum



#5 The Smell/Colour/Consistency? 


Untuk Serum Cleanser (gambar kiri), like you guys see, color seakan transparent  with gold serum 24K. Gold serum tu memukau tau kt dalam botol, bersinar je. Ni bila apply kt muka nampaklah glowingnya tu. 

Lifting Serum pulak, jenis cair sikit berbanding cleanser. Mostly serum memang cair ye sebab mudah nak menyerap ke dalam kulit, baunya wangi dan cepat serap ke dalam kulit tau. 
 
Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum


#6 How I feels? 


Memandangkan aku ni suka cleanser dan juga serum, produk ni bagus untuk menganjalkan kulit aku yang semakin tak anjal dek kerana kerja panas. Harga cleanser & serum murah dan berbaloi untuk aku beli, lagi satu mudah untuk didapati. 

Cleansernya bila aku pakai, tak buat kulit aku tegang lepas cuci, smooth dan halus je bila rasa. Terasa lah anjal bila pegang, hehehe.. Untuk serum pulak, lepas je apply kat muka, perghhh rasa kulit muka ni bersinar je, almaklum bila tepek 24k gold serum kt muka kan. 

Glowing je muka ni. Hahahaha, aku nak cakap lebih kang korang tak percaya pulak. Apa kata korang cuba?


#7 Recommended? 


Overall, Safi Youth Gold produk yang bagus untuk dicuba dan dijadikah salah satu produk skincare korang. Setakat ni, SYG ni sesuai dengan kulit muka aku. I'll purchase later!


Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari




(Disclaimer : This is paid review. I not bought with my own money. Setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is jut my personal experience. Try & error gurl)







2 Comments

Sila tinggalkan comment korang disini!