10 يناير 2022

11 Petua Masakan Perlu Dicuba Oleh Surirumah

Bismillah.
Assalammualaikum.

11 Petua Masakan Perlu Dicuba Oleh Surirumah | Memandangkan aku ni dah separa surirumah, ada masa aku memasak jadi kebanyakkan petua masakan aku tak follow sangat. Pakai hemtam keromo je aku ni, janji masak dan sedap rasanya. 

Hari ini aku nak kongsikan 11 petua masakan. Aku harap dengan adanya perkongsian ini dapatlah membantu serba sedikit masakan korang, walaupun aku tak berapa pandai sangat. Petua masakan di bawah ni, aku rasa korang pun mesti ada yang dah tahu. 

Jadi, aku jaminlah petua masakan di bawah ni sangat mudah untuk korang cuba. Jom baca


Baca ini juga Tak Sampai RM10, Anda Boleh Bersihkan Bontot Dan Kerak Kuali Yang Hitam Legam.




11 Petua Masakan Perlu Dicuba Oleh Surirumah


Di bawah ni aku telah senaraikan sebanyak 11 petua masakan yang boleh di cuba. In shaa Allah dapat membantu urusan masakan korang. 


#1 Petua kentang cepat empuk


Apabila memasukkan kentang lebih awal dalam masakan, ia akan membuatkan kuah menjadi lebih pekat. Bagi mengelakkan ini berlaku, rebus kentang di dalam periuk lain dan apabila sudah empuk, toskan kentang dan masukkan ke dalam kuah tadi.


#2 Petua elak ikan melekat di kuali


Ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan masukkan ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan akan lebih mudah di angkat dan tidak akan melekat di kuali.


#3 Petua hilangkan hanyir sup ayam


Untuk mengelakkan sup ayam berbau hanyir, masakkan bahan tumis sehingga garing dan wangi. Kemudian, masukkan bahan tumis itu tadi dan ayam ke dalam kuah mendidih. Cara ini akan membuatkan sup lebih sedap dan tidak berbau hanyir.


#4 Petua menyedapkan ikan yang sudah beku


Ikan yang sudah beku memang rsanya sudah tidak segar dan apabila di masak, ianya tidak sedap. Utuk mengembalikan rasa segar ikan tersebut, ambil semangkuk susu dan rendam ikan tersebut. Apabila ikan sudah lembut masak seperti biasa. Ikan akan rasa lebih sedap dan berlemak malah rasanya lebih segar.


#5 Petua masak lemak cili padi lebih sedap


Masukkan air kelapa ke dalam kelapa parut. Biar seketika. Kemudian, barulah diperah kelapa tersebut. Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainannya.


#6 Petua hilangkan bau hanyir daging


Selepas daging dipotong dan dibersihkan, rendam daging dengan secawan tepung gandum dan sesudu kecil garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh lagi sehingga bersih.


#7 Petua halau lalat ketika memasak


Kebiasaannya, lalat akan datang ketika kita menumis dan menggoreng. Untuk mengelakkan lalt datang, ambil beberapa tangkai daun kari dan letakkan berhampiran dapur dan letakkan berhampiran dapur. Korang boleh juga meletakkan beberapa tangkai daun kari di meja makan untuk menghalau lalat.




#8 Petua beras lebih tahan lama


Ambil beberapa ulas bawang putih dan masukkan ke dalam tempat simpanan beras. Korang boleh juga menggunakan beberapa tangkai cili kering dengan kaedah yang sama.


#9 Petua sup tulang lebih sedap


Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan tulan. Kemudian, masukkan bahan rempah sup. Masak seperti biasa. Sup tulang akan lebih sedap.

#10 Petua cucur lebih lembut


Untuk melembutkan cucur, masukkan 1/2 cawan air panas ke dalam tepung, kemudian masukkan air dan kacau sebati. Cucur lebih lembut menggunakan kaedah ini.

#11 Petua hilangkan hanyir ikan


Rendam ikan dengan air asam jawa dan potong limau kasturi atau limau nipis dan gaul bersama ikan dan air asam jawa. Biarkan seketika, kemudian masak seperti biasa.


هناك 15 تعليقًا:

  1. Wahh banyaknya. Kena save ni .

    ردحذف
  2. bagus petua-petua ni semua. sangat berguna di dapur.

    ردحذف
  3. Bagus mengamalkan petua-petua lama ni.. semuanya pernah cuba dekat rumah sendiri

    ردحذف
  4. pernah buat no 8 je. hahaha yang lain mcm jarang sekali.

    ردحذف
    الردود
    1. hehehhe ni msti sebab no 8 tu yg paling senang dan berkesan.

      حذف
  5. banyak petua kat dapur ni... kalau tahu memang memudahkan kerja2 dapur

    ردحذف
  6. baguslah petua2 ni semua.. saya cuba ya. terima kasih share

    ردحذف
  7. Most of it memang tak pernah dengar. Sangat berguna walaupun bukan suri rumah. Hehe

    ردحذف
    الردود
    1. heheheheh its okay if not surirumah, saved for the future

      حذف
  8. tq for sharing.
    ada yg baru aida tahu ni.
    terbaik!
    ye la kan. bila di dapur, 1001 masalah akan ada.
    ada tips sebegini amat memudahkan keje.

    ردحذف

Sila tinggalkan comment korang disini!