17 Jun 2022

JANGAN SOMBONG - TAZKIRAH RINGKAS #43

Bismillah.
Assalammualaikum. 

JANGAN SOMBONG - TAZKIRAH RINGKAS #43 | Ada orang bangga dengan suaminya, akhirnya suaminya itu curang padanya.

Ada orang bangga dengan anaknya, akhirnya Allah ambil nyawa anaknya.
Tinggal semua di dunia.

Ada orang bangga dengan hartanya,
akhirnya disamun, diragut, dirompak.

Ada orang bangga dengan jawatannya,
akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur.

Ada orang bangga dengan kecantikkannya,
akhirnya kena strok. Habis herot. Hilang kecantikkannya.

Ada orang bangga dengan ketampannannya,
akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya, putus kakinya. Cacat semua.

Ada orang bannga dengan pimpinannya,
akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar berpecah-belah.

Ada orang bangga dengan ilmunya,
akhirnya dia menjadi Jahil kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.

Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia? Semua itu Allah bagi pinjam sementara. Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita aa. Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa.

Tazkirah ringkas


Manusia hari ini suka sangka-sangka.
Ada sangka baik, ada sangka buruk.

Orang beribadah, disangka riak.
Orang rileks, disangka malas.
Orang berpakaian baru, disangka menunjuk.
Orang berpakaian buruk, disangka hina.
Orang makan banyak, disangka pelahap.
Orang makan sikit, disangka diet.
Orang yang suka senyum, disangka mengejek.
Orang yang masam, disangka merajuk.
Orang berbincang, disangka mengumpat.
Orang yang diam, disangka menyendiri.
Orang yang menawan, disangka menggoda.
Orang yang ceria, disangka mengada.
Orang yang bertanya, disangka menyibuk.

Hakikatnya, mana tahu yang senyum itu bersedekah.
Mana tahu yang masam itu mengenang dosa.
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat.
Mana tahu yang diam itu beribadah.
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya.
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya.
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya.

Justeru,

Sesuatu perkara yang kita lihat. Jangan suka sangka-sangka.
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa.
Kerap sangka-sangka akan mengundang celaka.
Jangan terlalu bersangka-sangka.
Jauhi sikap bersangka-sangka.


(Dipetik daripada facebook Ustaz Hanafi)

2 ulasan:

  1. Sombong dalam kehidupan tak bawa kita ke mana.. dunia ni macam roda, maka bersyukur dan selalu merendahkan diri..

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!