23 Mei 2023

5 Tips Pilih Hotel Dengan Betul Sebelum Menempah Dan Bercuti

Kali ni aku nak bercerita pula 5 cara pilih hotel, memandangkan sebelum ni aku pernah travel ke luar negara. Sekarang masih lagi di fasa Covid 19, aku tak suggest untuk korang bercuti di luar negara, kang balik bercuti dapat pulak penyakit. 

Perkara pertama yang kita pikir sebelum nak bercuti ialah penginapan. Betul tak? Aku sendiri pun, benda pertama aku buat kena cari hotel dulu. Penginapan ni pula terdapat macam macam jenis, ada hotel, homestay, chalet, hostel dan sebagainya. 

tips pilih hotel
Semak hotel sebelum tempah

$ads={1}

Kita ni kalau boleh nak bercuti kena dalam keadaan santai dan selesa. Kalau salah pilih hotel, boleh buat mood kita ni swing tau. Aku pernah kena konon nak cari hotel yang murah, sekali dapat murah dan environment dalam bilik hotel tu, ya tuhanku mengucap panjang. 

Euww kotor yang amat. Lepas kejadian tu, aku akan pilih hotel berdasarkan review dan keselesaan. Kalau review semua baik baik, confirm aku tempah walaupun mahal.

10 Tips Pilih Hotel Dengan Betul, Check Dulu Sebelum Tempah

Meh sini, aku kongsikan 5 tips pilih hotel dengan betul, in shaa Allah memudahkan urusan percutian korang semua.

#1 Pilih lokasi hotel

Sebelum pilih hotel, tengok dulu lokasi penginapan. Adakah ianya bersesuaian jika korang bawak orang tua atau budak-budak. Paling penting, pastikan tempat-tempat menarik tu berdekatan dengan hotel korang, melainkan kalau korang tak kisah untuk memandu jauh. 

Korang kena pastikan juga hotel menyediakan akses pengangkutan yang mudah, lagi senang korang nak bergerak. Apatah lagi, kalau korang bercuti di Kuala Lumpur, kena betul-betul pastikan pengangkutan awam tu mudah nak dapat. Aku lagi suka cari hotel yang dekat dengan Lrt atau Mrt. 

Lagi satu, perhatikan juga kawasan hotel korang tu dengan tempat makan. Tak semua orang suka makan makanan yang pihak hotel telah sediakan. Lagi pun, kat hotel ni makan pun ikut masa. Hotel yang dekat dengan tempat makan dan mudah pengangkutan ni kiranya dah satu bonus untuk bagi percutian korang selesa.

#2 Baca review dan testimoni pelanggan

Bila dah tengok tips no 1 tu, kita pergi pula tips no 2 iaitu baca review dan testimoni pelanggan. Paling penting kalau nak pilih hotel ni, korang kena baca review daripada orang lain yang pernah menginap di hotel tersebut. 

Kalau korang baca review tu banyak yang bad review, better tak yah lah teruskan. Aku pernah pergi satu hotel di Kuala Lumpur ni, kalau tak silap di area Selayang. Aku baca review, lagi banyak bad review tapi bila aku menginap sendiri di hotel tu, eh berbeza lah daripada review. Mungkin masa aku datang tu pihak hotel dah improve servis ke ape ke kan. Sebab itu pentingnya baca review.

#3 Tengok bajet dan harga hotel

Bab harga hotel ni, aku lagi suka bila hotel promo harga bilik yang RM300 jadi RM100 semalam. Lagi satu, korang boleh buat perbandingan harga di laman web Online Travel Agent seperti Traveloka. Setiapa laman web mesti ada harga yang berbeza dan menyediakan tawaran yang pelbagai bagi memastikan korang membuat tempahan melalui website mereka.

Kalau korang nak lagi murah, korang kena tempah hotel pada hari biasa seperti Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Selalunya tak ramai orang yang nak bercuti pada masa tu, lagipun hari-hari tu adalah waktu bekerja. Confirm harga hotel lagi murah.

#4 Pastikan keselematan dan kebersihan terjamin

Tahun 2021, ada satu kes yang melibatkan kematian seorang kanak kanak di hotel. Tips pilih hotel no 4 ini, bagi aku sangat penting jika korang membawa anak kecil bercuti bersama korang. Suami suka ingatkan sebelum aku tempah hotel, its okay kalau harga mahal tapi keselamatan terjamin. Ini melibatkan nyawa, so kena sentiasa alert dengan keselamatan.

$ads={2}

Bila bawa anak kecil atau orang tua, korang juga kena pastikan kebersihan hotel sangat tip top. Ini kerana kita sendiri tidak mahu selepas bercuti, kita membawa penyakit ke rumah. Kadang tu ada sesetengah hotel, bedsheet katil pun tak tukar. Bilik air pun bau busuk. Siapalah nak bercuti kalau keadaan bilik pun kotor?

#5 Fasiliti yang disediakan hotel

Ini salah satu tips pilih hotel yang penting juga bagi aku. Korang kena tengok dari segi fasiliti dan perkhidmatan yang disediakan oleh hotel. 

Sebagai contoh, kalau aku nak buat tempahan hotel, aku akan semak adalah pihak hotel ada sediakan sambungan Wifi secara percuma, ada sediakan sarapan pagi percuma, ruang parking yang cukup dan mempunyai kolam renang. Atau mungkin ada beberapa fasiliti yang korang mahukan.

Tapi fasiliti ini berbeza bagi setiap orang, mungkin ada yang jenis tak kesah jika tak ada sarapan pagi. Kalau korang rasa berbaloi untuk tempah, buatlah pilihan korang. Kita nak bercuti ni untuk hilangkan stress. 

Akhir kata

Kesimpulannya, sebelum membuat tempahan, korang kena pastikan tips di atas ini tadi. Jika tips di atas menepati citarasa korang untuk menempah hotel, maka buatlah tempahan awal. Jangan buat tempahan last minit, nanti cuti boleh jadi bermasalah pula.

Aku harap dengan adanya perkongsian ini dapat membantu dan menyelesaikan masalah korang. Semoga bermanfaat dan selamat bercuti. 





5 Comments

kalau saya akan pastikan baca review paling recent. Pastu tengok ada iron ke tidak . Haha. extra tips zaman pandemik ni, before book call dulu make sure masih bukak ke tidak. banyak baca orang book hotel sekali sampai sana tengok hotel dah tak beroperasi

Good sharing. Lama tak kunjung sini

Sila tinggalkan comment korang disini!