7 Februari 2022

11 Koleksi Resepi Masakan Ayam Simple Dan Menarik

Bismillah.
Assalammualaikum.

11 Koleksi Resepi Masakan Ayam Simple Dan Menarik | Hari ni aku nak kongsikan resepi masakan ayam simple. Ayam ni macam macam jenis kita boleh masak. Sampai kadang tu tak tahu nak masak apa dah ayam ni kan?

Jadi, dengan adanya koleksi resepi masakan ayam simple ni, dapatlah memudahkan korang untuk masak lauk tengahari atau malam. In shaa Allah yang aku senaraikan ni mudah je nak masak. Janji bahan bahan mudah didapati.

Selamat mencuba resepi masakan ayam simple. 


resepi masakan ayam simple


11 Koleksi Resepi Masakan Ayam Simple Dan Menarik


Di bawah ini telah aku senaraikan resepi masakan ayam simple. Untuk korang yang ingin mencuba resepi masakan ayam simple ini, sila lihat beberapa resepi di yang telah dipaparkan di bawah. 



Resepi Masakan Ayam Simple


#1. Ayam Kukus Chinese

  • 1 ekor ayam dipotong 20-24 (macam buat nasi ayam ) 
  • 2" halia dihiris nipis 
  • 5 batang daun bawang dipotong panjang 
  • garam secukup rasa  

Bahan untuk perap: 
  • 3 sdb kicap cair 
  • 2 sdt minyak bijan 
  • 1 sdt lada serbuk hitam 
  • garam secukup rasa. 
  • gaul semua bahan dan lumur pada ayam perap lebih kurang 1 jam 

Cara Penyediaan: 

1. Panaskan kukusan pada api besar 
2. Susun ayam atas pinggan kukusan 
3. Taburkan halia dan daun bawang
4. Kukus sehingga empuk.


Resepi Masakan Ayam Simple

#2. Ayam Masak Thai

Bahan A: 

  • 10 ketul bahagian ayam digoreng 
  • 1 biji bawang besar/holland (potong bulat) 
  • 2 batang serai dititik 
  • Daun limau purut 
  • Garam secukupnya 
  • 2 sudu sos tiram 
  • 2 sudu sos cili 
  • Sedikit air Minyak 

Bahan B: (bahan kisar) 

  • 3 ulas bawang merah 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 5 biji cili merah 
  • 3 biji cili hijau 
  • 2 biji cili api 

Cara memasak: 

1. Tumis serai yg dititik sampai naik bau.. 
2. Kemudian masukkan hirisan bawang dgn daun limau purut.. 
3. Tumis sampai garing.. 
4. Dah garing masukkan bahan yg dh diblend kemudian masukkan sos tiram,sos cili,air 
5. Last sekali masukkan ayam & perasa ikut sesedap rasa.. Siap!


Resepi Masakan Ayam Simple


#3. Ayam Goreng Mudah 

Bahan-bahan: 

  • 1 sdt lada hitam yg d tumbuk kasar 
  • 1 labu bwg putih tumbuk kasar 
  • 1 sdt serbuk cili
  • 1 sdt serbuk garam
  • 1 sdt serbuk serbuk perasa ayam maggi
  • Tepung beras
  • Sedikit air
  • Ayam
Cara penyediaan :

1. Masukkan semua bahan di atas kecuali ayam.
2. Kacau sebati dan kemudian bole la goreng. 

*tepung beras dan air jgn bnyk sgt, cukup sekadar menyaluti ayam jer
*nak perap dulu pun boleh


Resepi Masakan Ayam Simple

#4. Ayam Phat Phet

Bahan A (Kisar):

5 biji cili padi  
2 hiris halia kunyit hidup 
1 atau 2 batang serai 
5 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar 

Bahan B: 
3 keping ayam mentah dipotong dadu 
1 batang serai 
1 asam keping 
4 helai daun limau purut 
Sedikit Garam dan Gula
Secubit ajinomoto 

Cara-cara: 

1. Kisar dan blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau & setelah kering tumisan tadi masukkan secawan air. 
2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula. 
3. Pastikan ayam masak sepenuhnya. Jika kurang berkuah masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri. Kalau nak pedas lagi boleh blend cili padi lebih. Masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je


Resepi Masakan Ayam Simple

#5. Ayam Kham Keong

 

Bahan-bahan : 

1 Ekor ayam dipotong 18. 
2 ulas bwang besar (sbiji didadu n sbiji lg potong kasar). 
4 ulas bwang putih (ketuk). 
6 cili merah (belah 2) jika nak pedas lebihkan cili. 
7 cili kmpung (belah 2) jika nak pedas lebihkan cili. 
20 helai daun kari. 
2 sb sos cili. 
2 sb sos tomato. 
2 sb sos tiram. 
2 sb kicap lemak mnis. 
3 or 4 sb kari. 
Minyak masak. 
Garam

Cara Penyediaan : 

1. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit,garam dan lada hitam. Goreng ayam hingga masak. Asingkan.
2. Serbuk kari dbancuh dengan sedikit air. Panaskan minyak tumis bawang besar bawang putih hingga wangi. 
3. Masukkan bancuhan kari dan daun kari. Masukkan sos dan kicap kacau sebati hungga agak pekat. 
4. Masukkan ayam goreng serta hirisan cili. Gaul rata. Siap dihidang.


Resepi Masakan Ayam Simple

#6. Ayam Masak Kicap Pedas Daun Kari 


BAHAN-BAHAN: 

  • Kayu manis 
  • Bunga lawang 
  • Buah pelaga 
  • Cili kering blender 
  • Bwg beso (hiris) 
  • Bwg Putih (hiris) 
  • Halia (hiris memanjang) 
  • Cili padi ijau/merah (belah dua) 
  • Daun kari 
  • Air Asam jawa 
  • Kicap Air ckit utk kuah 
  • Garam (jika perlu SBB dh ada kicap kn) 
  • Aji/gula 
  • Bwg beso (hiris bulat) 

CARA PENYEDIAAN: 

1. Ayam (goreng dulu tp xyah goreng garing sgt) 
2. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga n bahan hiris n daun kari smpai naik bau. Pastu mskkn cili blender n Tumis smpai garing.
3. Dh garing masukkn air Asam jawa ckit, kicap n air. Biar kuah mendidih. 
4. Bile kuah dh mendidih mskkn ayam goreng. Mskkn garam (jika perlu), aji n gula secukop rasa.
5. Biarkn mendidih lg skali n masukkn bwg hiris bulat n cili padi. Siap.


Resepi Masakan Ayam Simple


#7. Ayam Masak Lada Hitam


BAHAN-BAHAN: 

5 ketul ayam 
6 ulas bawang merah – ditumbuk 
2 ulas bawang putih – ditumbuk 
1 inci halia – dihiris 
1 sudu kecil lada hitam 
2 sudu besar sos tiram 
4 sudu besar kicap manis 
Beberapa biji cili padi – jika suka 
1/2 cawan air 
1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air 
Garam dan gula 
Minyak masak untuk menumis 

BAHAN PERAP: 

2 sudu besar kicap manis 
2 sudu besar sos tiram 
1 sudu kecil lada hitam

CARA MEMASAK: 

1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak. 
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau. 
3. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata. 
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.


resepi masakan ayam simple


#8. Phad Phed Kai Ori Thailand 


BAHAN RENCAH: 

3 batang serai 
Sedikit lengkuas 
Sedikit halia 
6 ulas bawang putih 
2 ulas bawang merah 
Cili api ikut suka - bergantung nak pedas mana 
Sedikit cili kering 
Belacan 

 BAHAN LAIN: 

1/2 ekor ayam - potong kecil 
4-5 tangkai kacang panjang - potong pendek 
Terung pipit secukupnya 
2-3 helai daun limau purut - hiris halus 
Garam & gula secukup rasa 

CARA MEMASAK: 

1. Kisar bahan rencah hingga halus. Panaskan minyak dan tumis hingga pecah minyak. 
2. Setelah kelihatan agak garing, masukkan garam, gula serta ajinomoto jika suka. 
3. Setelah ayam masak, masukkan kacang panjang, terung pipit dan hirisan daun limau purut. 
4. Gaul rata dan setelah sayur masak. Angkat dan hidangkan. 
5. Paling sedap makan dengan nasi panas.


resepi masakan ayam simple


#9. Ayam Ala Kenny Rogers


BAHAN-BAHAN: 

Bawang besar 2 biji 
Bawang putih 4 ulas 
Minyak zaitun 
Halia 
Perasa Maggi 
Sos black pepper 
Sos tiram 
Lada hitam 
Madu 
Sedikit air 

CARA MASAK: 

Blend semua barang di atas dan lumur pada ayam, bakar dalam suhu 200, masa dalam 1 setengah jam, tambahan lepas masak tu kalau yang nak tabur mix herba pun boleh


Resepi Masakan Ayam Simple


#10. Ayam Masak Merah Kenduri


BAHAN-BAHAN: 

1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih (Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.) 
3 biji bawang besar (size besar tau)* 
4-5 ulas bawang putih* 
1 1/2 inci halia* (Blend semua bahan bertanda *) 
3-4 senduk cili kisar 
5 sudu besar sos cili 
2 biji tomato 
2 batang serai - diketuk 
1 kulit kayu manis 
3 bunga lawang 
5 buah pelaga 
Garam dan gula secukupnya 
 
CARA MASAK: 

1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap. 
2. Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing. 
3. Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam. 
4. Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati. 
5. Siap! Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato


Resepi Masakan Ayam Simple

#11. Ayam Masak Kicap Berempah


BAHAN-BAHAN: 

  • isi ayam digoreng, jangan garing sangat-ketepikan. 
  • 2 biji bawang besar* 
  • 3 ulas bawang putih* 
  • 2 inci halia* 
  • Jintan manis* 
  • Jintan putih* 
  • Rempah 4 sekawan(kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang) 
  • air asam jawa 
  • kicap manis/kicap pekat 
  • sos tiram 

CARA PENYEDIAANYA: 

1. Tumis bahan bertanda*. bahan ni ditumbuk/blend ya. Dah agak garing dan naik bau, masuk rempah 4 sekawan tadi.
2. Masukkan air asam jawa,kicap manis,kicap pekat dan sos tiram. Kalau suka kuah byk boleh tambah air lagi. Tak perlu letak garam pun x pe sbb kicap dah masin. Ikut citarasa klau rasa kurang masin boleh je tambah sedikit garam.
3. Dah mendidih masukkan ayam yang digoreng tadi.hiris bawang besar,cili merah,cili hijau masukkan dalam kuali(optional)
4. Siap utk dihidangkan. Selamat mencuba 


Semoga perkongsian resepi masakan ayam simple ini dapat membantu korang untuk sediakan makanan ini dengan mudah dan cepat, semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

1 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!