4 Februari 2022

Aku Geram Dengan Page Resepi Di Facebook

Bismillah.
Assalammualaikum. 

Aku Geram Dengan Page Resepi Di Facebook | Pejam celik pejam celik dah masuk bulan dua dah. Cepatnya masa berlalu. Sebenarnya aku tak naklah share entri personal, tahun ni memang nak target untuk tulis entry seo je. Tapi itulah, bila kebuntuan sangat idea maka aku terpaksa jugalah menulis entri personal. 

Memandangkan tahun ni azam aku target untuk dapat 3 juta pageviews, jadi aku berusaha sehabis boleh untuk naikkan pv blog aku ni. Aku kena rajin jengah dan bagi komen kat blog orang lain, aku wajib juga rajin untuk post di fb page. 




Takkan nak harapkan silent reader blog aku ni je kan? Pv naik pun sikit sikit je. Kalau kena tepat dengan seo, memang meletuplah entry tu. Kalau jenis entry sendu, sehari 2-3 orang je jengah entri. Naya lah kan? 

Jadi the best solutions is aku try add group resepi page di facebook. Kononnya dengan harapan bolehlah naikkan pageviews blog aku ni. Kiranya dapatlah organic search gitu, eh yeke organic search. Eh entahlah. Sudah pastinya, aku nak pageviews dari social media yang lain pulak.

Tapi!

Aku jadi berbulu sangat sangat bila...

Aku ni berialah dok post beserta link blog. Hampeh manjang kena declined! Sakit hati mak oii. Konon syarat gini gini. Aku perhati syarat sikit pun tak langgar. Why eah tak mentions terus no link blog? Pening betul aku ni.

Lagi sedihnya, nak post entri kena beli ID group resepi tu. Eh what do you mean eh? Aku ni menjual makanan ke mcam mana? Its only resepi but thru the blogger. Kenapalah susah sangat nak approve that post. Eh geram pulak tibe tibe ni.

Sudahnya, jadi malas aku nak mengpost entry ke page resepi. Waste my time je. Kalau 20 group aku join, 20 group ni jugak tak approve, apa pointnya aku stay dalam group tu kan? Kang tak pasal pasal facebook banned link blog aku kali kedua.

Aduhh naya pak karim.

3 ulasan:

  1. Demand betul group diorang. Try la cari utk group blogger ada juga diorg buat exchange link antara blogger utk naikkan pv..

    BalasPadam
  2. tulah kak. sebab tu lah rasa macam malas dah nak masuk group tu. banyak dah nak post tapi kena beli id. mcm whattttt. huhu

    BalasPadam
  3. Banyak songel pulak ye page resipi di Fb tu.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!