17 Februari 2022

8 Koleksi Resepi Ikan Tenggiri Yang Berbagai & Dijamin Lazat

Bismillah.
Assalammualaikum.

10 Koleksi Resepi Ikan Tenggiri Yang Berbagai & Dijamin Lazat | Hari ni aku nak berkongsikan 8 koleksi resepi ikan tenggiri. Ikan tenggiri ni goreng pun sedap, apatah lagi dimasak kicap berempah. Sudah pastinya menyelerakan.

Kalau korang tak tahu nak masak apa ikan tenggiri, meh kita tengok resepi yang ada di bawah ni. Aku paling suka masakn ikan tenggiri kicap berempah atau pun ikan tenggiri masak asam. Sedap betul untuk dijadikan menu lauk tengahari.


koleksi resepi ikan tenggiri



Setakat ini, macam macam jenis kita boleh masak dengan ikan trnggiri. Boleh rebus, goreng, buat laksa dan lain-lain lagi. Ikan kembung, antara ikan popular masak untuk menu lauk tengahari. In syaa Allah resepi ikan tenggiri ni, mudah dan senang untuk mereka yang baru jinak ke dapur

Jom kita tengok.


Tak Tahu Nak Masak Ikan Tenggiri, Jom Cuba Resepi Di Bawah


Di bawah ini telah aku senaraikan resepi ikan tenggiri. Untuk korang yang ingin mencuba resepi mudah ini, sila lihat beberapa resepi ikan tenggiri di yang telah dipaparkan di bawah.




#1 Gulai Ikan Tenggiri


Bahan-bahan: 

  • 1/2 biji bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 3 tbsp cili kisar 
  • 3 tangkai daun kari 
  • 1 tbsp biji sawi 
  • Rempah kasar 
  • 5 tbsp rempah kari ikan 
  • 5 keping ikan tenggiri 
  • Bendi 
  • Terung 
  • Tomato 
  • 2 asam keping 
  • ir secukup nya 
  • Santan rm2 
  • Gula Garam 

Cara-cara:

1. Panaskan kuali bersama sedikit minyak, kemudian masukkan daun kari dan biji sawi. 
2. Tumis seketika Kemudian masukkan rempah kasar, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris. Tumis hingga layu. 
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Setelah itu, masukkan pula rempah kari ikan dan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak. 
4. Kemudian masukkan sedikit air, dan terung. Biar seketika. Masukkan pula bendi dan juga ikan tenggiri Masukkan santan dan tomato. Perasakan. 
5. Gulai ikan tenggiri sedia dihidang bersama nasi panas dan ikan masin. Selamat mencuba




#2 Ikan Tenggiri Masak Kicap Berempah


 BAHAN-BAHAN: 

  • 4-5 keping isi ikan tenggiri - sebesar tapak tangan 
  • 1 biji bawang besar - dipotong membulat 
  • 2 biji buah tomato - dipotong empat 
  • 10 biji cili api 
  • Sedikit daun sup 
  • Asam jawa secukupnya 
  • Kicap secukup rasa 
  • Garam dan gula secukup rasa 

BAHAN-BAHAN DIKISAR : 

  • 3 biji cili kering - direndam dlm air panas sehingga kembang 
  • 3 Biji bawang merah - yg besar
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 cm halia 

BAHAN-BAHAN REMPAH : 

  • 1 sudu kecil lada hitam 
  • 1 sudu kecil jintan manis - yang halus 
  • 1 sudu kecil biji ketumbar * Semua rempah ni digoreng tanpa minyak sehingga harum , guna api dapur sederhana besar . Tumbuk atau kisar rempah ni sehingga halus . 

CARA MEMASAK : 

1. Ikan tenggiri dibersih dan digaul dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan kisar dan semua rempah yang ditumbuk serta biar masak hingga terbit bau wangi . Masukkan bawang besar goreng sekejap bagi bawang layu dan kemudian masukkan cili api , air asam jawa secukupnya dan terus kacau kuah . 
3. Masukkan semua ikan tenggiri , buah tomato serta kicap dan terus kacau semua bahan-bahan bagi rata , racik halus daun sup dan ditabur atas ikan dan digaul rata . Rasa kuah jika ada bahan yang kurang boleh ditambah . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur . 
4. Semua bahan-bahan yang diguna ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing . Kalau suka pedas cili api boleh dibelah dua.





#3 Masak Asam Ikan Tenggiri


Bahan-bahan: 

  • 4 ketul ikan tenggiri 
  • 1 biji bawang besar (potong bulat) 
  • 3 ulas bawang putih (hiris ) 
  • 1/2 inci halia (hiris) 
  • 2 ulas bawang merah (hiris) 
  • 1 biji cili merah (potong) 
  • 5 biji cili padi 
  • Perahan air asam jawa 
  • Sedikit kicap manis 
  • Sedikit garam 
  • Sedikit minyak untuk menumis. 

Cara membuat: 

1. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak. 
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, Masak sampai layu. 
3. Selepas itu, masukkan perahan asam jawa. Jika mahu kuah banyak, tambah air.masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi.
4. Biarkan kuah didih sekejap selepas itu masukkan ikan. Tambah garam dan sedikit kicap manis atau bahan perasa mengikut sukatan masing-masing. Selamat mencuba.


#4 Masak Cuka Ikan Tenggiri


Bahan-bahan: 

  • 2-3 ketul isi ikan ketul (sedap klau ikan tenggiri atau ikan merah)
  • 10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang halus2 tau) 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 6 biji Cili padi 
  • 1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
  • Sikit halia 
  • 2 camca 
  • Cuka makan 
  • Garam & gula secukup rasa
  • Sikit minyak untuk menumis. 

Cara - cara :

1. Ikan digaul sikit kunyit & garam pastu goreng.
2. Jangan garing sangat tau. Ambik periuk letak sikit minyak bila panas tumis biji sawi. 
3.Masuk bawang kechik & putih/ Masuk 1/2 cawan air. 
4. Masuk cuka Garam Gula Cili padi Biaq sekejap n angkat..dah boleh dihidang.




#5 Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas


Bahan-bahan: 

  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih) 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 biji bawang putih 
  • 2 cm halia 
  • 1 mangkuk cili kering kisar - boleh letak lebih 
  • 3 cm belacan 
  • 2 cm kunyit hidup 
  • 1 sudu besar lada hitam
  • (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada hitam blend skali)
  • 3 batang serai - dititik 
  • 1 sudu teh halba 
  • Daun kesum + bungan kantan Bendi / terung
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam + gula
  • Minyak utk menumis 

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit.
2. Masukkan bahan bahan blend td dan serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
3. Dah garing, masukkan gula. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masukkan ikan, kacau2 sikit, dan masukkan air asam jawa.
4. Masukkan bendi or terung. Perasakan dengan garam dan biar dia mendidih. Tutup api.
5. Siap untuk dihidang.





#6 Sambal Berlada Tenggiri


Bahan-bahan :

  • 2 keping ikan tenggiri goreng (ikan apa² pun boleh) 
  • 7-10 biji cili masak* 
  • 2biji bawang besar hiris* 
  • 3ulas bawang putih*
  • 1 Sb Cuka (Boleh tukar asam keping atau limau nipis) 
  • Garam dan aji secukup rasa
  • Bahan bertanda * blender kasar 3kali tekan jer.

Cara-cara :

1. Tumis guna minyak goreng ikan tadi, tumis bawang hiris dulu biar hingga naik bau.
2. Baru masuk bahan blender tumis sampai cili agak garing sikit, jgn sampai hangit pulak kan.
3. Masuk garam aji n gula sikit utk lembutkn biji cili, kemudian masukkan ikan goreng balik-balik masuk cuka, gaul rata
4. Angkat siap dan boleh hidang.


#7 Rendang Ikan Tenggiri


Bahan-bahan ; 

  • Beberape keping ikan tenggiri goreng 
  • Daun kunyit hiris 
  • Daun limau hiris 
  • Kerisik secukupnya 
  • Garam secukup rasa 
  • Gula melaka secukup manis 
  • Santan sedikit
  • Air asam sedikit
  • Rempah kari ikan babas 

Bahan kisar ; 

  • Cili merah + hijau 
  • Cili padi merah + hijau 
  • Bawang merah kecil 
  • Bawang putih 
  • Halia 
  • Serai 
  • Ketumbar biji 
  • Jintan halus & kasar 
  • Kisar hingga halus 

Cara-cara :

1. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga garing dan terbit minyak.
2. Setelah itu masukkan rempah kari tumis lagi. Kemudian bru masukkan kerisik serta air asam 
3. Kacau lagi . Masukkan santan biar seketika . Perasakan garam n gula melaka serta daun limau & daun kunyit . 
4. Akhir sekali bru masukkan ikan tenggiri goreng kacau lagi . Perlahankan api biar hingga mereneh . Tutup api .
5. Siap dihidangkan.






#8 Ikan Tenggiri Masak Lemak Bunga Kantan


Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan tenggiri (basuh bersih) 
  • 1 kuntum bunga kantan 
  • Santan kara 1/2 kotak 
  • 1/2 cube ikan bilis 

Kisar : 

  • 4 tangkai cili padi merah  
  • 3 tangkai cili padi hijau 
  • Kunyit hidup (2 ruas jari) 
Cara-cara :

1. Letak bahan kisar di dalam periuk. Masukkan santan, tambah air sedikit, bunga kantan, cube ikan bilis.
2. Perisakan dengan garam. 
3. Siap! Boleh dihidangkan bersama nasi panas. 



Info Ibu Hamil
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi
https://t.me/ResepiKampungku


Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
https://t.me/bloggersmalaysia


1 ulasan:

  1. Wah banyaknya. Thanks kongsi resepi.

    Kat rumah ni memang suka ikan tenggiri, tak banyak tulang. Isi pun sedap.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!