3 Februari 2022

Peristiwa Dan Amalan Sunnah Yang Dianjurkan Di Bulan Rejab

Bismillah.
Assalammualaikum.

Peristiwa Dan Amalan Sunnah Yang Dianjurkan Di Bulan Rejab | Salam Bulan Rejab 1443H/2022 untuk seluruh muslim di dunia ini. Moga korang baik baik je. Semalam lepas je maghrib kita sudah memasuki 1 Rejab, dimana kita akan tinggal lagi 2 bulan untuk kita bertemu dengan Ramadan.

Kejap sungguh masa berlalu kan? 

Bulan Rejab ini merupakan bulan ketujuh dalam tahun Hijrah. Bulan ini memiliki keutamaan yang penting dalam Islam. Bulan ini juga dipanggil sebagai bulan Mikraj kerana pada bulan ini terdapat peristiwa Israk Mikraj. Disebabkan itu, agama Islam menuntut umatnya untuk menghidupakan bulan ini dengan pelbagai jenis amalan ibadat.

Salah satu keistimewaan bulan Rejab ialah bulan ini merupakan salah satu daripada bulan Haram dalam Islam. Bulan Haram bermaksud bulan Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Bulan ini dihormati dalam agama Nabi Ibrahim A.S dan orang Arab amat memuliakan bulan ini dengan tidak dibenarkan utnuk berperang.

Peristiwa Dan Amalan Sunnah Yang Dianjurkan Di Bulan Rejab


Jom kita tengok peristiwa dan amalan sunnah di bulan Rejab :

5 Peristiwa yang berlaku di bulan Rejab


#1 Peristiwa Isra' Mikraj


Peristiwa agung 27 Rejab iaitu Baginda Rasulullah SAW telah diperjalankan oleh Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi dibelahnya dada Baginda Rasul SAW. Kemudian, diangkatnya Baginda Rasul ke langit bertemu Allah, dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat Baginda Rasul.

#2 Penghijrahan pertama ke Habsyah.


Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para sahabat mengadu kepada Baginda Rasulullah SAW lalu Baginda Rasul menyarakan umat Islam berhijrah buat kali pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah ketika itu bukanlah seorang Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang Islam.

#3 Peperangan Tabuk


Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik, serta lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).


#4 Imam Syafie meninggal dunia


Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.


#5 Pembebasan kedua Baitul Maqdis


Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah berjaya menawan kembali Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.

Amalan Sunnah Yang Dianjurkan Di Bulan Rejab


#1 Puasa di bulan Rejab


Puasa Rejab merupakan salah satu puasa sunnah yang dianjurkan untuk melakukannya kerana mempunyai nilai pahala berganda. Rasullullah SAW dalam sebuah riwayat menyebut selalu berpuasa di bulan rejab ini. Diriwayatkan juga dalam hadits sahih bahawa Rasullullah SAW berpuasa di bulan Rejab.
  • Berpuasa sekurang-kurangnya sehari dalam bulan Rejab.
  • Puasa sunnah ini boleh dilalukan khusus pada tanggal 1 Rejab.
  • Orang yang berpuasa di bulan Rejab, kelak di syurga akan diberikan minum dari air sungai yang bernama Rejab dimana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari madu dan lebih dingin dari salji dan baunya lebih harum dari kasturi.
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.

#2 Perbanyakkan baca Istigfar


Rasullullah SAW juga menganjurkan umatnya agar memperbanyakkan istighfar. Ini kerana sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang sebanyak 70 atau 100 kali dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Setiap manusia mempunyai salah dan khilaf, maka perbanyakkanlah memohon ampun di bulan ini. Berikut adalah bacaan istighfar :

Sayyidul Istighfar

Sayyidul Istighfar ini adalah Penghulu Segala Istighfar di mana di dalam hadis sahih Bukhari. Nabi ï·º  mengatakan "Barangsiapa yang membacanya di waktu pafi maka dia akan dihapuskan segala dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan." Dan Nabi ï·º  mengatakan "kalau dia baca, dia meninggal, maka dia akan meninggal dalam keadaan senang, dalam husnul khatimah."
  • Membaca Sayyidul Istighfar 3x di waktu pagi
  • Membaca Sayyidul Istighfar 3x di waktu petang



Rumi : Allahumma anta rabbii laa ilaaha illa anata khalaqtanii wa ana 'abduka wa ana 'alaa 'ahdika wawa'dika masthato'tu a'uudzubika min syarri maa shona'tu abuu ulaka bini'matika 'alauua wa abuu u budzanbii fagjfirlii fainnahuu laa yaghfiru dzunuuba illaa anta.

Maksudnya : Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada tuhan selain Engkau yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu, aku akan setia pada janjiku pada-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang aku perbuat. Kuakui segala nikmat-Mu atasku dan aku akui segala dosaku (yang aku perbuat). Maka ampunilah aku, sesungguhnya tidak ada yang biasa mengampuni dosa kecuali Engkau.


Kesimpulan


Terbukti bahawa bulan Rejab merupakan bulan Haram yang merupakan bulan Allah SWT. Selaku hamba-Nya, umat Islam dituntut untuk membesarkan bulan ini dengan amalan yang dianjurkan dalam Islam untuk mengambil keberkatan dan pahala berlipat ganda.

Tuntasnya, seorang Muslim boleh memilih untuk beramal mengikut kemampuan mereka masing masing dengan mengusahakan semaksimum yang boleh bagi mendapat keberkatan serta keredhaan dari Allah dengan memperbanyakkan beribadah.






11 Comments

Alhamdulillah. Syukur. Semoga Allah izin kita temui Ramadan juga.

Terima kasih perkongsian kelebihan bulan Rejab. Sangat bagus utk amal puasa tu kan.

Kejap Masa berlalu.
Dah masuk Rejab.
Semoga bertemu Syaaban Dan Ramadhan.
Amiin.

Allahu.. sekejap je dah Rejab balik. Semoga Ramadhan akan datang lebih baik dari yang sudah dalam segala sudut.

terima kasih atas peringatan. semoga umur kita dipanjangkan dan sempat bertemu Ramadan

Salam Rejab buat OM.. moga perkongsian ini bermanfaat buat semua..

Istimewa sungguh bulan Rejab ni. Terima kasih berkongsi

rugi tak puasa walaupun 1 hari dalam sebulan. Permulaan melatih diri sblm masuk ramdhan

pejam celik dh tak lama lagi masuk ramadhan pula. kejap sgt masa berlalu.

Jom amalkan bersama... Tak boleh buat semua jangan tinggal semua ..

pejam celik,dah masuk Rejab..tq for sharing info bermanfaat !

Sila tinggalkan comment korang disini!