Bismillah.
Assalammualaikum.
Resepi Murtabak Maggi Paling Senang Dan Sedap | Hujan hujan ni sedap juga dapat makan murtabak maggi. Nak lagi sedap apabila kita cuba sendiri masak resepi murtabak maggi paling senang ini. Hanya maggi je yang senang dibuat ketika hujan kan? Tak sampai 5 minit, maggi dah siap dah masak.
Sebenarnya, kalau mengikut kos resepi murtabak maggi ini adalah satu hidangan makanan yang paling jimat dan tidak mengeluarkan duit yang banyak untuk membuatnya. Untuk mendapatkan kelainan rasa, korang boleh juga tambah ayam atau pun daging cincang serta perisa rasa lain. Barulah berselera ketika menikmatinya.
Apa kata hari ni kita cuba masak resepi murtabak maggi paling senang dan sedap? Sudah pasti anak anak berselera kan, jom kita cuba.
Resepi Murtabak Maggi, Jom Buat
Bahan-bahan murtabak maggi :
- Maggi Kari 1 bungkus
- Telur 3 biji
- Bawang Merah 3 biji
- Sosej (rebus skejap)
- Garam
- Ajinomoto
- Daun bawang
- Cukup rasa maggi
13 Comments
Sedap ni murtabak maggi. Kalau Kak Amie buat kena pastikan banyak, anak-anak suka.
Waaa nampak simple dan menarik laaa.. dah banyak save resepi murtabak maggi ni, buatnya jee tak buat lagi hahahaha
boleh tiru utk sarapan anak
Lamaaa tak makan.. buat sendiri pun tak jugakk. Hahhaa.. Thanks info
Nampak sedap murtabak maggi tu. Boleh cuba buat nanti hihi
lamaaa jugakkk ain tak buat murtabak maggi ni... okayy masuk list nanti..
Yg ni memamg sedap giler ... eeee
Tak selalu buat tp mmg sedap
boh atas dia cheese wah mcm pizza
Kalau org sabah lain lg murtabak dia.. Apapun nice resepi om..
Eh menarik juga resepi mcm ni. Kak pip x pernah lagi buat resipi murtabak sebegini. Senang pun senang juga nak buat.
Laa nama dia murtabak maggie ke? ada kawan sekerja (masa tu baru habis SPM so kerja la kita kat kedai baju) time rehat, pergi rehat rumah dia and dia masak murtabak maggie ni sedap sangat la, now baru tahu nama dia murtabak maggie hehehe
cantik sungguh kejadian murtabak megi dia kan. berselera menengoknya.
Sedapnya murtabak maggi. Selalu buat tak jadi, harap ada resipinya menjadilah nanti.
Boleh buat breakfast untuk anak ni. resepi sangat senang dan simple untuk buat. Thanks ya sebab sharing resepi ni.
Sila tinggalkan comment korang disini!