2 Ogos 2022

Surah Al Ikhlas Jawi Dan Rumi (Maksud Terjemahan & Kelebihan)

 Bismillah.
Assalammualaikum.


Surah Al Ikhlas Jawi Dan Rumi (Maksud Terjemahan & Kelebihan) | Surah Al Ikhlas ini mempunyai empat ayat sahaja tetapi isinya menjelaskan tentang tuhan iaitu Allah swt dengan kalimah yang mudah untuk difahami.  Tapi tahu kah korang sejarah surah alikhlas jawi ini?

Sebenarnya, Surah Al Ikhlas ini diturunkan setelah Rasulullah Saw ditanya oleh kaum Quraisy (atau pendita Yahudi atau Nasrani), tentang Tuhan Baginda S.A.W. Lalu Allah menurunkan surah ini.

Penamaan surah ini menunjukkan akan pentingnya makna-makna surah, iaitu suatu bentuk keikhlasan beriktikad kepada Allah dari segala bentuk-bentuk syirik, dan faktor-faktor yang melemahkan keimanan terhadapNya, dan jauh dari kecetekan ilmu tentang ZatNya, nama-namaNya dan sifat-sifatNya. 


Surah Al Ikhlas



Maksud Surah Al Ikhlas Jawi Dan Rumi

Berikut aku kongsikan terjemahan Surah Al Ikhlas dalam rumi berserta bacaan jawi termasuklah maksud yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk memudahkan kalian yang tidak tahu membaca bahasa Arab.

Bacaan Surah Al Ikhlas Jawi



Surah al ikhlas



Bacaan Surah Al Ikhlas Rumi & Terjemahan


Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

Qul Huwallaahu Ahad
(Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa)

Allaahus-samad
(Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat)

Lam Yalid Wa Lam Yuulad
(Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan)

Wa Lam Yakul Lahu Kufuan Ahad
( Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya)


Video Bacaan Surah Al Ikhlas




Kelebihan Surah Al Ikhlas


Berikut adalah beberapa kelebihan yang terdapat pada surah ini apabila kita amalkan dengan membacanya setiap hari dalam apa jua keadaan, antaranya adalah : 

1. Membacanya sama seperti membaca 1/3 Al-Quran


Kelebihan membaca surah al-Ikhlas membawa pahala yang setara dengan membaca sepertiga al-Quran. Tiada masalah membaca surah al-Ikhlas berulang-ulang kali ketika solat. Amalkan membacanya tiga kali di waktu malam sebelum tidur sama seperti membaca 1/3 al-Quran.

2. Dibaca sebelum tidur sebagai pendinding


Surah ini juga digelar dengan nama al-Munaffirah kerana syaitan lari daripadanya apabila dibaca. Surah al-Ikhlas yang dibaca bersama-sama dengan surah al-Fatihah sebelum tidur boleh melindungi pembacanya dari segala bahaya.

3. Ganjaran syurga


Pembaca surah al-Ikhlas menjadi hamba Allah yang disukai. Seseorang yang membaca surah al-Ikhlas dalam solat wajib lima waktu, Allah mengurniakan rahmatNya kepada orang tersebut, ibu bapa dan anak-anaknya, bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat.

4. Menghindari kesukaran


Jika di baca 3 surah ini, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan. Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 kali sebelum terbit matahari dan 3 kali selepas terbenam matahari. Allah akan selamatkan diri dari segala kejahatan.

5. Mengurangkan rasa lapar dan dahaga


Jika sedang di dalam musafir dan terasa haus serta lapar, cubalah amalan ini. Bacalah Surah Al-Ikhlas dan lafazlah ‘Ya Somad’ sebanyak-banyaknya. InsyaAllah rasa letih, dahaga dan lapar akan hilang dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.

Kesimpulan

Betapa besarnya kelebihan membaca dan mengamalkan Surah Al Ikhlas ini. Ia cukup berguna untuk bekalan hidup kita. Baik juga untuk memohon hajat mahupun sebagai pelindung diri.  Ikhlas hanya kepada Allah merupakan tunjang yang kukuh dalam menjalankan kehidupan dan ibadah.

Semoga perkongsian akan Surah Al Ikhlas jawi dan rumi berserta dengan maksud terjemahan dilengkapkan juga dengan kelebihan yang terdapat dalam surah ini dapat membantu menambahkan ilmu pengetahuan kepada kita semua. Semoga bermanfaat.

5 ulasan:

  1. Alhamdulilah, amalkan sebelum tidur pun bagus...

    BalasPadam
  2. Terima atas perkongsian bermakna ini. Moga penulisan ini menjadi asbab pahala berkekalan

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, dari kecil sampai besar amalkan surah ni,lagipun surah ni surah favorite saya

    BalasPadam
  4. Syukran untuk perkongsiannya. Terima kasih juga mengingatkan.. moga jadi amalan kak net dalam kehidupan seharian.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah
    walaupun pendek ayatnye
    tapi maknanya sangat telus

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!