15 September 2022

Tempat Menarik di Padang Besar, Rugi Tak Singgah!

Tempat Menarik di Padang Besar, Rugi Tak Singgah! | Sebut sahaja tentang Padang Besar mesti otak ni fikir nak shopping, termasuklah aku sendiri. Tapi, aku belum sampai lagi Padang Besar ni. In shaa Allah, tahun ni wajib singgah walaupun sehari.

Padang Besar ialah sebuah bandar sempadan yang terletak di bahagian utara negeri Perlis di Malaysia dan juga bandar paling utara di Malaysia. Ia terletak di sempadan dengan wilayah Songkhla, Thailand, 35 kilometer timur laut Kangar dan kira-kira 57 km barat daya Hat Yai. 

Baca sini: Gunung Banang

Pekan yang bertentangan dengan Padang Besar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar, walaupun penduduk tempatan di sini biasanya merujuk kepada bandar itu sebagai "Pekan Siam" atau bandar Siam. 

Pekan ini adalah "syurga membeli-belah" dan destinasi popular bagi rakyat Malaysia kerana kompleks beli-belah bebas cukai di antara pusat pemeriksaan sempadan kedua-dua negara. Pekan ini menarik beberapa ribu pengunjung dari Semenanjung Malaysia dan selatan Thailand setiap hujung minggu dan semasa cuti umum.

Jom kita tengok pula tempat menarik di Padang Besar.

Rugi Tak Singgah Tempat Menarik Di Padang Besar

Di bawah ini telah aku senaraikan tempat menarik di Padang Besar. Untuk korang yang ingin teringin untuk pergi ke sana, sila lihat beberapa tempat menarik yang telah dipaparkan di bawah.

Tempat Menarik di Padang Besar


#1 Lebuhraya Cuping - Padang Besar

Lebuhraya ini yang dahulunya hanyalah dikenali sebagai ladang tebu, kini telah dinaiktaraf dengan tanaman getah dan kenaf. 

Kawasan ini menjadi  popular untuk pengunjung bergambar dan mengambil video. Selain itu, lebuhraya cupping ini juga sesuai bagi aktiviti memerhati burung dan mencerap bintang.

Tempat Menarik di Padang Besar


#2 Hutan Lipur Bukit Ayer

Kawasan ini merupakan kawasan hutan semulajadi yang sesuai dan menarik bagi menjalankan pelbagai aktiviti riadah. Hanya terletak12 km dari bandar Kangar, tempat ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti pusat penerangan, chalet, tapak perkhemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan parking lot kereta. Tempat ini satu lokasi ideal untuk dikunjungi atau beriadah.

Tempat Menarik di Padang Besar


#3 Pasar Padang Besar 

Pasar ini merupakan syurga pusat membeli-belah yang paling popular di Malaysia. Boleh dikatakan disini tempat best untuk shopping di padang besar. Di sini terdapat pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah.

Di antara barangan yang dijual di sini ialah pakaian, makanan, peralatan dapur, barangan bilik tidur dan sebagainya. Jadi, sediakan wang yang cukup sebelum singgah membeli-belah di sini.

Tempat Menarik di Padang Besar


#4 Gua Kelam

Kalau sudah sampai ke Padang Besar, cubalah singgah ke Gua Kelam. Gua Kelam yang terletak di Kaki Bukit, tak jauh dari Padang Besar ini merupakan gua batu kapur unik dengan kepanjangan 370 meter.

Di dalam guna, korang boleh berjalan-jalan di atas jambatan kayu dengan berkelebaran 8 kaki yang disediakan. Korang sudah tentu akan terpesona melihat keindahan gua seperti stalaktik, stalagnit, dan sungai bawah tanah yang mengalir  menuju ke Sungai Perlis.

#5 Puncak Wang Kelian

Puncak Wang Kelian yang sering didaki ini juga menjanjikan pemandangan yang indah ketika berada di puncak terutamanya pada waktu senja dan matahari terbit. 

Tempat ini menjadi tumpuan disebabkan oleh pasar minggunya yang melintasi sempadan Malaysia Thailand dan checkpoint Thailand di gelar Wang Prachan hanya terletak 32 km dari Satun.

Tempat Menarik di Padang Besar

#6 Empangan Timah Tasoh 

Empangan buatan yang menjadi pilihan ramai ini terkenal dengan keindahan panoramanya yang cantik dan setiasa membuatkan orang ramai terpukau dengan kejadian alam di situ.

Nama empangan ini juga unik kerana ianya diambil sempena nama dan tempat pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh.

Akhir Kata

Macam mana dengan tempat menarik di Padang Besar ni? Korang boleh juga menaiki ets terus ke Padang Besar. Lagi senang dan mudah untuk ke sini, berbanding menaiki kereta. Selain membeli belah di pasar, korang boleh je pergi tempat menarik yang lainnya.

Rugi jika korang tak teroka negeri Perlis ni. Jom kita ke Padang Besar!






9 ulasan:

  1. What a ınteresting places, thanks for your sharing...

    BalasPadam
  2. One day boleh pi ni, ni kita rehat-rehat dulu laaa yaa... tggu keadaan reda..

    BalasPadam
  3. Bila LA nak sampai Perlis... Pernh pergi sekali je .. Tapi take habits jelajah lagi...

    BalasPadam
  4. dalam banyak-banyak tempat, Perlis la yang tak pernah pergi.. bila baca ni terus rasa nak buat trip ke Perlis.. tq OM

    BalasPadam
  5. Banyak jugak tempat menarik kat penang . Memang belum sampai ke negeri sana

    BalasPadam
  6. Cantik tempat dia menarik semua yang teringin nak pergi Gua Kelam dan Pasar Besar

    BalasPadam
  7. Wah banyaknya tenpat2 yang menarik Kat perlis ni. Tak pernah lg jejak kaki Kat Perlis, hopefully one day sampai Perlis nak juga lawat tmpat2 yg OM senaraikan tu.

    BalasPadam
  8. Belum pernah jejakkan kaki lagi ke Perlis. Kalau berjalan suka nak cuba makanan dekat tempat kita pergi tu.

    BalasPadam
  9. terfikir-fikir nak ajak asben & anak2 ke pdg besar naik ets.
    jalan2 perlis :)
    mungkin seberang ke langkawi 1 malam ke kan.
    tapi tu la, belum berkesempatan :)
    tq for sharing.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!