23 Ogos 2022

7 Cara Memikat Hati Wanita Yang Paling Berkesan

Bismillah.
Assalammualaikum.

7 Cara Memikat Hati Wanita Yang Paling Berkesan | Siapa kat sini tengah cari cara memikat hati wanita? Wanita ni bukan senang nak pikat terutama yang jenis jual mahal tu. Kadang tu sampai buntu nak pikat hati wanita. Sebenarnya tak salah kalau lelaki nak pikat hati wanita. Wanita ni ada masanya dia akan lembut, ada masanya dia akan keras.

Baca ini juga : 5 Cara Memikat Hati Lelaki Yang Paling Berkesan

Sempena dengan Hari Wanita yang di sambut pada hari ini iaitu 8 March, aku nak kongsikan 7 cara memikat hari wanita yang paling berkesan. Aku ambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia.

Wanita samaada ibu, isteri, guru, kakak, atau sebagainya perlu dihargai dengan penuh kasih sayang sebagai lambang penghormatan dan peranan mereka yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.


7 Cara Memikat Hati Wanita Yang Paling Berkesan



7 Cara Memikat Hati Wanita 


Di bawah ini aku kongsikan 5 cara memikat hati wanita yang paling berkesan. Jom kita semak satu persatu.


#1 Jaga penampilan

Sebagai wanita, ini adalah perkara penting yang paling aku cerewet. Perempuan mana nak lelaki yang selekeh? Selekeh di sini bermaksud, lelaki yang jenis tak jaga penampilan langsung. Bagi aku, tak hensem tak apa, janji penampilan kemas dan bersih. Kalau first time jumpa, pakaian tak kemas langsung. Kau rasa ada tak pertemuan kedua? Aku sendiri pun tak bagi peluang kedua untuk lelaki yang langsung tak jaga penampilan waktu pertemuan pertama. Itu akulah, aku tak pasti perempuan lain. Jaga penampilan itu penting!


#2 Jadilah diri sendiri

Selain jaga penampilan diri, cubalah untuk menjadi diri sendiri. Kalau waktu dating, korang tak ada kereta atau pengangkutan sendiri, cubalah terus terang dan tak perlu pun untuk menyusahkan diri sendiri. Kalau tak pandai melawak, tak perlu melawak. Perempuan ni sekali imbas dia tahu lelaki tu jadi diri sendiri atau pun tak. Trust me!


#3 Pendengar yang baik

Aku rasa ini juga merupakan salah satu cara memikat hati wanita yang paling berkesan. Jika korang tak mampu untuk memberi nasihat, apa salahnya jika korang jadi pendengar yang baik. Perempuan ni nalurinya suka berkongsi walaupun sekecil informasi. Sekiranya, dia berkongsi atau meluahkan sesuatu, cubalah jadi pendengar yang baik dan sesekali berilah respons. Pasti dia akan teruja!


#4 Jangan kedekut

Perempuan mana yang suka akan lelaki kedekut? Aku sendiri pun paling tak berkenan dengan lelaki kedekut. Tapi semestinya korang ni perlu habiskan duit untuk perempuan. Setiap kali dating, asyik perempuan je yang bayar. Apa salahnya sesekali belikan hadiah untuk terutama pada hari jadinya.


#5 Jangan suka kontrol

Lelaki pun tak suka dikontrol, begitu juga wanita. Selagi belum ada ikatan yang sah, aku rasa tak perlu untuk kontrol wanita itu. Bagi mereka kebebasan dan sedikit ruang untuk mereka bebas. Sayang tak semestinya perlu kontrol kehidupan wanita itu.   


#6 Hala tuju masa depan

Bila sudah mengenali hati masing masing untuk satu tempoh, sudah pastinya wanita ini akan tertanya-tanya akan masa depan kamu berdua. Seorang lelaki yang bekerja dan komited adalah salah satu cara memikat hati wanita yang paling berkesan. Bagi mereka, lelaki seperti itu mampu memberikan keselesaan dan juga kestabilan untuk jangka masa yang panjang.


#7 Tunjukkan rasa hormat dan bersikap sopan

Bersikap sopan adalah salah satu cara jika ingin  memikat hati wanita pujaanmu. Wanita baik-baik pasti tidak suka lelaki yang tidak hormat dan kurang sopan kepadanya. Jika korang kena bersikap sopan dengannya, maka dia pun akan menunjukkan rasa hormat dan segan kepadamu. Oleh karena itu, jagalah sikap korang di hadapannya.


Kesimpulan


Wanita adalah makhluk misteri, apabila didekati dia menjauhi. Saat si lelaki menyatakan cinta, dengan ‘selambe’ sahaja dia meminta untuk sekadar berkawan sahaja. Pedih kan? Jadi, cubalah belajar untuk memikat hati wanita dulu sebelum menyatakan cinta.

Wanita hanya mahukan keselesaan dan keselamatan ketika bersama lelaki. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada lelaki di luar sana. 











1 Comments

Siapa cakap perempuan complicated kan?

Sila tinggalkan comment korang disini!