24 Mac 2022

'Aneka Warisan Suasana' Buffet Ramadhan Di Suasana All Suites Hotel

Bismillah.
Assalammualaikum.

'Aneka Warisan Suasana' Buffet Ramadhan Di Suasana All Suites Hotel | Hai korang, aku harap ko tak bosanlah dengan buffet ramadhan aku ni. Boleh dikatakan hari hari aku update tentang makan makan je. Aku bukan apa, nak mudahkan ko cari buffet ramadhan sekitar Johor, itu yang aku banyak update tu. Huhuhuhu..

Baca ini juga : Jemput Makan Di Kampung Holiday Villa Buffet, Johor Bahru

Ko pernah tak pergi bangunan paling tinggi di Johor? Aku ni first time menjejakkan kaki di sini. Suasana All Suites Hotel ini adalah bangunan yang paling tinggi di Johor. Apa yang bestnya, ko boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekitar kawasan Johor. Singapura pun boleh nampak dari bangunan ni. Waktu berbuka tu, ko boleh juga tengok pemandangan sunset. Seronok kan?

'Aneka Warisan Suasana' Buffet Ramadhan Di Suasana All Suites Hotel

Lagi aku terkejut harga buffet ramadhan kat sini, murah sangat! Kalau ko beli early bird promo ko dapat RM68 untuk dewasa. Murah bukan? Aku pun faham tak semua orang mampu nak berbuka posa kat hotel. In shaa Allah, kat sini murah dan sedap. Berbaloi kalau ko beli.

Moh ler kita tengok menu makanan kat Suasana All Suites Hotel ini.

Suasana All Suites Hotel Johor

Suasana All Suites Hotel Johor


Antara menu yang terdapat di sini ialah:

1) Siput Sedut Masak Lemak Cili Api
2) Daging Masak Kerutuk
3) Ayam Masak Merah
4) Nasi Biryani
5) Sup Tulang

Jarang tau hotel 5 bintang nak sajikan ko dengan siput sedut masak lemak cili api. Ko kalau datang sini, pekena siput sedut, confirm tersandar lepas berbuka. Mabelessss! Terasa lemak dan pedas bila sedut siput ni, memang terangkat rasanya!

Selain itu, ko juga boleh makan Char Kue Teow di sini. Chef masakkan terus untuk ko, makanlah panas panas, lagi sedap. Kalau ko bosan dengan lauk lauk atas tu, ko juga boleh cuba Aneka Ikan Bakar di Suasana All Suites Hotel ni. Aku suka sungguh ikan bakar yg ada kat hotel ni, sedap dan kena selera aku. Biasanya ikan bakar ni orang pandang pada sambalnya kan? Sambal ikan bakar ni pun sedap!!

Suasana All Suites Hotel Johor

Disamping itu, ko juga boleh menikmati aneka Kerabu seperti Kerabu Buah, Kerabu Daging, Kerabu Ayam, Ulam-ulaman, Ikan Asin dan juga paling semua suka kalau makan Buffet Ramadhan ni adalah Nasi Impit dan Lemang, makan pula dengan aneka Serunding, memanglah dah rasa macam raya kan. 

Sebelum balik tu, ko makanlah dulu dessert yang ada di sini. Kat sini ada Serawa Durian, Roti Jala, Aneka Kek, Aneka Kuih Muih, Rojak Buah dan banyak lagi. Kalau ko nak makan Aneka Bubur pun ada, eh Bubur Lambuk pun ada juga. Rugi kalau tak pekena Serawa Durian, aku rasa macam nak bawak balik je tau. Nasib baik datang review je huhuhu

Suasana All Suites Hotel Johor

Kalau ko nak tengok lagi menu menu di Suasana All Suites Hotel ni, ko beleklah page blog aku ni. 




Harga promo buffet Ramadhan aku listkan di bawah ni ye : 

SUASANA SUITES HOTEL JOHOR BAHRU 

Early Bird (3 April sehingga 9 April 2022) 
Dewasa (RM68) 
Kanak-kanak (RM48 
Warga Emas (RM58) 
Kanak-kanak 0-4 tahun PERCUMA 

Harga Biasa (bermula 10 April - 1 May 2022) 
Dewasa (RM78) 
Kanak-kanak (RM48) 
Warga Emas (RM58) 
Kanak-kanak 0-4 tahun PERCUMA 

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaaan berkenaan buffet Ramadhan, 

bolehlah wasap no ni bawah ni ye 

Sila tinggalkan comment korang disini!