Bismillah.
Assalammualaikum.
Bubur Lambuk Buffet Ramadhan Ramada Meridin Hotel Johor Sedap! | Sejujurnya aku agak teruja untuk merasai bubur lambuk kampung baru di hotel ini. Al-maklum, lama juga tak pekena bubur lambuk. Menu ni bukan sebarang orang yang boleh buat, rasa tu semua tak sama. Kadang ada yang kena dengan tekak, kadang tu makan sesuap pun dah tak mahu.
Sebelum melangkah masuk ke dalam cafe, korang akan melalui kolam renang Ramada Meridin Hotel ni tau. Ni kalau bawak budak budak mesti teruja nak mandi. Aku sendiri pun dengan husband, asyik cakap je 'syok juga ni kalau dapat bawa Luth, mandi kolam kat hotel ni'.
Bertemakan 'Citarasa Muhibbah', Ramada Meridin Hotel Johor ini menyajikan hidangan lebih daripada 80 jenis sajian. Banyak kan? Ni sah sah lepas berbuka, tersandar terus dalam kereta.
Antara menu yang terdapat disini ialah :
1. Ikan Siakap Kerabu Mangga
2. Kambing Bakar Percik Cheese Leleh
3. Bubur Lambuk Kampung Baru
4. Laksa Johor
5. Ayam Kapitan
6. Nasi Beriani Manado
7. Udang Masak Lemak Cili Api Pulau Tuba
Ha banyak juga menu-menunya. Nak tulis satu persatu ni, sampai besok pun tak habis. Durian goreng kat sini pun ada tau! Cempedak goreng, pisang goreng, Cendol pun sedap. Katanya menggunakan Gula Apung. Patutlah rasa macam terapung je diawangan ketika menikmati cendol.
Aneka kuih muih pun banyak tau. Antara menu makanan kegemaran aku kt sini, sudah tentu Bubur Lambuk, Ikan Siakap dan Cendol! Memang sangat berbaloi dengan harga yang ko bayar. Puas hati beb!
Ko cepat cepat grab Early Bird, RM98 je per nett. Rugi kalau ko tak grab sekarang. Tempat best macam kalau ramai yang tahu, confirm sesak punya! Aku pun memang nak repeat lagi pekena Cendol kat sini.
Nah detail buffet untuk ko, ha tempahlah sekarang jugak! Jangan tempah last minit, nanti promo habis pula.
Citarasa Muhibah Ramadan Buffet
6 April - 1 Mei 2022 | 6.30 - 10.00 pm
Delish Restaurant, West Wing, Level 5, Ramada Meridin Johor Bahru
EARLY BIRD (1 March - 1 April 2022)
RM98 per Dewasa (Regular price at RM118)
RM68 per Kanak-kanak (5 - 11 tahun)
Untuk tempahan, hubungi
Hotline: 07-531 8888
Lynn: 016-717 3524
Fadzly : 017-711 0155
Email: fbadmin@ramadameridinjohor.com
Sila tinggalkan comment korang disini!