Bismillah.
Assalammualaikum.
Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru Hanya RM108nett Sahaja | Hari ini aku nak kongsikan review di sebuah hotel yang berhadapan dengan JBCC iaitu Amari Hotel Buffet Ramadhan. Memandangkan kita sudah masuk fasa endemik covid19, jadi berpusu-pusu hotel melakukan promosi buffet ramadhan termasuklah Hotel Amari.
Sebelum aku nak cerita panjang lebar, satay ayam kat sini sedap gila ko! Hampir kesemua hotel mesti ada satay ayam kan? Bagi aku, satay ayam kat sini paling sedap dan maknyusss wei. Rasa rempah yang cukup, dan yang paling penting makan satay ni rasa 'moist' tu kena ada. Barulah umpppphhh!
Buffet Ramadhan Di Amari Johor Bahru
Bertemakan 'Irama Warisan', tahun ini Buffet Ramadhan Amari Johor Baru menyajikan lebih dari 200 jenis menu aneka citarasa masakan Melayu warisan tradisi. Tapi di sini korang nak makan western ke, masih ada lagi yaa. Kiranya kat sini semuanya citarasa menu melayu, dan pastinya menepati kesemua tekak bangsa-bangsa lain.
Apa yang aku pasti, bila makan buffet disini, korang mesti puas hati dan kekenyangan sampai tersandar beb! Jom tengok apa yang menariknya...
Antara menu yang jadi tumpuan selain Satay Ayam tadi tu ialah; Briyani Gam Johor, Salmon Fish Head Curry, Laksam & Nasi Kerabu Daging Bakar, Chinese Wok Fried Live Cooking Station, Pek Nga and Gulai Kawah dan bermacam aneka lauk pauk lain yang menyelerakan.
Pelbagai jenis ulam-ulam yang disediakan disini, Pucuk Ulam Raja dan Kacang Botol dihidangkan bersama Sambal Kelapa, Sambal Mangga, Sambal Belacan, Sambal Budu dan Cencaluk. Untuk pencuci mulut dan juga Kuih-Muihnya pun banyak pilihan. Semua memang kebanyakkannya kuih melayu kita iaitu Bubur Pulut Hitam, Bubur Cha Cha, Pengat Pisang, Sago Gula Melaka dan macam macam lagi.
Ha ni nak bagi tahu, menu delivery or takeaway pun ada kalau ko lebih selesa berbuka puasa dekat rumah bersama keluarga. Just contact aje person in charge untuk order dan set kan waktu ko nak delivery or pickup.
Lagi banyak gambar menu, ko boleh la belek dekat page Blog Ombak Bergigi ya!
So, tunggu apa lagi? Segala details ada di bawah tau.
𝐈𝐑𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐅𝐅𝐄𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐑 𝐀𝐌𝐀𝐑𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔 2022
Sila tinggalkan comment korang disini!