31 مارس 2022

Gandingan Citarasa Air Tangan Chef Adu Di The Westin Desaru Coast Resort

Bismillah.
Assalammualaikum.

Gandingan Citarasa Air Tangan Chef Adu Di The Westin Desaru Coast Resort | The Westin Desaru Coast Resort mengumumkan kerjasama makan malam pada bulan mulia ini bersama restoran dan Hakim MasterChef Malaysia, Chef Adu Amran. Ko bayangkanlah, aku selama ni tengok MasterChef Malaysia, tiba-tiba hari tu dapat jumpa Chef Adu depan mata.

Baca ini juga : 'Aneka Warisan Suasana' Buffet Ramadhan Di Suasana All Suites Hotel

Apatah lagi, aku ni dapat merasa air tangan Chef Adu sendiri. Aku macam tak percaya je yang aku dah berjumpa dengan Chef Adu. Sorry lah yer terjakun sikit. Ni kalau jumpa Chef Wan mahunya tak buat live. Tiberrr... Aku bila je rasa masakan beliau, perghh terkedu dan tak mampu nak berkata. Cuma thumbs up je yang boleh bagi.

The Westin Desaru Coast Resort

Gandingan Citarasa Air Tangan Chef Adu Di The Westin Desaru Coast Resort


Kembali pada tajuk asal, The Westin Desaru Coast Resort akan menyajikan ko dengan lebih daripada 150 hidangan untuk buffet Ramadhan bermula pada 3 April hingga 2 Mei 2022. Aku baru tahu Chef Adu, salah seorang cef paling berjaya di Malaysia dengan resume yang mengagumkan di bawah tali pinggangnya dan anak jati Johor, Chef Adu sebenarnya memulakan kerjayanya sebagai penari. Patutlah.. Aku tengok pun dari gaya dia, berzapin pun boleh ni.

Chef Adu akan menyajikan ko beberapa hidangan paling diidamkan di Johor termasuk Laksa Johor, Nasi Minyak Pengantin, Mee Bandung Maharani, Ikan Assam Pedas Chef Adu, Ayam Ros, Pechel Jawa Cef Adu, Pajeri Mangga Muda, Telur Pindang dan banyak lagi bersama pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa pilihan resort yang diketuai oleh Eksekutif Chef, Adrian Jackson. 


The Westin Desaru Coast Resort

The Westin Desaru Coast Resort

Ko juga akan bergembira dengan pelbagai pilihan yang disajikan di Gandingan Bufet Ramadhan Citarasa Air Tangan Cef Adu yang membangkitkan nostalgia makan bersama keluarga dan orang tersayang di rumah. Bufet makan malam akan merangkumi bahagian yang berbeza sudut Keistimewaan Chef Adu yang menyajikan hidangan istimewa & pembuka seleranya, dilengkapi dengan gerai resort yang menawarkan Sup Gearbox, Aneka Sate, Kambing Golek, Ulam-ulaman Desa, Bubur Lambuk Ayam, Rendang Sapi Ala Minang dan lebih. 

Selain itu, ko juga boleh menikmati aneka Kerabu seperti Kerabu Sotong, Sambal-sambal Tumbuk, berjenis-jenis Keropok, Ulam-ulaman, Ikan Asin dan juga paling semua suka kalau makan Buffet Ramadhan ni adalah Ketupat, Lemang dan Ketupat Palas. Makan pula dengan aneka Serunding, memanglah dah rasa macam raya kan. 

Sebelum balik tu, ko makanlah dulu dessert yang ada di sini. Kat sini ada Sira Ubi, Pengat Pisang, Aneka Kek, Aneka Kuih Muih dan banyak lagi. Kalau ko nak makan Aneka Bubur pun ada, eh Bubur Lambuk pun ada juga. Rugi kalau tak pekena Sira Ubi, aku rasa macam nak bawak balik je tau. Nasib baik datang review je huhuhu

Kalau ko nak tengok lagi menu menu di The Westin Desaru Coast Resort ni, ko beleklah page blog aku ni. 


The Westin Desaru Coast Resort

Harini LAST DAY (31/3) untuk korang dapatkan harga

EARLY BIRD hanya : RM120nett untuk Dewasa. 

Harga Normal :
RM148nett untuk Dewasa
RM74nett untuk Kanak-kanak

Bertempat : The Westin Desaru Coast Conference Centre Buffet Ramadan
bermula : 3 April hingga 2 May 2022.
Dari jam 5.30pm hingga 9pm

Untuk tempahan dan pertanyaan :
Call : +607 838 3333
Whatsapp : http://west.tn/6188KqpBp

Sila tinggalkan comment korang disini!