9 مارس 2022

Tradisi Warisan Buffet Ramadhan Di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Bismillah.
Assalammualaikum.

Tradisi Warisan Buffet Ramadhan Di Grand Paragon Hotel Johor Bahru | Aku masih membayangkan durian goreng di Grand Paragon Hotel ni, rasa menyesal juga aku tak makan 3-4 biji. Ini makan satu je itu pun sebab nak rasa, bila dah rasa, aduh sedapnya! 

Nak ambil lagi, perut sudah kekenyangan. Sampai sekarang rasa menyesal tak makan banyak durian goreng tu. Korang boleh tengok dalam IG aku macam mana durian goreng tu tau.

Grand Paragon Hotel


Memandangkan tak lama lagi kita akan menyambut bulan puasa, aku sangat advice untuk korang yang berada di sekitar Johor ini untuk menikmati buffet ramadhan di Grand Paragon Hotel. Rata-rata geng   JDT blogger makan semua Durian Goreng, so memang sedaplah kan. Kalau nak cuba, sila baca sampai habis ya.

Bertemakan 'Tradisi Warisan', tahun ini Buffet Ramadhan Grand Paragon Hotel menyajikan lebih dari 100 jenis menu aneka citarasa masakan Melayu warisan tradisi. Kira sini banyaknya menu tekak Melayu. Jadi tak kira kaum, bangsa semua boleh makan dan semua pasti sukakannya. Walaupun tak banyak pilihan, korang mesti puas hati dan makan kenyang sampai tersandar tau.


Grand Paragon Hotel


Makan malam Buffet Ramadan di Grand Paragon Hotel ini menghidangkan pelbagai menu terdiri daripada kambing panggang kuzi, sup utara, siput sedut masak lemak, kari ketam nenas, udang telur masin, kambing gulai kawah, itik salai gulai minang dan set ketupat & lemang bersama rendang, serunding & kuah kacang. 

Hidangan ini adalah mengikut giliran kerana Grand Paragon Hotel telah menyediakan kira-kira lima menu untuk bufet ramadhan tahun ini. Akhir sekali, jangan lupa mencuba hidangan istimewa iaitu durian goreng yang menyelerakan tau! Jangan lupa tengok di IG aku.

Sambil menikmati makan malam buffet, korang akan dimeriahkan dengan persembahan Angklung istimewa dari 4 hingga 30 April 2022. Pengunjung juga boleh menunaikan Solat Maghrib dan Isyak di bilik majlis yang ditetapkan sebagai Surau sepanjang bulan Ramadan. 

Sempena Ramadan, Bufet Sahur istimewa juga disediakan dari jam 4.00 pagi hingga 5.30 pagi di Café Para Para. Bufet Sahur berharga RM48.00 bersih setiap dewasa dan RM28.00 bersih setiap kanak-kanak.

Jadi, apa tunggu lagi jom booking sekarang!



✨𝗘𝗮𝗿𝗹𝘆 𝗕𝗶𝗿𝗱 𝗣𝗿𝗶𝗰𝗶𝗻𝗴: 
RM95nett/Adult RM45nett/Child (5-11 years) 
*Purchase on or before 31st March 2022 

✨ 𝗡𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹 𝗣𝗿𝗶𝗰𝗶𝗻𝗴: 
RM118nett/Adult – BUY 5 FREE 1 
RM55nett/Child (5-11 years) 
🎼Angklung Performance 
6.30pm to 7.10pm 7.45pm to 8.30pm

 Ramadan Buffet Dinner @ Café Para Para (Level G) 

📅 4th April until 30th April 2022 
⏰ 7pm to 10pm 
📎 T&Cs Apply 
*Price inclusive of 6% service tax 
*Not valid in conjunction with any other promotions or offers 
*RM95nett – exclusive pricing for Senior Citizen (Age 55 and above) 
*Pictures for illustration purpose only  

📞 https://bit.ly/3s1OCZi 
☎ +607-268 5255 / 5252 / 5222 
📩 fnbcoor@grandparagonhotel.com.my / info@grandparagonhotel.com.my 
📍18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor 

#RamadanBuffet #grandparagon #hoteljb





هناك 4 تعليقات:

  1. uishhh sedap2 semuanya tu! banyak betul pilihan tempat berbuka ni!

    ردحذف
  2. Berbaloi betul kalau dapat grab early bird rate tu.

    ردحذف
  3. Sedap belaka.... Memang terbaik durian goreng sini..! Nyummmm!

    ردحذف

Sila tinggalkan comment korang disini!