Memandangkan tak lama lagi nak puasa dan raya. Aku gigihkan tulis entri masak rendang daging ini. Minggu lepas aku dah kongsikan resepi rendang ayam, kali ni nak kongsikan cara masak rendang daging pula.
Mak aku ni kalau tiap raya memang tak sah, kalau tak ada rendang daging. Rendang daging ni menu yang paling wajib kena ada. Malangnya, anak perempuan mak ni sampai dah anak satu, tak belajar lagi masak rendang daging. Tahu balik raya, makan je lah.
Menu ini boleh dikatakan hampir kesemua rumah mesti ada, betul tak? Sedap tau kalau makan dengan pulut kuning. Satu kombinasi yang sangat padan untuk citarasa melayu tau rendang ni. Aku rasa kalau aku masak ni, inilah satu masakan yang bagi kepuasan. Bukan semua pandai masak rendang tau! Nak nak rendang yang betul betul kering dan kena dengan tekak.
Baca ini juga : Cara Masak Resepi Rendang Ayam Simple
So apa kata hari ni kita cuba belajar masak rendang daging terlajak sedap ni kan. Mana tahu nanti kalau balik rumah mak mertua masa raya, boleh masakkan. Gitu. Jomlah kita tengok cara cara masak.
Resepi Rendang Daging Terlajak Sedap Dan Mudah
|
Sedap juga makan dengan nasi impit |
Bahan-bahan untuk masak rendang daging :
- 1 kg daging lembu
- 10-15 biji cili kering
- 3 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- Halia
- Kunyit
- Lengkuas
- 4 batang serai
- 2 sudu besar ketumbar biji
- 1 sudu camca jintan putih
- 1 sudu camca jintan manis
- Daun kunyit
- Daun limau purut
- Kerisik
- 1 kotak kecil santan
- 1/2 keping gula melaka yang nipis
- 1 sudu gula perang
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Cara-cara untuk masak rendang daging:
Anda boleh masak guna pelbagai cara tersebut tetapi pastikan semua bahan yang disenaraikan seperti di atas perlu ada dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk automatik tersebut dan set kan masa seperti yang ditetapkan. Resepi rendang daging ini sangat mudah untuk disediakan.
Yang paling penting ia menjadi dan sedap dimakan satu keluarga. Ditambahkan dengan nasi impit, sedapnya tak terkata dan cara untuk menyediakannya sangat senang dan tak cerewet. Anda yang baru belajar masak pun boleh buat.
Sila ikut langkah-langkah di bawah dengan teratur.
1) Blend 3 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, 4 batang serai, 2 sudu besar ketumbar biji, 1 sudu camca jintan putih dan 1 sudu camca jintan manis. Blend sehingga lumat ye bahan-bahan itu. Pastikan halus agar kuah rendang nanti tak berserabut. Asingkan ke dalam mangkuk. Dengan menggunakan blend yang sama, blendkan 15 tangkai cili kering sehingga lumat dan asingkan di mangkuk yang lain.
2) Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang diblend tadi. Kacau sehingga naik bau. Masukkan daun limau purut, tapi kalau taknak masukkan pun tak apa. Sementara tunggu kuah rendang daging masak dan pecah minyak, boleh racik halus daun kunyit. Jangan lupa masukkan daging.
3) Masukkan 1/2 keping gula melaka yang nipis dan dua sudu kerisik kelapa. Kacau sehingga sebati dan masukkan sekotak santan. Santan ni boleh je guna santan kelapa sebanyak 1 biji, tapi jika nak mudah dan cepat, guna santan kotak yang ready mix. Jangan lupa kacau tau. Kita tak mahu santan jadi berketul ketul. Masukkan 1 sudu gula perang, tak nak masuk pun tak apa.
4) Masakkan rendang daging ni lebih kurang satu jam. Bila kuah dah bertukar warna gelap dan pecah minyak, masukkan daun kunyit yang diracik halus tadi tu. Tapi bila kuah agak pekat, boleh masukkan 2 cawan air berselang seli.
5) Dah siap rendang daging! Rendang daging ni korang kena pastikan selalu kacau supaya kuahnya tidak hangit. Nanti bila dah hangit, tak sedap pula nak makan.
Kesimpulan
Siapa kata masak rendang daging ni susah? Aku rasa bagi yang baru je nak belajar masak rendang, boleh cuba resepi ini. Nampak macam susah tapi sebenarnya tak susah mana pun. Rendang ni makan ratah macam tu pun dah sedap, apatah lagi kalau makan bersama pulut kuning atau ketupat. Lagi padu rasanya.
Diharap perkongsian resepi rendang daging ini sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa sahaja untuk menyediakannya di rumah atau di mana sahaja anda berada. Semoga bermanfaat.
4 Comments
My favourite ni. Tak raya kalau tak ada rendang. :)
Sedap betul rendang tu tau. Kita suka yang berkuah begini, puas makan kalau cecah nasi himpit atau ketupat.
unik resepi ni ada gula melaka. menu favourite jugak. menuntut ilmu dah banyak kali tapi still tak dapat masak yang sama macam mak
daging dah beli... tapi rendangnya belum jadi lagi ni
Sila tinggalkan comment korang disini!