Siapa pernah makan mee kolok sarawak? Macam mana ye rasanya, aku ni tak pernah
rasa makan mee kolok sarawak. Teringin juga tekak ni nak merasai mee kolok
sarawak yang menjadi menu popular di sana.
Mee kolok (perkataan Iban yang beerti kering) ini merupakan menu yaang sangat
popular di Sarawak. Rata-rata gerai di Kuching ada menghidangkan atau menjual
mee kolok ini. Sudah pastinya ia dihidangkan dengan kuah sup dan juga
kicap.
Mee Kolok adalah sejenis mi goreng yang terkenal di Sarawak, Malaysia. Ia
merupakan hidangan yang amat digemari oleh penduduk tempatan dan pelancong
kerana rasanya yang unik dan istimewa.
Tengok dari segi bahan-bahan untuk membuat resepi mee kolok pun mudah
didapati, dan tak rumit sangat untuk membuatnya. Buat sup, rebus mee, celur
bahan-bahan tabur mee kolok sarawak dan siap untuk dihidang.
Mudah sahaja kan resepi ini? Kalau nak kurangkan makan nasi, bolehlah tukarkan
kepada mee kolok sarawak ni sebagai hidangan.
Di bawah ini, aku kongsikan cara buat resepi mee kolok sarawak mudah dan
simple untuk korang buat bersama-sama ahli keluarga. Ikut langkah-langkah di
bawah ini dengan teratur ya. Siapa penggemar mee kolok bolehlah cuba
resipi-resipi ni! Jom baca sampai habis artikel ini.
Bahan-bahannya untuk resepi ini:
a) Bahan untuk mee
Mee Kolok
Cuka - jgn byk nanti masam.
Sos ikan - jgn banyak nanti dia berbau x best
Serbuk lada putih
Minyak bawang putih
Sos tiram
Kicap
b) Bahan untuk sup
Daging lembu setengah kilo
Serbuk lada hitam
Kiub pati lembu 2/3 kiub
Rempah kasar 4 beradik (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah
pelaga)
Sup bunjut (optional)
Bahan perasa
Garam, gula
Halia diketuk
c) Bahan untuk cili kicap
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
Sedikit perahan jus limau
Sedikit kicap
Sedikit garam
d) Bahan tabur mee kolok
Taugeh
Sawi celur
Fish cake (optional)
Bawang goreng
Hirisan daging (rujuk di no 3)
Hirisan daun sup dan daun bawang
Tomato hiris
Cara penyediaan untuk resepi mee kolok ini:
1. Celur mee kolok dalam air mendidih sekejap, bilaskan dalam air sejuk.
Masukkan semula dalam air mendidih dan toskan. Kemudian, campurkan cuka, sos
ikan, serbuk lada putih, minyak bawang putih, sos tiram, kicap hingga sebati.
Setelah itu, gaulkan dengan mee yang telah dicelur itu tadi. Ketepikan dalam
satu bekas.
2. Ketepikan dahulu mee kolok yang sudah di celur. Seterusnya, penyediaan
untuk membuat sup. Rebus daging hingga empuk. Setelah daging empuk, masukkan
rempah kasar 4 beradik iaitu cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah
pelaga, sup bunjut dan halia. Akhir sekali masukkan bahan perasa, garam dan
sedikit gula, tutup api. Keluarkan daging, ketepikan.
3. Cara penyediaan daging ini pula ialah daging yang telah dikeluarkan dari
sup itu tadi, dipotong nipis-nipis. Kemudian, gaulkan daging dengan kicap,
garam dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit minyak bawang putih ke dalam
kuali dan goreng hirisan daging sekejap je. Tak mau kering dan keras sangat,
nanti liat tak sedap.
4. Jika gorengan terkering, masukkan sedikit sup tadi dan goreng seketika.
Kemudian, ketepikan daging yang telah di goreng. Daging ini sebahagian
daripada bahan bahan tabur atas mee kolok.
5. Untuk penyediaan cili kicap pula ialah masukkan 10 cili padi, 4 ulas bawang
putih, sedikit perahan jus limau, sedikit kicap dan sedikit garam jika
menggunakan kicap manis ke dalam blender. Blend semua bahan bahan ini tadi,
ketepikan dalam satu mangkuk.
6. Masukkan mee kolok ke dalam mangkuk, kemudian letakkan sedikit sup daging
itu tadi. Hiaskan dengan bahan-bahan tabur di atas mee kolok seperti taugeh,
sawi celur, fish cake. Kemudian, hiaskn juga bersama daging yang telah dihiris
(rujuk no 3), bawang goreng, hirisan daun sup, daun bawang dan tomato yang
telah dihiris.
7. Setelah sudah hias mee kolok dengan bahan tabur, bolehlah untuk
dihidangkan.
Video Masak Mee Kolok
Mee Kolok dikenali dengan ciri-ciri khas seperti mi yang direbus dengan
sempurna dan kemudian dicampur dengan minyak berperasa, sos kolok yang lembut,
dan potongan daging yang dipotong nipis. Hidangan ini biasanya disajikan
dengan daging seperti daging babi atau ayam, tetapi ada juga variasi dengan
makanan laut seperti udang.
Mee Kolok mempunyai cita rasa yang kaya dengan sentuhan garam, manis, dan
pedas yang menyelerakan. Ia adalah sajian wajib bagi sesiapa yang mengunjungi
Sarawak dan mencari pengalaman kuliner yang unik.
Kesimpulan
Korang seronok tak baca resepi mee kolok mudah dan simple ini. Rasa mudah tak
nak membuatnya, di tambah pula barang barang senang untuk dijumpai. Dah tentu
memudahkan korang yang teringin nak masak mee kolok. Aku harap dengan
perkongsian ini dapat memudahkan urusan korang semua.
Tapi tak dinafikan yang mee kolok sarawak ini sering dinikmati oleh pelbagai
kaum. Makin best kalau dapat makan mee kolok di Sarawak, perghh sedap!
Okaylah, selamat mencuba dan untuk semua tuan puan empunya resepi mee kolok
sarawak ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan.
Nnt nak try lagi buat mi koloo tu. Hari tu dah beli , kemudian lepas masukkan dlm air panas, Dan cuci kat air sejuk, mcm tak menjadi. Ohhh kema masukkan semula Kat air panas lagi la pula. Nextime nak try semula.
Aduhhh... Sedapnya tengok... Tak pernah makan lagi.. tapi tengok tu pun dah sedap... Yang pernah makan laksa Sarawak je.. mee ni belum pernah rasa lagi...
Kalo mie kolom yang di daerah asalnya saya blm coba. Tp pernah coba di Dapur Serawak KL. Sedaap memang. Apalagi laksa nya. Makanya saya nak sangat ke Serawak utk mencoba langsung
Tak pernah lagi makan mee kolok Sarawak ni. Hanya tengok gambar je.
ردحذفSedapnyaaaa....selalu kalau teringin sanggup terbang ke Sarawak...makan Mee Kolok Hj Salleh tu...ni dah ada resepi boleh la cuba buat...
ردحذفSedapnya mee kolok..sy mmg suka tp byk2 sy makan tetap yg kat Kuching paling best
ردحذفTak pernah makan mee kolok. Boleh try masak nanti. Thank you share resepi
ردحذفpernah makan yang original serawak buat masa ke Miri hari tu... Tak pernah buat lagi, Nanti Boleh buat dengan merujuk resepi nih
ردحذفNnt nak try lagi buat mi koloo tu. Hari tu dah beli , kemudian lepas masukkan dlm air panas, Dan cuci kat air sejuk, mcm tak menjadi. Ohhh kema masukkan semula Kat air panas lagi la pula.
ردحذفNextime nak try semula.
Sedapnya.. saya tak pernah makan lagi. Tapi selalu dengar kawan-kawan bercerita. Tengok cara buat ini macam tak susah mana untuk dicuba.
ردحذفAduhhh... Sedapnya tengok... Tak pernah makan lagi.. tapi tengok tu pun dah sedap... Yang pernah makan laksa Sarawak je.. mee ni belum pernah rasa lagi...
ردحذفNak cari la mee tu nanti boleh try resipi ni. Lama betul x makan mee kolok n laksa sarawak.
ردحذفX pernah lg makan mee kolok.. Rajin om masak.. Byak resepi dah sy baca
ردحذفTak pernah lagi makan mee kolok dgn udang / seafood 😅 Kalau ke kedai makan di Sarawak, biasanya jumpa mee kolok ayam /daging je.
ردحذفSuka juga mee kolok ni. Boleh cuba buat nanti.
ردحذفkalau saya guna mi lain mcm numee tu... kira tu mi kolok jg tak?
ردحذفkat mana button follow ya?
ردحذفkalau nak rasa mi kolok yang betul-betul sedap boleh ke Sibu...mi kolok di kuching belum menyengat sangatnya
ردحذفTak pernah rasa lg
ردحذفKalo mie kolom yang di daerah asalnya saya blm coba. Tp pernah coba di Dapur Serawak KL. Sedaap memang. Apalagi laksa nya. Makanya saya nak sangat ke Serawak utk mencoba langsung
ردحذف