9 Ogos 2023

Sedap & Mudah, Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Original

Sedap & Mudah, Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Original | Lama juga aku tak makan nasi ayam hainan. Biasanya, kalau nak makan nasi ayam hainan ni mesti aku akan makan di The Chicken Rice Shop. Kat situ je, nasi ayam hainan sedap dan kena dengan selera aku.

Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Original

Ayam bagi nasi ayam hainan tak sama dengan ayam bagi nasi ayam biasa yang ayamnya dibakar atau digoreng terlebih dahulu. Sedangkan ayam bagi nasi ayam hainan hanya direbus dan dilumur dengan minyak bijan sahaja. 

Nasi Ayam Hainan adalah resepi yang popular di kalangan orang orang Cina. Jadi, agak pelik sekiranya ayam nasi ayam hainan ini digoreng atau dibakar. Kali ini, apa salahnya jika kita memcuba untuk memasak resepi nasi ayam hainan yang original ini pula. Sudah pastinya sedap dan keluarga korang berselera ketika menikmatnya.

Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Original

Untuk korang yang nak mencuba resepi nasi ayam hainan ini, sila ikuti langkah demi langkah seperti yang dipaparkan di bawah dan pastikan korang tidak skip langkah yang ditunjukkan.

A) Bahan-bahan untuk ayam

  • 1kg-1.2kg ayam (asingkan kulit & lemak ayam dibahagian bawah (tongkeng) 
  • Daun bawang besar 1 pokok 
  • 2 kiub ayam 
  • 10 cawan air 
  • 3 hirisan halia 
  • 2 sudu kecil 
  • Sedikit minyak bijan 
  • Garam

Caranya : 

1) Di dalam periuk yang besar, masukkan daun bawang, kiub pati ayam 3 hirisan halia dan didihkan air.

2) Basuh ayam sehingga bersih, sapukan 1 sudu kecil garam disemua bahagian ayam. Kemudian, masukkan ayam (pastikan ayam tenggelam) dan menggunakan api sederhana (medium high)

Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Original


3) Masak sehingga 40 minit, kalau boleh buangkan buih rebusan yang terapung. Kemudian, tutup api dan biarkan ayamnya direndam selama 20 minit (tutup penutup periuk).

4) Angkat ayam, potong dan buang tulang disetiap bahagian, sapukan ayam dengan minyak bijan.

5)Air rebusan ayam, jangan dibuang. Air rebusan ayam ini akan dimasak dengan nasi dan dijadikan sup bila dimakan nanti.

B) Bahan-bahan untuk nasi ayam:

  • 4 pot beras 
  • 1 sudu besar minyak masak 
  • 1 sudu kecil minyak bijan 
  • 3 biji bawang putih (dicincang) 
  • 1 kiub Pati ayam (jika perlu) 
  • Garam (jika perlu) 
  • Air rebusan ayam (untuk memasak nasi)

Cara memasak nasi ayam :  

1) Masukkan kulit ayam dan 1 sudu besar minyak masak dan biarkan kulitnya masak sehingga keperangan.

2) Masukkan 1 sudu kecil minyak bijan dan 3 biji bawang putih yang telah dicincang. Kemudian, masak sehingga keperangan.

Resepi Nasi Ayam Hainan Yang Original


3) Masukkan beras dan gaul beras bagi sebati dengan minyak tadi.

4) Kemudian, masukkan air rebusan ayam (mengikut sukatan nasi) 

5) Masukkan garam atau kiub ayam (jika mahu dan perlu) 

6) Biarkan ianya masak dengan sempurna 


C) Bahan-bahan untuk soy sauce :

  • ½ cawan soy sauce 
  • 3 sudu besar chicken stock 
  • 1 sudu kecil gula 
  • 1 sudu kecil minyak bijan 

Caranya :

1)Masukkan kesemua bahan kedalam bekas dan Gaul sehingga sebati 

2) Kemudian, masukkan ke dalam bekas dan siap untuk dihidang 

D) Bahan-bahan untuk sos cili :

5 Cili merah (buang biji) 
6 Cili padi 
7 biji limau kasturi
1 sudu kecil garam 3
 sudu kecil gula 
½ cawan chicken stock 
1/2 inci halia
1 labu bawang putih 

1) Kisar kesemua bahan sehingga hancur.

2) Kemudian, masukkan ke dalam bekas dan siap untuk dihidang  


Kesimpulan

Sebenarnya, resepi nasi ayam hainan yang original pada zaman sekarang mempunyai berbagai versi dan style yang diolahkan oleh mereka yang pakar memasak seperti Chef Ammar, Azie Kitchen, Che Nom dan ramai lagi yang sangat kreatif.

Cara masak resepi nasi ayam hainan ini juga bersifat pelbagai di zaman moden kerana ada yang memasak guna pressure cooker, rice cooker dan bermacam lagi. Korang juga boleh olahkan mengikut kreativiti dan idea yang hebat. 

Aku harap semoga perkongsian resepi nasi ayam hainan ini dapat membantu korang  untuk sediakan makanan ini dengan mudah dan cepat, semoga bermanfaat dan selamat mencuba.



5 ulasan:

  1. SA suka nasi ayam Hainan...kalau makan ni mesti bahagian whole leg...

    BalasPadam
  2. Adui.. ini memang betul buat orang lapar ni.

    BalasPadam
  3. aaaa... pebret ain jugak ni nasi ayam hainan

    BalasPadam
  4. Waaa resepi mudah beno ni... boleh cuba nanti...

    BalasPadam
  5. Samaaaa kak, saya pun kalo ke Malaysia dan rindu nasi ayam Hainan, pasti ke chicken rice shop itu 😄👍.

    Bukan tak nak bikin sendiri, tapi sadar diri skill masak belum bagus sangat. Drpd gagal dan terbuang ayam, dahlaah lebih baik beli 😄.

    Tapi sebenernya kalo baca resep Kaka, tak susah sangat yaa. Panjang memang, tapi itu kan Krn nak bikin sausnya sekali.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!