Bismillah.
Assalammualaikum.
Set Dulang Ramadhan Di Ponderosa Golf & Country Club Johor | Mesti dah bosan kan makan jenis buffet je? Minggu lepas aku pergi media review di Ponderosa Golf & Country Club di Taman Molek, Johor. Berpusing juga aku ni mencari lobby, ni lah pertama kali jejakkan kaki di situ.
Kalau korang jenis, yang tak nak berserabut ketika berbuka puasa, aku cadangkan untuk ko berbuka puasa di sini. Di Ponderosa ni, tak sama hotel lain yang menyajikan hidangan buffet. Di sini, dihidangkan dengan sajian set 'Dulang'.
Tak payah nak duduk bangun ambil makanan. Ko duduk je dekat meja ko, makanan sampai ko berbuka lah kat meja ko je. Tak ada lah penat nak duduk bangun ni. Sebelum tu, apa je menu-menu set Dulang ni ?
Ade 2 set Dulang iaitu Muhibbah set dan Briyani set. Puas hati lah ko makan sebab set nk untuk 6 orang. Meh aku tunjuk satu persatu Dulang set menu di Ponderosa Golf & Country Club ni.
Ha apa macam? Ko rasa berbaloi tak? 6 orang makan dalam satu dulang. Dah dianggap sunnah Nabi juga ni makan terus satu dulang. Lagi syok makan satu dulang ni dengan tangan. Ni kalau makan kt hotel, takkan nak pakai tangan. Huhuhuhu
Untuk dulang 'Muhibbah Set', ko akan disajikan dengan menu tradisional iaitu Nasi Putih, Asam Pedas, Daging Salai, Ayam Percik, Telur Masin, Loh Han Chai, Telur Dadar dan juga Ikan Masin.
Manakala, bagi dulang 'Briyani Set', ko disajikan pula dengan menu Daging Rendang Tok, Briyani Kambing, Kari Ayam, Acar, Papodum dan juga Kari Telur. Eh lupa, di sini juga menyajikan ko dengan hidangan semi-buffet. Kiranya buffet tapi tak banyak pilihan. Semi-buffet ni cuma menyajikan Aneka Kuih Miuh, Bubur Lambuk, Otak-otak, Satay, dan Ulam-ulaman.
Tapi kalau ko rasa set dulang ni tak cukup, ko boleh je 'Add On' menu menu lain. Harga pun boleh tahan berbaloi. Ko tengoklah harga harga menu add on ni, berbaloi sangat dah tu.
Kat Ponderosa ni, aku suka dengan Biryani Set tu, Kari Telur sedap sangat! Kenalah dengan tekak aku ni, sedap sedap sedap. Harga untuk set ni RM198 per table untuk 6 orang. Ko ajaklah kawan ko 6 orang makan kat sini, duit tu ko collect sorang RM34 ha dah murah dah ni. Kat hotel lain, per nett RM90 ke atas. Pilihan di tangan ko, ko pandai pandailah pikir.
Kalau ko rasa malas yang amat nak keluar, ko beli takeaway je sudah. Jimatlah masa ko dari hadap jammed nak datang sini. Jangan risau, kat sini pun boleh delivery lebih kurang 10km sahaja. Caj cod mengikut jarak penghantaran.
Macam mana dengan set dulang ni? Pandai lah ko pikir nak berbuka dekat mana. Aku cadangkan nak bajet bajet, meh datang Ponderosa ni. Sesuai utk ko yang nak makan luar dan nak harga bajet.
Ko belek-beleklah gambar kat facebook aku tu..
Mak aiii ni kalau mkn sorang mau tersandar ni... silap2 tak blh bangun dibuatnya
BalasPadamMenarik set dulang nih boleh makan 1 family harga pun tak mahal berbaloi
BalasPadamMenarik betul menu-menu dia.. puas hati dapat makan ramai-ramai satu dulang tu..
BalasPadam