29 Mac 2022

Sup Gearbox Padu Hanya Di Hotel Amansari Seri Alam

Bismillah.
Assalammualaikum.

Sup Gearbox Padu Hanya Di Hotel Amansari Seri Alam | Aku ni bukanlah seorang peminat sup gearbox, sebab aku tak suka nak sedut sedut ni. Kembang tekak je sedut gearbox kan. Jadi bila aku sampai je di Amansari Seri Alam ni, aku terpana melihat sup gearbox di dalam periuk. Perghhh besarnya. Sup apa ni, besar betul. Macam mana ye rasanya? Sedap ke tak tu.

Baca ini juga: Tradisi Warisan Buffet Ramadhan Di Grand Paragon Hotel

Aku pun decidelah nak mencuba Sup Gearbox Amansari Seri Alam ni, suami aku cakap sedap sangat. Hirup sup sahaja pun dah cukup sedap. Aku macam tak percaya, aku pun cubalah.. Pergghhh mabelesssssnya! Patutlah ramai yang beratur, siap cicah dengan roti lagi supnya.


Amansari Seri Alam

Teruja dan tentu terliur bila berbuka puasa di Amansari Seri Alam. Bertemakan 'Citarasa Ramadhan' sudah pastinya akan menarik lagi peminat sup untuk datang berbuka. Btw, apa yang aku suka selain Sup Gearbox, pemilihan tempat untuk berbuka puasa tu menarik perhatian aku.


Amansari Seri Alam Sajikan Anda Sup Gearbox Padu


Besar juga Grand Ballroom, so ruangnya memang luas. Mata tu masuk je dalam tu rasa lapang dan luas mata memandang, haa gitu laa yang dapat aku bayangkan. Macam aku yang ada anak kecil, atau warga emas, dan nak utamakan keselesaan, haaa memang aku nak bawa makan kat sini. Tak payah pening pening nak bersesak-sesak.

Selain itu, korang juga boleh menikmati hidangan Gulai Kawah Ayam Kerutuk. Rasa nak angkat je thumbs up kat Chef yang masakkan lauk ni. Memang kenalah dengan citarasa tekak aku ni. Entah bilanya dapat datang sini lagi kan. 

Menu 'main course' yang lainnya dia ko jangan cakaplah, walau nampak sederhana, tapi semua sedap-sedap belaka, Siakap Tiga Rasa, Asam Pedas Tetel, Lala Masak Lemak Cili Api, Udang Masak Butter, Ayam Goreng Berempah, dan banyak lagi laa.

Amansari Seri Alam

Amansari Seri Alam

Selain itu, ko juga boleh menikmati aneka Kerabu seperti Kerabu Suhun, Kerabu Taugeh, Kerabu Kacang Mangga, Kerabu Jantung Pisang, Ulam-ulaman, Ikan Asin dan juga paling semua suka kalau makan Buffet Ramadhan ni adalah Ketupat, Lemang dan Ketupat Palas. Makan pula dengan aneka Serunding, memanglah dah rasa macam raya kan. 

Sebelum balik tu, ko makanlah dulu dessert yang ada di sini. Kat sini ada Durian Goreng, Pisang Goreng, Aneka Kek, Aneka Kuih Muih dan banyak lagi. Kalau ko nak makan Aneka Bubur pun ada, eh Bubur Lambuk pun ada juga. Rugi kalau tak pekena Durian Goreng, aku rasa macam nak bawak balik je tau. Nasib baik datang review je huhuhu

Kalau ko nak tengok lagi menu menu di Amansari Seri Alam ni, ko beleklah page blog aku ni. 



Untuk tempahan atau maklumat lanjut, harga promo buffet Ramadhan aku listkan di bawah ni ye : 


AMANSARI RESIDENCE RESORT JOHOR BAHRU 

Early Bird (4 Mac sehingga 10 April 2022)
Dewasa (RM90)
Kanak-kanak (RM45)

Harga Biasa (bermula 6 April - 1 May 2022)
Dewasa (RM128)
Kanak-kanak (RM64)

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaaan berkenaan buffet Ramadhan,
bolehlah wasap no ni bawah ni ye 


p/s : aku nak datang lagi kat sini untuk berbuka puasa, tak puasalah makan sup gearbox tu

Sila tinggalkan comment korang disini!