Bismillah.
Assalammualaikum.
Lakukan Ujian Saringan Covid Di eMedAsia Travel & Health Sebelum Melancong | Salam 10K kwsp korang! Hehehehe tiba je kan. Memandangkan, raya ni korang berkesempatan nak melancong ha ini ada berita baik untuk korang.
Seperti yang korang tahu, 1 April lalu negara kita telah pun memasuki fasa endemik dan Menteri Kesihatan Yb Khairy Jamaludin mengumumkan perjalanan antara negeri dan antarabangsa telah dibuka sepenuhnya untuk semua individu. Berita yang macam inilah rakyat nak dengar. Siapa boleh bersabar selepas 2 tahun di dalam perintah berkurung. Pastinya berita ini turut melegakan sektor pelancongan Malaysia.
Jadi, inilah masanya untuk korang melancong ke luar negeri. Tetapi diingatkan juga sila ambil vaksin covid19 sebelum melancong ya! Risau nanti lepas balik melancong dapat pula penyakit dan mungkin mengganggu kerja harian korang. Sebelum korang nak melancong ke Malaysia, sila semak prosedur yang telah ditetapkan iaitu:
- Muat turun aplikasi MySejahtera
- Memohon Kad Pengembara digital di dalam aplikasi MySejahtera
- Beli insurans perjalanan yang merangkumi perlindungan Covid19
- Lengkapkan ujian RTK-Ag profesional dalam masa 24 jam selepas ketibaan
Jom Buat Ujian Saringan Covid Di eMedAsia Travel & Health
- Ujian RTK-Ag profesional dengan keputusan dikemas kini terus ke MySejahtera
- Ujian PCR dengan keputusan dikemas kini terus ke MySejahtera
- Ujian Saringan Covid Maya (Virtual Covid Screening test) dengan kerjasama CLEADOC
- Tidak perlu klinik atau hospital
- Lakukan RTK atau ujian PCR pada bila-bila masa di mana-mana dalam zon selesa
- Keputusan disahkan oleh doktor perubatan & dikemas kini terus ke MySejahtera
- Ujian darah & diagnostik
- Insurans Covid
- Warga Asing: RM90
- Warganegara: RM70
Traveller.emedasia.com - Untuk tempahan RTK test di klinik
MySafeTravel.gov.my - Checklist untuk pelancong dari luar yang ingin memasuki Malaysia
Sila tinggalkan comment korang disini!