Bismillah.
Assalammualaikum.
Jimat Dan Memang Berbaloi Dengan Applikasi Marrybrown Malaysia | Semalam aku berpeluang ke cawangan Marrybrown Malaysia yang berdekatan dengan rumah aku. Aku tak tahu yang marrybrown dah ada applikasi online. Aku ni kot yang tak up to date dengan apps terkini. Biasa aku datang marrybrown nak makan mee kari je, sebab mee kari kat sini sedap dan kenalah dengan tekak aku.
Baca ini juga : Jom 'Iftar At The Topp' di Toppen Shopping Centre
Applikasi marrybrown ni ko boleh download terus di Google Apps atau Play Store. Kat situ ko taip je marrybrown, nanti keluarlah appsnya. Tak perlu bayar ye applikasi ni. Mudah kan? Kat bawah ni nanti aku kongsikan macam mana cara ko nak tebus harga deals yang ada dalam applikasi marrybrown Malaysia.
So aku pun cubalah grab deals MB ni. Murah wei.
- Onion rings 6 pcs : RM3.00 (NP:RM3.95)
- Chicken Nugget : RM5.90 (NP:RM8.49)
- Bubur Ayam Combo : RM6.90 (NP:RM8.50)
- Mushroom Soup : RM3.90 (NP:RM4.20)
Jimat Dan Memang Berbaloi Dengan Applikasi Marrybrown Malaysia
Antara tawaran menarik yang ada di dalam applikasi ini seperti Marrybrown's Crispy Chicken dijual dengan harga RM1 sahaja. Memang jimat banyak kan dan semestinya berbaloi-baloi. Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi tawaran menarik yang ada seperti Chicken Burger, MB Kiddy Meals, dan Nasi Lemak MB.
Di bawah ini ada 2 kaedah untuk ko tebus, mudah je tak susah mana janji ada applikasi.
(KAEDAH 1)
Bahagian Tawaran pada tab Laman Utama:
1. Pada halaman utama, klik pada tawaran yang anda minati
2. Sebaik sahaja anda mengklik pada tawaran yang dipilih, anda akan melihat penerangan lanjut mengenai tawaran yang dipilih.
3. Tekan 'redeem'
4. Lihat tawaran yang ditebus di bawah 'Ganjaran Saya'
5. Tekan tawaran yang dipilih dan tunjuk kod QR di cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian untuk menebus makanan anda.
(KAEDAH 2)
Tab Tawaran:
1. Pergi ke ‘Tawaran’ dan pilih tawaran yang anda minati
2. Sebaik sahaja anda mengklik pada tawaran yang dipilih, anda akan melihat penerangan lanjut mengenai tawaran yang dipilih.
3. Tekan ‘redeem’
4. Lihat tawaran yang ditebus di bawah 'Ganjaran Saya'
5. Tekan tawaran yang dipilih dan kilat kod QR di cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian untuk menebus makanan anda.
Mudah kan? Bila ko dah muat turun applikasi Marrybrown, ko jangan lupa pulak untuk daftar akaun supaya nanti ko boleh kumpul mata ganjaran bila berbelanja di Marrybrown Malaysia. Untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, pengguna Aplikasi MB akan menerima 1 mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menebus produk percuma. Bukan tu je, Marrybrown akan memberi ko diskaun istimewa sempena bulan kelahiran peminat mereka sebanyak 40% dan banyak lagi ganjaran. Rugi lah kalau ko tak daftar terus akaun ko di apps marrybrown.
Jadi jangan buang masa dan muat turun aplikasi Marrybrown hari ini juga. Kena cepat rebut tawaran menjimatkan dan sangat berbaloi. Ko juga boleh belek gambar aku semalam di page aku ye.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi mereka melalui saluran dia bawah:
Sejak puasa ni belum lagi beli dan makan fastfood, ingat nak donlod juga laaaa
ردحذف