Bismillah.
Assalammualaikum.
Berbuka Puasa Sambil Shopping Hamper Raya Di SDS Bakery & Cafe | Salam 4 Ramadhan 1443H semua! Ko dah bosan kan aku ni asyik update buffet ramadhan hotel je. Sebelum ni aku hanya beli roti dan kek sahaja di SDS Bakery. Roti dan kek kat sini memang sedap belaka tau. Aku ni jarang nak beli roti selain SDS, tiberr. Kt SDS Bakery je yang kena dengan tekak aku setakat ni.
Jadi, aku berkesempatan mencuba menu terbaru pada majlis 'Raya Media Review' mereka di cawangan SDS Bakery Gelang Patah Nusantara. Memang jauh betul dari rumah aku di Senai, dalam 30 minit gitu nak sampai. Tapi bila sampai sana tengok cafenya, waaa cantikk gilerrrr decoratio, luas dan meriah suasana. Aku rasa macam kat sana yang paling besar yang aku pernah pergi.
Berbuka Puasa Sambil Shopping Hamper Raya Di SDS Bakery & Cafe
Bermula pada hari ini, 6 April, SDS Bakery & Cafe akan menghidangkan menu terbaru sepanjang bulan puasa dan bertemakan 'Raya Sama Sama'. Kali mereka menghidangkan 4 jenis Nasi Tomato. Ko tengok gambar di bawah nanti, confirm ko terliur.
Antara menu Nasi Tomato ialah :
1) Nasi Tomato bersama Rempah Chicken Chop
2) Nasi Tomato bersama Ayam Kunyit
3) Nasi Tomato bersama Sambal Sotong
4) Nasi Tomato bersama Rendang Daging
Nampak kan kelainannya? Biasa kita makan nasi tomato dengan ayam masak merah dan acar buah. Kali ni memang sangat luar biasa. Aku sendiri pun tak terpikir nak makan nasi tomato dengan sambal sotong. Acar sayur nasi tomato sds ni memang sedap wei. Masam manis gitu.
Nasi Tomato bersama Ayam Kunyit (RM18.90) - kalau ko nak berbuka dengan lauk yang simple dan sedap, ko boleh cuba yang ini. Nak bagi anak makan pun tak risau dah.
Nasi Tomato bersama Chicken Chop (RM22.90) - Istimewanya menu ni disebabkan rempah chicken chop itu berperisa otak otak. Ha istimewa kan? Memang mabeless!
Nasi Tomato bersama Daging Rendang (RM23.90) - Yang ini pun apa kurangnya, memang padu dan mabelesss daging rendang ni, sangat sesuai kalau makan dengan nasi tomato. Ko cubalah!
Nasi Tomato bersama Sambal Sotong (RM18.90) - Menu yang ini memang puas hati tau. Sotong pun besar. Rasa pun sedap, nak komen banyak pun tak syok kalau menu ni memang dah sedap.
Puas hati tak? Ko bayangkanlah satu set menu dengan harga macam tu ada Keropok, Nasi Tomato, Aneka Lauk, Telur Rebus, Achar dan Sambal Kentang. Banyakkan? Kalau ko nak beli kat bazar pun, beli banyak makanan belum tentu boleh habis. Baik bersederhana ketika berbuka. So ko boleh cuba menu berbuka ni.
Selain itu, ko kalau nak meriahkan lagi, ko tambah dengan Ayam Pandan, Tempura Nugget Ayam dan Karipap yang berharga RM8.90 sahaja. Ko lengkapkan lagi dengan minuman. Di SDS Bakery & Cafe, mereka menghidangkan ko dengan 2 jenis minuman iaitu 'Soya Brown Sugar Bandung Cincau' dan 'Soya Brown Sugar Pandan Cincau' dengan berharga RM6.90 dan RM7.90
Rasa air ni memang not bad tapi aku tak rekomen untuk orang tau atau yang tak suka manis. Ko kena kacau betul betul gula melaka tu, kalau ko minum tak adalah rasa manis sangat. Aku suka Bandung Cincau tu, aku tambah air masak pun sedap je rasa tidak terlalu manis. Senang cite, depends pada ko. Kalau ko nak manis, ko tak yah tambah air masak. Ha gitu.
Berbaloi tak harga menu menu di atas? So ko boleh serbu di mana mana SDS berdekatan ko tau.
Sambil berbuka tu, ko tengoklah juga menu menu biskut raya SDS. Aku tahun lepas nak beli tart nenas, semua SDS sold out tau. Walaupun pkp masa tu, biskut raya tetap sold out. Jadi, ko kau berkesempatan tu, baik beli cepat sebelum kehabisan stok. Harga untuk ala carte bermula dari RM20.80 sehingga RM33.80.
Bermula harini juga ko boleh dapatkan 'SDS Raya Hamper' dengan bertemakan 'Hamper for Blessings' dengan harga bermula dari RM88 sehingga RM258. Hamper SDS ni mengandungi biskut-biskut raya kegemaran semua tau. Tart Nenas dan Almond London pun ada tau.
Untuk tempahan awal, ko boleh buat tempahan awal SDS Raya hamper dan biskut raya melalui pembelian online di SHOPEE atau LAZADA. Ko juga boleh je beli melalui whatsapp atau call hotline mereka di 012-7660589. So dah senang dah nanti SDS terus hantar depan rumah ko atau sesiapa yang korang nak bagi.
So apalagi, jomlah berbuka di SDS! SDS Ramadan menu ni bermula harini 6 April hingga 22 May 2022 di semua SDS cawangan : Bangi, Bandar Seri Putra, AEON Mall Nilai, Taman Nusantara, Taman Impian Emas, AEON Mall Tebrau City, AEON Mall Kulaijaya, KSL City, City Square, Taman Universiti, Johor Jaya, Kota Tinggi, Desaru, Paradigm Mall, Taman Perling, dan The Mall, Mid Valley Southkey.
Untuk info lanjut dan pertanyaan, korang boleh ke Facebook page at
SDS GROUPS .
Nasi tomato with chicken chop favorite. Ehh.. sedap betul laa
ردحذف