17 أبريل 2022

Sup Tulang Merah Jadi Tumpuan Aku Di Hotel Trove Johor Bahru

Bismillah.
Assalammualaikum.

Sup Tulang Merah Jadi Tumpuan Aku Di Hotel Trove Johor Bahru | Aku pertama kali jumpa Sup Tulang Merah. Walaupun aku tak makan kambing tapi aku beranikan diri juga untuk mencuba menu ni. Katanya menu ni daripada negara jiran kita iaitu Singapura. 

Baca ini juga : Jom Berbuka Puasa Bertemakan 'Selera Nusantara' Di Persada Johor

Aku cadangkan ko kesini bawak keluarga ko. RM78 sahaja untuk dewasa, ini harga promo tau. Ko tengok harga promo ni sampai bila di bawah. Aku ada senaraikan. Hotel ini berdekatan dengan Plaza Pelangi Johor, kalau ko dari arah Senai, lebih kurang 30 minit jugalah. Bagi aku tak ada lah jauh sangat kan. Dah paling dekat dah ni dengan rumah ko. 

Hotel Trove Johor Bahru


Buffet Ramadhan Serendah RM98 di Trove Johor Bahru

Eh ko tahu, kat sini ade Nasi Kerabu. Jarang tau hotel nak menghidangkan menu menu yang rare ni. Masa aku pergi ni, diorang hidang nasi kerabu je. Kalau ko nak datang makan Nasi Dagang pun ada kat sini tau. Lagi satu, Udang Masak Nestum pun sedap tau. Rasalah nestum tu bila makan. 

Moh ler kita tengok menu makanan kat Trove Johor Bahru ini.

Hotel Trove Johor Bahru

Hotel Trove Johor Bahru


Antara menu yang terdapat di sini ialah:

1) Nasi Kandar bersama Kari Ikan Mamak Style 
2) Udang Kari
3) Perut Lembu Masak Lemak Nanas
4) Gulai Ayam Rendang
5) Sup Tulang Merah


Hotel Trove Johor Bahru


Disamping itu, ko juga boleh menikmati aneka Kerabu seperti Kerabu Mangga, Kerabu Taugeh, Ulam-ulaman, Ikan Asin dan juga paling semua suka kalau makan Buffet Ramadhan ni adalah Nasi Impit dan Lemang, makan pula dengan aneka Serunding, memanglah dah rasa macam raya kan. 

Sebelum balik tu, ko makanlah dulu dessert yang ada di sini. Kat sini ada Satay, Ayam Pandan, Aneka Kek, Aneka Kuih Muih, Rojak Buah dan banyak lagi. Kalau ko nak makan Aneka Bubur pun ada, eh Bubur Lambuk pun ada juga. Rugi kalau tak pekena Satay, aku rasa macam nak bawak balik je tau. Nasib baik datang review je huhuhu

Kalau ko nak tengok lagi menu menu di Trove Johor Bahru ni, ko beleklah page blog aku ni. 




Harga promo buffet Ramadhan aku listkan di bawah ni ye : 

📌 Trove Johor Bahru 
🗓️ 8 April - 28 April 2022 | 630pm - 10.30 

🎉 Harga 
RM98 per nett utk dewasa 
RM68 per nett utk kanak2 
(4-11 tahun) 

Untuk sebarang tempahan berkenaan, boleh wasap no di bawah ye 😁 ☎️ 

+6016-771 7585 - Siti 
+6016-723 1917 - Linda  
+6016-723 9003 - Janet 
+607- 272 8805 - Lada & Clove Restaurant

هناك تعليقان (2):

Sila tinggalkan comment korang disini!