31 Oktober 2022

Puas Hati Makan Di Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant

Bismillah.
Assalammualaikum.

Puas Hati Makan Di Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant | Pertama kali aku sampai ke sini, itu pun dapat undangan dari JDT Blogger. Semalam memang takde plan nak pegi mana, sebabnya nak ajar Luth montessori. Luth ni dia kurang bercakap sebab vocab tak banyak. Aku pulak tak perbanyakkan vocab anak aku ni. Risau juga yekk.. 


Kedai Kampung Carabao ni berdekatan dengan Trove Hotel dan Nelayan. Memang betul betul berdepan je kedai ni. Cuma parking ni agak limited sikit dekat depan kedai, so ko kena parking bersebelahan dengan Nelayan. 

Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant

Owner Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant ni cakap, chef kat sini masih orang yang sama sejak diorang buka dari 2002. So maksudnya dekat 20 tahun chef restoran ni menjadi tukang masak. Lagi satu, chef ni memang asal dari Thailand ya. No wonderlah banyak menu Thai yang tak pernah aku try kat luar sana ada kat sini. 

Meh nengok apa yang aku makan.


Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant

Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant

Nampak takkk... adeiii aku kalau menaip, sendiri juga tertelan ayaq liurnya weiii. Semua yang di atas semua sedap, ini bukan membodek tapi serius aku cakap, masakannnya sangat kena dengan tekak kemelayuan aku ni. Terutamanya Tomyam, Thai Green Curry dan Thai Prawn Cake tu haaa.. 

Awalnya aku ingat donat goreng sebab bentuknya sebiji macam donut. Tapi lepas aku cuba, sedapppp weeiii! Rasa udang, kenyal dan cukup rasa tu yang memang memikat hati aku untuk makan lagi bila datang kat sini.

Dan keduanya Thai Green Curry tu, perghhh itu pun sedap. Kuahnya pekat dan rasa rempah dia, ermmm sukar untuk aku katakan tapi memang sedap. Yang lain tu pun kira sedap juga, menu pun banyak boleh pilih. Memang puashati kalau makan sini.

Banyak juga menu yang aku cuba iaitu Tomyam Seafood, Crispy Salad Fish Thai Style, Coconut Seafood Otak Otak, Fried Black Pepper Crab, Thai Style Crispy Kangkong, Pineapple Fried Rice dan banyak lagi. Nak sebut satu satu nanti, berbelas juga menunya. 

Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant

Memang puas hati lah makan kat sini. Harga bagi aku okay je kalau rasanya sedap dan puas hati. Sekarang ni nak makan kat luar pun, kena pilih yang berkualiti dari segi rasa dan harga. Kalau harga mahal tapi tak sedap, sayang je duit kan. Baik sebelum nak pergi makan sesedap ni, kena stalk atau tanya orang kat mana kedai yang masakannya sedap untuk dimakan.

Kalau ko nak tengok gambar menu Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant ni, ko jengoklah Page Blog aku ni. Kat sana banyak gambar menu aku letak, beleklah satu satu. 




Apa kata korang pergi cuba pula? Bawah ni aku bagi alamat siap waze. Nak makan terus waze je ye. Jom lah cuba try makan sesekali kt sini.

Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant

Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant

Email : kampungcarabaothai@gmail.com

Address: 16, Jalan Dato Abdullah Tahir, Johor Bahru, Johor
Operation Hours: (Mon to Sun) 12.00pm - 3.00pm | 6.00pm - 12.00am
Tel: +607 3359 333 | +6012 3056933
WhatsApp: https://wa.me/+60123056933











1 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!