Rasai Pengalaman Di Zoo Taiping Night Safari, Perak | Sebenarnya dah lama dah pergi Zoo Taiping & Night Safari ni. Hari ini baru berkesempatan nak menulis blog. Aku cuma review dalam facebook page je, konon nak cepat. Nak menulis pun kena perah idea kan, bukannya senang nak review ni. Dah alang-alang, aku balik kampung suami.
Baca ini juga: Tempat Tengok Kapal Terbang, Rugi Tak Singgah.
Balik je dari kedai Mee Bandung Mak Jah di Kuala Sepetang, kami terus ke Zoo Taiping. Sebelum ni kami anak beranak, masuk zoo pada waktu siang. Kali ni nak tengok pula haiwan haiwan yang aktif pada waktu malam. Memang syok tau, sebelum ni pegi siang. Haiwan yang aktif waktu malam, langsung tak nampak batang hidung.
Rasai Pengalaman Di Zoo Taiping Night Safari
Taiping Night Safari |
Tapi hari ni, haiwan yang aktif malam kemain aktifnya. Luth seronok tengok haiwan malam malam ni. Sebelum tu, aku nak terangkan serba sedikit sejarah Zoo Taiping ini ye. Mungkin ada di antara pembaca aku ni belum pernah pergi lagi kan. Mehlah baca dulu.
Zoo Taiping ni lebih popular dengan Night Safari, ini kerana ia adalah satu-satunya zoo yang dibuka untuk pengunjung pada waktu malam. Zoo ini juga merupakan zoo yang tertua dan paling besar di Malaysia. Ia dibuka selepas Malaysia merdeka dan mempunyai lebih daripada 1300 haiwan dan keluasannya 130 ekar. Besar kan?
Aku sendiri pun seronok ke zoo ini sebabnya kawasan untuk haiwan berkeliaran tu besar sangat berbanding dengan zoo Johor dan zoo negara. Dalam zoo ni pun kawasan paya, sungai memang dah semulajadi jadi menampakkan dan merasai macam ke dalam hutan. Waktu aku masuk tu, aku berpeluang melihat sendiri ikan Arapaima. Besar tau! Ikan ini adalah sejenis ikan air tawar paling terbesar di dunia.
Kat dalam night safari zoo taiping ini, guide akan membawa korang lihat satu persatu haiwan yang aktif pada waktu malam. Night safari ni pengunjung dilarang untuk berjalan kaki ya. Scary nak jalan tau. So jangan risau, pihak zoo dah siapkan pengangkutan untuk korang. Free ye pengangkutan ni. Dah include dlm tiket terus.
Jadi, korang akan tengok macam macam jenis haiwan. Dari yang kecil sehinggalah yang besar, mesti korang teruja dan seronok. Macam kita pergi lawatan sambil belajar pula. Ibu bapa yang ada anak kecil ni aku memang rekomen untuk korang datang ke zoo taiping & night safari ni. Inilah pengalaman menarik yang perlu korang kongsi dengan anak-anak. Bukan selalu kan.
harga tiket |
Tiket Zoo Taiping
1) Zoo Taiping (8.30am - 6.00pm)
1 Comments
Memang tak pernah pergi night Safari ni heheheee...
Sila tinggalkan comment korang disini!